Wednesday, April 21, 2010

Teknik Mengenal Pasti Hari Sesuatu Tarikh

Teknik ini boleh digunakan untuk mengetahui hari sesuatu tarikh yang kita ingin ketahui. Tidak kira la tahun lepas atau akan datang. Langkah yang perlu dibuat:

1. Tulis tahun yang kita nak (T) seperti 2008.

2. Gunakan formula (T – 1) ÷ 4, abaikan bakinya. Contohnya, 2007÷ 4 = 501.

3. Cari (H) iaitu jumlah keseluruhan hari dengan menambahkan semua hari mengikut bulan bermula dari awal tahun hingga tarikh yang kita inginkan. Contohnya saya mengambil 5 April 2008. Tambahkan hari bermula dari Januari sehingga tarikh tersebut iaitu 31+29+31+5 = 96.

4. Kemudian kira nilai (S) iaitu dengan menambahkan semua nilai tadi seperti T, formula (T – 1) ÷ 4, dan H. contohnya, 2008+501+96 = 2605. Jadi, nilai untuk S adalah 2605.

5. Bahagikan nilai S tadi dengan 7 dan ambil bakinya untuk mengetahui keputusannya. Contohnya, jika dibahagikan nilai S dengan 7 hasilnya ialah 372.1. Tetapi kita perlu ambil bakinya sahaja iaitu 1.

6. Ini merupakan nilai baki untuk mengetahui harinya iaitu 0=Jumaat, 1=Sabtu, 2=Ahad, 4=Isnin, 5=Selasa, 7=Rabu, dan 8=Khamis. Jadi, tarikh yang saya pilih merupakan hari Sabtu.

7. Perlu diingat setiap tahun yang boleh dibahagi tepat dengan 4 adalah tahun lompat, iaitu bulan Februari mempunyai 29 hari.

Percaya atau tidak? Boleh buat sendiri kalau tak percaya…..

Tuesday, April 20, 2010

Bermulanya Semangat Jihad di Palestin...

Pengenalan

Saban hari kita menyaksikan bumi Palestin ditindas oleh rejim zionis Laknatullah tanpa bantuan dari negara-negara Islam yang lain. Dari situ juga lahirnya ramai para syuhada’ yang tampil mempertahankan agama dan negaranya dengan hanya menggunakan tubuh badan sebagai perisai menghadapi tentera kuffar.

Negara Islam yang lain termasuk Malaysia hanya memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap kekejaman yang dilakukan oleh zionis. Hanya dengan mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan yang zalim tersebut sahaja yang mampu dilakukan oleh negara Islam. Tiada tindakan yang lebih agresif daripada negara Islam seperti menghantar bantuan ketenteraan walaupun negara Islam yang berada di sekelilingnya mempunyai rakyat yang ramai dan hasil pendapatan yang tinggi.

Pernahkah kita khususnya pemimpin negara Islam menghayati sepotong hadis nabi yang bermaksud, “Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)”. Tidakkah kita terasa terhadap apa yang dikatakan oleh nabi ini jika kita mengendahkan apa yang terjadi kepada saudara kita di Palestin? Kalau tidak timbul sikap ihsan kepada saudara kira itu eloklah rasanya kita menilai dan bermuhasabah semula iman yang dimiliki.

Sejarah Baitul Muqaddis dan Masjidil Aqsa

Baitul Muqaddis telah menjadi saksi ketekunan dan keteguhan para mursalin dalam mendidik manusia mengenal hakikat Tauhid dan ajaran Islam. Bermula dengan penguasaan zuriat Nabi Ishak yakni Bani Israel, kemudiannya Raja Nebuchadnezzar dari Babylon, disusuli pula oleh pemerintahan Empayar Rom dan Byzantium, bumi anbiya’ ini telah menjadi rebutan pelbagai kuasa besar zaman terdahulu.

