Sejarah latihan keguruan negara bermula apabila Maktab Guru  Melayu Singapura bertempat di Istana Lama Sultan Johor, Teluk Belanga, Singapura ditubuhkan pada  tahun 1878. Pada tahun 1900, Maktab Melayu Melaka pula ditubuhkan dengan kemasukan 24 orang guru  pelatih.
Maktab-maktab perguruan mempunyai pengalaman lebih 80 tahun dalam bidang latihan  perguruan. Pengalaman yan begitu luas membantu maktab-maktab perguruan membina dan membangunkan  kapasiti dari aspek kompetensi profesional sumber manusia dan infrastruktur.
Penawaran  program bermula pada peringkat sijil perguruan. Pada tahun 1996, Maktab-maktab Perguruan mula  menerima pelajar di peringkat diploma perguruan. Pada 13 Julai 2005, Mesyuarat Jemaah Menteri telah  meluluskan memorandum menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah  Kementerian Pelajaran Malaysia yang boleh menganugerahkan ijazah melalui Program Ijazah Sarjana Muda  Perguruan (PISMP).
 
 


No comments:
Post a Comment