Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Sunday, July 12, 2009

"SAJAK ANAK MUDA SERBA SEBELAH" ko-SPIN 09'

Si Toni dicabut kupingnya satu yang kanan
Maka suara masuk kuping kiri tembus ke otak
Dikirim baik dan jatuh di kuping kiri lagi
Si Toni dipotong tangannya satu yang kanan
Maka dia belajar menulis dengan tangan kiri
Si Toni diambil satu matanya yang kanan
Maka air matanya tetes ke sebelah kiri
Si Toni dipetik jantungnya lewat rongga kanan
Tapi gagal karena jantung itu mengelak ke kiri
Si Toni dipotong ginjalnya satu yang kanan
Tak gagal karena sesuai dengan faali
Si Toni diambil kakinya satu yang kanan
Maka dia main bola cuma dengan kaki kiri

Lama-la,a Si Tioni jadi kidal
kupingnya yang bias dengar kuping kiri
Tangannya yang main gitar tangan kiri
Air Matanya menetes di mata kiri
Ginjalnya menyaring di sebelah kiri
Dia tendang bola dengan kaki kiri

Lama-lama Si toni ingin kerja
Cita-citanya lumayan sederhana
Dia mau jadi sopir saja
Tapi tak ada lowongan baginya
Karena kenderaan setir kanan semua

Hai tunggu dulu, Toni ini anak sayakah
atau anak saudarakah?
Atau barangkali kemenakan kita?
Keadaan ini memang aneh
Sore ini jam empat tepat
dengarlah dia sedang mengocok gitarnya
dengan cara anak muda bergaya kidal
Dan itu buka suara gerimis, bukan
itu air matanya
Memukul-mukul lantai beranda

Nukilan : Taufiq Ismail

Keseluruhannya sajak ini menggambarkan generasi baru yang dihalang daripada dibuka mindanya sehingga menjadikannya tempang dengan pandangan sepihak, demikianlah pemaksaan berat sebelah yang menjadikan generasi yang serba berat sebelah menyebabkan lahir generasi yang 'mati sebelah'.Barangkali inilah hasil produk sebeuah sistem pendidikan orde baharu pada masa kini.

Sajak ini telah dideklamasikan oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, semasa membentangkan kertas Kerjanya kerjanya yang berjudul " Krisis pendidikan Masa Kini cabaran Membina generasi berjiwa merdeka" semasa Kongres Rejuvenasi Sistem pendidikan Islam negara ( ko-SPIN 09) anjuran Gamis pada 11 Julai 09.



Sumber: Badan Kebajikan Surau ( BKS ) IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

Wednesday, June 10, 2009

Pendidikan Bercirikan Rabbaniyah



Di dalam artikel sebelum ini, saya telah mengetengahkan pandangan bahawa sistem pendidikan seharusnya menetapi kesemua ciri Islam. Jadi, dalam perbincangan kali ini, ingin saya kupaskan konsep pendidikan islam yang bersifat rabbaniyah iaitu menyentuh aspek ketuhanan.

Rabbani dalam aspek matlamat pendidikan

Hakikat kepada proses pendidikan adalah satu proses pembentukan individu ke arah yang lebih baik dalam menjalani proses kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan yang ada haruslah menekankan aspek matlamat dan tujuan manusia diturunkan ke muka bumi iaitu pengabdian agung hanya kepada Allah swt. Silibus awal yang perlu diberikan kepada pelajar bermula dari sekolah rendah lagi haruslah menekankan aspek aqidah dan pembentukan keimanan kepada Allah swt. Penekanan yang dibuat bukan sekadar memfokuskan kepada penerapan di dalam kelas dan bersifat teori semata malah penekanan kepada aspek penghayatan juga perlu diterapkan.

Setiap ilmu yang disampaikan di dalam proses pendidikan formal di dalam negara seharusnya dihubungkaitkan dengan keesaan dan keagungan Allah swt. Penekanan ini bukan hanya diterapkan dalam mata pelajaran pendidikan islam semata malah juga dalam subjek lain seperti sains, matematik, pengurusan, perniagaan, sastera dan sebagainya.

Rabbani dalam aspek manhaj dan sumber pendidikan

Manual yang dibentang Allah swt kepada junjungan besar Muhammad saw pastinya tiada sebarang keraguan dan kekurangan. Ditambah pula dengan perjalanan hidup yang dilalui oleh baginda rasulullah pastinya memberikan selautan ilmu dan pedoman yang pasti lelah untuk diteroka. Rasulullah saw amat menekankan aspek pendidikan dan tarbiyah dalam siri-siri kehidupannya. Di sinilah asas kepada manhaj dan sistem yang perlu diwujudkan dalam sistem pendidikan negara.

Islam telah menjelaskan kepada umatnya sistem pendidikan sebenar bukan hanya dari aspek kandungan atau silibus malah juga dari aspek methodnya. Saya tertarik dengan cadangan Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran, Dato Puad Mohd Zarkasyi mengenai pengenalan semula hukuman merotan di kalangan pelajar yang mengalami masalah disiplin.

Islam telah menganjurkan hukuman rotan bagi anak-anak yang masih enggan bersolat pada umur 10 tahun dengan beberapa kaedah tertentu dalam merotan setelah dianjurkan supaya menyuruh anak tersebut bersolat pada usia 7 tahun. Satu penemuan di Negara Rusia yang mana telah mengambil inisiatif untuk merotan pelajar yang mengalami masalah sosial kritikal. Beberapa orang saintis telah membuat kajian setelah mendapati ramai remaja bermasalah berubah laku menjadi lebih baik setelah dirotan. Hasil kajian tersebut mendapati apabila dikenakan hukuman rotan mengikut kaedah yang telah ditetapkan islam ini, badan remaja terbabit akan merembeskan antibodi yang berfungsi merangsang perlakuan baik menyebabkan individu terlibat berubah laku. (sumber: kuliah Falsafah Sains, Dr Mohd Rofa, Jab Metamatik, UPM).

method merotan ini merupakan salah satu kaedah pendidikan yang diperkenalkan Islam. Kaedah ini bertujuan untuk merawat kepada masalah yang timbul. Islam juga menganjurkan kaedah mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Justeru satu proses pendidikan yang tersusun dan benar-benar berkesan perlu diwujudkan ke arah meningkatkan mutu pendidikan seterusnya melahirkan golongan ilmuan dan cendekiawan yang hebat.

Kesimpulan

Falsafah pendidikan negara ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Satu pendekatan yang berkesan perlu diwujudkan bagi mencapai matlamat ini dan satu-satunya kaedah terbaik adalah kembali kepada sistem yang telah dibentangkan di dalam al-quran dan sirah nabawiyyah.

NOR KAMARIYAH BT HAMZAH

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UPM

(PMIUPM)

Sumber: Ko-SPIN 09