Pada tahun 638 Masihi, kekejaman dan ketidakadilan pemerintahan asing di bumi Baitul-Muqaddis ini telah ditamatkan oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Beliau bersama bala tentera kaum mukminin telah disambut oleh penduduk Baitul Muqaddis sebagai pembela keadilan dan tentera pembebasan

Sebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar bersetuju dan memasuki kota suci ini secara berjalan kaki sahaja tanpa ada sebarang pertumpahan darah. Suatu simbol Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Setelah memeterai perjanjian damai dengan penduduk Baitul Muqaddis, Khalifah Umar terus bergerak menuju Masjidil Aqsa, suatu kawasan seluas 35 ekar dan mendapatinya dipenuhi sampah-sarap. Beliau lantas menggunakan jubahnya untuk mengutip sampah-sarap tersebut dan perbuatan Umar ini diikuti oleh semua kaum muslimin sehinggalah seluruh kawasan Masjidil Aqsa dibersihkan selayaknya sebagai tempat suci umat Islam.

Di tengah-tengah kawasan ini, tersergam batu di mana berpijaknya Nabi Junjungan sebelum ke langit dalam perjalanan Isra’ dan Mi’raj baginda. Di sudut paling selatan kawasan Masjidil Aqsa ini, maka dibinalah sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Qubbah as-Sakhrah (Dome of the rock ). Ia juga dikenali sebagai Masjid Umar merupakan sebuah masjid kayu yang mampu memuatkan 3,000 pengunjung.

Namun demikian, suasana kegemilangan Islam di Baitul Muqaddis berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II mengisytiharkan Perang Salib yang pertama. Tindakan ini adalah sebagai reaksi terhadap polisi menghalang penziarah-penziarah Kristian memasuki Baitul Muqaddis oleh pemerintah Islam Seljuk pada masa itu. Gerombolan Kristian Eropah ini bermusafir selama 3 tahun menuju Baitul Muqaddis dan akhirnya mereka tiba di pintu gerbang kota suci ini pada tanggal 7 Jun 1099.

Setelah 5 minggu mengepung Baitul Muqaddis, tentera Salib akhirnya berjaya menawan Baitul Muqaddis. Ibnu Athir meriwayatkan bahawa pasukan inggeris berlegar di Kota Baitul Muqaddis selama seminggu melakukan pembunuhan umat Islam. Lebih 70,000 orang dibunuh di dalam Masjidil Asqa. Sebahagian daripada mereka adalah para ulama’, para imam, pelajar agama dan ahli ibadat.

Seorang penulis barat mencatatkan di dalam bukunya, “Tentera kami melakukan pembunuhan ke atas ribuan umat Islam. Sebahagian daripada mereka dibunuh dengan cara digantung beramai-ramai mengguanakan satu tali dengan tujuan untuk menjimatkan masa. Darah umat Islam membanjiri Kota Baitul Muqaddis. Kuda-kuda kami bagaikan berenang di dalam lautan darah..”

Pada tahun 1187 Masihi (setelah 88 tahun dijajah tentera Salib) Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya menakluk semula kota suci Islam ini dan sekali lagi Islam membuktikan ia bukan agama keganasan. Pembukaan kedua kota Baitul Muqaddis ini tidak dicemari oleh sebarang pembunuhan rakyat biasa dan pilihan diberikan kepada penduduk kota ini, khususnya yang bukan Islam, samada ingin berhijrah ataupun terus menetap di Baitul Muqaddis di bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaan nyawa, harta dan tempat ibadat mereka.

Malangnya, pada tahun 1948 umat Yahudi telah berjaya menubuhkan negara haram Israel dengan bantuan kuasa-kuasa Barat dan sejak itu bumi anbiya’ ini tidak pernah kenal erti keamanan. Sejak dari itu keangkuhan rejim Yahudi semakin menjadi-jadi sehingga sekarang.

Kemuliaan Masjidil Aqsa

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Isra’ ayat pertama yang bermaksud, “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Dalam ayat ini Allah menjelaskan mengenai kepentingan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah Maha Berkuasa untuk mengangkat Nabi Muhammad SAW terus daripada Masjidil Haram di Makkah tanpa melalui Masjidil Aqsa? Akan tetapi Allah sengaja ‘menperjalankan’ baginda SAW ke Masjidil Aqsa terlebih dahulu untuk menunjukkan peri pentingnya bumi al-Quds itu kepada umat Islam.

Kemuliaan Masjidil Aqsa bagi orang Islam dapat dilihat daripada sabdaan nabi di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Janganlah kalian bersusah payah membuat persiapan kecuali jika hendak pergi ke tiga buah masjid: masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram, dan Masjidil Aqsa.”

