Thursday, December 11, 2008

Pindaan AUKU di Parlimen


Penggantian seksyen 15

8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan
seksyen yang berikut:

“Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
bersekutu dengan persatuan, dsb.

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan
orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah manamana
undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau
di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar
Malaysia, selain—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti
yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan
boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau
urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan
atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan
di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia
di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam
atau di luar Malaysia, selain—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding
dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib
Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(3) Menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk
menyampaikan kepada pelajar Universiti, dan pertubuhan,
badan atau kumpulan pelajar Universiti, nama pertubuhan,
badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri
di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi
kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar
Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan
perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat
yang difikirkannya patut.

(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang
ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan,
boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh
semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan
kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah
perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai
demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau
Universiti itu.

(6) Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar
Universiti tidak boleh dihalang daripada—
(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara
akademik yang berhubungan dengan perkara
yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau
penyelidikannya; atau
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut
dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium
atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan
atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama
ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana
pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang
menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan
atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri
di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak
sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar
atau Universiti itu.

(7) Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar
subseksyen (1) atau (5) boleh dikenakan tindakan
tatatertib.

(8) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti yang melanggar subseksyen (2) atau (5) hendaklah
diuruskan mengikut seksyen 16.”.

sumber:

No comments:

Post a Comment