Firman Allah dan hadis nabi yang dinyatakan tadi dengan jelas menunjukkan betapa mulia dan sucinya Masjidil Aqsa terhadap Islam. Masjidil Aqsa menjadi rebutan antara Islam dan Yahudi. Yahudi mendakwa bahawa tapak yang Masjidil Aqsa adalah tapak Haikal Sulaiman yang telah diruntuhkan oleh tentera Rom. Jika benar dakwaan Yahudi tersebut mengenai tembat ibadat yang dibina oleh nabi Sulaiman wujud di tapak Masjidil Aqsa, sudah tentu tempat ibadat yang didakwa adalah masjid kerana agama nabi Sulaiman juga mengesakan Allah iaitu Islam bukan agama Yahudi. Sesuatu yang pelik jika kaum Yahudi ingin mengagungkan peninggalan nabi Sulaiman kerana berapa ramai nabi yang telah dibunuh oleh kaum yahudi sendiri.

Malangnya, kini rejim zionis telah telah menggali beratus buah terowong di bawah Masjidil Aqsa dengan alasan ingin mencari kesan runtuhan Haikal Sulaiman. Hakikatnya, niat yang utama adalah ingin meruntuhkan Masjidil Aqsa kerana terowong tersebut akan melemahkan struktur bangunan Masjidil Aqsa. Matlamat inilah yang diimpikan oleh freemason yang ingin membina Haikal Sulaiman di atas runtuhan Masjidil Aqsa.

Masjidil Aqsa yang Sebenar

Ramai yang menyangka bahawa Masjidil Aqsa adalah seperti gambar di bawah:

Hakikatnya Masjidil Aqsa meliputi semua bangunan dan kawasan di dalam pagar tersebut termasuklah Qubbah As-Sakhra, Jami' Qibli, Masjid Buraq, dan Tanah Lapang yang berada di dalam pagar sempadannya. Ianya meliputi keseluruh kawasan yang berwarna hijau seperti ditunjukkan di dalam gambar.



Buktinya ;

1. Nabi diisra' ke Masjidil Aqsa, dan dimi'rajkan dari Masjidil Aqsa juga. Semua bersetuju baginda SAW dinaikkan ke langit daripada lokasi Qubbah As-Sakhra kerana di dalamnya terletak batu yang dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu Mi'raj tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Maka, dakwaan yang mengatakan As-Sakhra bukan Masjidil Aqsa tidak tepat.


2. Bangunan masjid yang dibina oleh Sayidina Umar al-Khattab di selatan sempadan Masjidil Aqsa dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Jami' Qibli atau Jami' Al-Aqsa. Inilah yang didakwa sebagai Masjidil Aqsa oleh umat Islam sedunia. Sedangkan bagaimana nabi diisra’ mi’rajkan di Masjidil Aqsa pada hayatnya padahal masjid tersebut baru dibina pada zaman pemerintahan Sayidina Umar al-Khattab.

3. Setelah turun dari langit, nabi SAW bersama Malaikat Jibril kembali ke Masjid Al-Aqsa. Para nabi yang lain pun hadir di sana. Mereka semuanya mendirikan solat berjamaah dengan diimamkan oleh nabi SAW. Hal ini menunjukkan hanya satu risalah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul iaitu Islam. Mengikut logik aqal bagaimana sebuah bangunan masjid boleh menampung bilangan nabi yang berjumlah 124,000 orang dan 313 orang rasul untuk solat berjamaah. Semestinya ia memerlukan dataran yang luas iaitu yang disebut sebagai Masjidil Aqsa.

Kejahatan Kaum Yahudi

Kita telah sedia maklum bahawa kaum Yahudi banyak melakukan pelbagai kerosakan dan kejahatan di atas muka bumi ini khususnya kepada rakyat Palestin. Bahkan kaum yahudi merupakan kaum yang paling jahat yang telah melakukan jenayah paling besar membunuh ratusan nabi dan rasul.

Mereka mempermainkan nabi Musa yang telah menyelamatkan mereka dari keganasan Firaun. Mereka mengejar dan membunuh Nabi Zakaria dengan menggergaji tubuh baginda. Mereka cuba hendak membunuh Nabi Isa. Mereka menderhaka kepada Nabi Samwil dan raja Talut yang soleh. Bahkan seorang wanita yahudi juga cuba untuk membunuh Rasulullah SAW dengan meletakkan racun pada peha kambing yang dihidangkan kepada baginda. Pembunuhan Syaidina Uthman dan Ali juga telah dirancang oleh yahudi.

Terlalu banyak untuk dinyatakan kejahatan yang dilakukan oleh mereka. Terbaru pada awal tahun 2009 dunia menyaksikan opersai Cast Lead yang dilancarkan oleh rejim zionis yang mengorbankan lebih 1000 nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa. Dunia juga tidak mungkin akan melupakan peristiwa Sabra dan Syatila, pembunuhan di Dir Yasin, serangan di kem pelarian ar-Rais di Khan Tunus, dan banyak lagi peristiwa pembunuhan kejam yang dilakukan oleh bangsa yahudi. Sejak kejatuhan Islam, bumi Palestin menyaksikan jutaan nyawa yang tidak berdosa terkorban akibat keganasan dan dendam puak zionis.

Tokoh ilmuan Islam dan pejuang Islam juga ramai yang telah syahid angkara keganasan zionis seperti as-Syahid Abdul Qader Audah, as-Syahid Izzudin al-Qassam, as-Syahid Hassan al-Banna, Dr. Abdullah Azzam, Syeikh Ahmed Yassin, Dr. Abd Aziz Rantisi, dan ramai lagi yang tidak disertakan di sini.

Peranan Umat Islam Terhadap Bumi Palestin dan Masjidil Aqsa

Pada tahun 1902, Theodor Herzl iaitu pengasas zionisme bertemu dengan khalifah Islam yang terakhir bagi kerajaan Khilafah Othmaniyyah, Sultan Abdul Hamid ke-2 untuk memujuk beliau supaya membenarkan orang yahudi membeli tanah kosong di Palestin. Gerakan zionis akan menyumbangkan 150 juta wang emas Inggeris kepada baginda, menyalurkan dana kepada kerajaannya, memberikan sokongan politik kepadanya, dan pelbagai lagi jika baginda memberi lampu hijau.

Tetapi sebagai jawapan, baginda berkat, “Saya tidak boleh bertolak ansur walaupun sejengkal daripada bumi Palestin kerana ia bukan milik saya. Tetapi ia adalah milik umat Islam yang telah berperang dan mengorbankan darah untuk mendapatkannya..sekiranya kamu membayar kepada saya dengan seluruh emas yang ada di atas muka bumi sekalipun, saya tidak akan benarkan kamu mengambil bumi Palestin.”

Tanggal 1924 kerajaan Khilafah Othmaniyyah ditumbangkan oleh agen freemason, Mustafa Kamal Attarturk dan semenjak itu lenyaplah sistem pemerintahan Islam di muka bumi yang menjadi benteng kepada tertegaknya ketuanan umat Islam di Palestin. Sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang dapat dilakukan untuk mengembalikan bumi Palestin ke tangan umat Islam semula. Walaupun negara Islam khususnya bangsa arab di 21 negara yang berdekatan dengan Palestin ialah lebih kurang 300 juta orang masih tidak dapat memberikan pertolongan kepada rakyat Palestin. Bahkan ada di antara negara arab yang bersekongkol dengan negara haram Israel dan menyekat segala bantuan yang ingin disalurkan kepada rakyat Palestin. Inilah kesan daripada lenyapnya kekuasaan Khilafah Islam dan lunturnya semangat jihad dalam diri umat Islam.

Memetik semula hadis yang bermaksud, “Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)”. Berdasarkan hadis ini, setiap umat Islam mempunyai peranan dalam membantu membebaskan bumi Palestin dari rejim zionis.

Pertamanya, umat Islam dikurniakan suatu senjata yang begitu ampuh iaitu doa. Semestinya kita di Malaysia ini masih lagi tidak dikurniakan semangat jihat yang kuat seperti para pejuang Briged al-Qassam. Mereka di sana mengejar kematian seperti mana kita di sini mengejar kehidupan.

Serangan secara amaliyyah istisyhadiyyah dengan membawa bahan letupan dan kemudian diletupkan bersama-sama di tengah kumpulan musuh begitu menghantui tentera kuffar zionis. Mungkin cara seperti ini masih lagi tidak mampu dilakukan oleh kita yang tenggelam di dalam kelazatan dunia.

Tetapi sekurang-kurangnya senjata doa yang kita miliki boleh digunakan untuk meminta bantuan daripada Allah SWT agar diberikan kekuatan kepada pejuang Palestin untuk meneruskan perjuangan sehingga dimenangkan Allah suatu hari kelak.

Kedua, sebagai umat Islam yang prihatin terhadap saudara kita di Palestin, perlulah mengambil berat terhadap barangan dibeli. Mungkin sesetengah barangan sukar untuk diboikot kerana merupakan keperluan seperti intel. Tetapi bayangkan barangan seperti McDonald, KFC, Starbuck, Coca Cola dan bermacam lagi seperti yang dinyatakan oleh pelbagai pihak. Adakah kita boleh mati kebuluran sekiranya kita tidak membeli makanan tersebut?

Bagi perokok pula tidakkah menyedari bahawa syarikat pengeluar tembakau yang terbesar iaitu Philip Morris merupakan antara penyumbang kepada rejim zionis. Bukan sekadar dengan menghisap rokok kita boleh menyebabkan nyawa sendiri tergadai, nyawa orang yang terdekat juga akan terkesan dan paling tidak boleh dimaafkan adalah nyawa rakyat Palestin yang terbunuh. Bayangkan asap rokok yang keluar berkepul-kepul itu adalah merupakan asap yang keluar dari muncung kereta kebal Merkava yang digunakan untuk membantai rakyat Palestin. Dengan penuh nikmat kita merasai makanan McDonald, meminum Coke, menghisap rokok, tetapi pada masa yang sama kita adalah penyumbang terhadap kematian saudara kita di Palestin!

Terdapat beberapa tips yang sesuai dilakukan jika ada sesiapa yang sukar untuk berpisah dengan McDonald, KFC ataupun rokok. Sebelum untuk merasai kenikmatan dunia tersebut, eloklah menatap dahulu gambar-gambar mangsa pembunuhan ganas rejim zionis. Kemudian barulah rasai kenikmatannya dan bayangkan duit yang kita beli itu diwakafkan kepada rejim zionis untuk membeli peluru. Peluru tersebut kemudiannya digunakan untuk membunuh rakyat Palestin dan mangsanya sepertin yang terdapat di dalam gambar yang dilihat.


Ketiga, rakyat Palestin sangat memerlukan sumbangan dan bantuan daripada kita semua. Untuk memberi sumbangan pembaca bolehlah rujuk kepada NGO yang terbukti kesahihannya melakukan misi kemanusiaan seperti Muslim Care Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia.

Kesimpulan
Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad, nabi bersabda yang bermaksud, “Akan sentiasa ada di kalangan umatku yang berterusan memperjuangkan kebenaran, mereka bersikap keras pada musuh dan tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa yang menentang mereka.” Lantas para sahabat bertanya. “Di manakah mereka, wahai utusan Allah?” beliau menjawab, “Di Baitulmuqaddis dan di sekitar Baitulmuqaddis.”

Nabi juga bersabda yang bermaksud, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah sampai masa orang-orang yahudi memerangi umat Islam. Lalu umat Islam memerangi mereka sehingga mereka lari bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok. batu-batu dan pokok-pokok lantas berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada orang yahudi, maka datanglah dan bunuhlah dia.”

Memetik pesanan HAMAS buat umat Islam di Malaysia yang berbunyi, “Kami yakin, saudara-saudara se-Islam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencakupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami diseluruh dunia dapat membantu kami untuk terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim zionis. Persoalannya, di manakah sudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?”

As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin juga sempat memberikan amanat kepada semua umat Islam. Antara petikan amanatnya adalah, “Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.”

“Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti sehingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada’.”


Semoga hadis nabi dan rintihan syuhada’ menjadikan kita manusia yang menitik beratkan permasalahan saudara kita di Palestin dan seterusnya bersatu membebaskan bumi Palestin dari cengkaman zionis Laknatullah.

“Khaibar, khaibar, khaibar ya Yahud, Jaisyhu Muhammad Saufa Yaud”

Rujukan:
Aris Hazlan Ismail, 2009. Gaza Menangis. Jundi Resources, Kuala Lumpur.
Hj. Nik Azran Muhamed, 2009. Gerakan Freemasonry: Musuh Dalam Menghancurkan Islam. Hijjaz Record Publishing, Petaling Jaya.
Mazlee Malik, 2009. Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis. PTS Publications & Distributors, Batu Caves.
Riduan Mohamad Nor, 2010. Cinta di Langit Gaza. Jundi Resources, Kuala Lumpur.

Thursday, April 15, 2010

Peranan Pendidik Dalam Jihad Pendidikan

Sa’id Hawwa dalam buku karangannya Jihad fi Sabilillah mengelaskan jihad kepada lima jenis seperti mana yang dinyatakan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Antara jenis jihad adalah jihad melalui lisan, jihad pengajaran (ta’lim), jihad dengan tangan dan diri, jihad politik, dan jihad harta. Tiada siapa yang layak untuk mempertikaikan kesemua kategori jihad ini kerana ianya terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang sahih.



Ianya dibuktikan dengan hadis nabi dan juga firman Allah.

Berjihadlah ke atas orang musyrikin dengan harta, diri, dan lidah kamu.” Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Nasa’i, Ibn Hiban, dan Hakim daripada Anas. Jihad yang dinyatakan dalam hadis ini adalah jihad harta, diri, dan lisan.

“Sebaik-baik jihad ialah memperkatakan sesuatu yang benar di hadapan penguasa yang zalim.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibn Majah daripada Abi Sa’id al-Khudri. Jihad yang dinyatakan dalam hadis ini adalah jihad politik.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat ke-122 bermaksud, “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menajga dirinya.” Ayat ini menjelaskan mengenai kepentingan jihad dalam pengajaran.

Sebelum kita memahami skop jihad dengan lebih luas marilah kita mengenali dahulu erti jihad dengan lebih mendalam. Erti jihad ialah menegakkan syiar dan syariat Islam melalui pelbagai medium. Jihad yang dilakukan di dalam negara Islam diberi nama ‘amr bil ma’ruf dan nahyu ‘anil munkar. Manakala yang berlaku di luar negara Islam disebut jihad.



Malangnya kini pihak barat khususnya orientalis begitu gigih meracuni pemikiran masyarakat dunia bahawa jihad di dalam Islam adalah hanya berupa keganasan dan seterusnya akan mewujudkan fenomena islamophobia. Segala tindakan umat Islam seperti di Afganistan, Iraq, Palestin, selatan Thai, Chechnya, dan di seluruh Negara Islam yang mempertahankan agama dan Negaranya dikatakan sebagai pengganas.



Tetapi bagaimana pula takrifan kepada AS dan zionis laknatullah yang saban hari membantai dan membanjiri Negara palestin dan umat Islam yang lain dengan darah manusia yang tidak berdosa? Adakah layak untuk menggelarkannya sebagai badan pengaman dunia? Kuasa yang terdapat pada AS juga menjadikan Negara Islam yang lain patuh kepada arahannya sehinggakan subjek atau silibus mengenai jihad tidak dibenarkan diajar di sekolah hatta di universiti.

Negara Islam seperti Malaysia juga tidak terlepas daripada fenomena ini selepas pihak yang berwajib mengharamkan dan menyekat bantuan ke sekolah agama rakyat (SAR) pada 25 Oktober 2002 kerana disyaki sebagai tempat untuk melahirkan pengganas. Banyak lagi negara umat Islam yang terpaksa menuruti perintah orientalis khususnya Mesir yang begitu taat mentaati perintah zionis untuk menindas umat Islam Palestin. Bagaimana syiar dan maruah Islam dapat dimuliakan sekiranya Negara Islam sendiri terpaksa akur kepada arahan negara kafir laknatullah?

Jihad tidak dapat dilakukan kecuali oleh orang yang tidak menghiraukan apa-apa cercaan dalam perjuangan di jalan Allah, kerana penglibatannya dalam gerakan jihad akan menyebabkan sebahagian besar manusia membuat penentangan ke atasnya. Gerakan menakut-nakutkan dan menyekatnya akan berlaku sama ada oleh pihak berwajib ataupun orang-orang yang hampir dengan kita. Sekatan seumpama itu dilakukan oleh bapa, isteri atau suami, saudara-mara, majikan atau pihak kerajaan. Sebagai pendidik, mungkin akan dipindahkan ke kawasan yang lebih pedalam bagi mengurangkan penglibatan guru dalam lapangan jihad.

Berhadapan dengan ini semua, maka seseorang itu tidak mungkin dapat meneruskan jihad kecuali orang-orang yang tidak mengambil hirau celaan-celaan atau mehnah kerana berjuang pada jalan Allah. Ianya bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat ke-54, “Mereka berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela”.

Dalam ruangan kali ini hanya akan dihuraikan mengenai jihad pengajaran ataupun dikenali sebagai jihad pendidikan yang mempunyai kaitan rapat dengan pendidik seperti kita. Terdapat perbezaan antara jihad lisan dengan jhad pendidikan. Jihad lisan ialah bersungguh-sungguh menentang penyelewengan secara lisan supaya orang-orang yang berkenaan itu kembali semula kepada agama Islam. Manakala jihad pendidikan pula ialah berusaha bersungguh-sungguh mengajar, memberi ilmu dan mendidik orang-orang yang mahu menghayati Islam. Kadang-kadang kedua jihad ini ada persamaan tetapi tetap juga berbeza.

Ukuran kejayaan dalam jihad pendidikan ialah apabila kita berjaya menyampaikan keilmuan Islam yang sempurna kepada setiap Muslim serta dapat memberi tarbiyah Islamiyyah yang sebenar, betul lagi sempurna. Keilmuan Islam yang sempurna dapat dicapai dengan beberapa aspek seperti yang dinyatakan di bawah;

Pertama, seorang Muslim mestilah mempelajari al-Quran dan as-Sunnah. Kalau ini dilakukan dengan baik maka keilmuan Islamnya menjadi tinggi. Ianya selaras dengan firman Allah dalam suran al-Baqarah ayat ke-151 yang bermaksud, “Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan hikmah”.

Ke-dua, mempelajari ilmu-ilmu seperti ilmu tauhid, fiqh, dan akhlaq yang menerangkan mengenai hukum-hukum yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ulama’-ulama’ telah meletakkan prinsip dan kaedah tertentu bagi setiap ilmu ini untuk dipelajari oleh setiap Muslim. Ilmu usul fiqh merupakan perbincangan mengenai cara mengambil hukum dari al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu ini mesti diketahui oleh seseorang Muslim supaya dia dapat mengetahui natijah hukum yang dipelajarinya.

Ke-tiga, mempelajari sejarah Islam terutamanya sejarah hidup Rasulullah, para sahabat, dan khilafah Islam terdahulu agar menjadi sumber teladan kepada kita semua.

Ke-empat, mempelajari keadaan negara Islam kini dan keadaan umat Islam di seluruh dunia sekarang. Ianya selaras dengan hadis nabi yang bermaksud, “Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan orang-orang Islam maka dia bukanlah dari golongan mereka”.

Ke-lima, mengetahui segala pakatan jahat itu dan di mana pula sasarannya demi untuk mengelak umat Islam dari terjebak serta menjadi mangsa pakatan jahat itu.

Ke-enam, mengetahui bahasa Arab dan semua ilmu mengenainya kerana ianya menjadi anak kunci kepada agama Islam.

Ke-tujuh, mempelajari pengajian Islam moden kerana mempunyai kebaikan seperti dapat menyampaikan Islam dengan berkesan kepada mad’u.

Ke-lapan, mempelajari secara mendalam tiga usul utama bagi seseorang Muslim iaitu Allah, Rasul, dan Islam.

Memang tidak mungkin yang semua orang boleh mencapai aspek-aspek ini dalam kadar yang sama sebab adanya perbezaan kecerdikan, keupayaan dan peluang. Dengan demikian apa yang perlu ke atas setiap orang Islam ialah memperolehi kadar minima. Orang-orang yang berkeupayaan lebih untuk menguasai aspek tersebut hendaklah turus mendalaminya secara istiqamah.

Dari perbincangan itu jelaslah kepada kita yang belajar dan mengajar itu adalah wajib. Tanggungjawabpertama sekali dikenakan kepada orang yang berilmu. Ahli-ahli fiqh menyebutkan bahawa seseorang yang mempelajari sesuatu masalah, maka dia menjadi faqih dalam masalah itu. Dengan itu dia wajib mengajarkannya pula kepada orang lain.

Jadi proses pengajaran mesti berlaku dalam bentuk kerjasama yang erat di antara golongan-golongan masyarakat. Kerjasama itu hendaklah sentiasa berterusan sepaya orang-orang Islam dapat mencapai taraf keilmuan yang tinggi lagi baik. Hanya dengan cara ini sahajalah mereka dapat menjauhkan diri daripada fitnah.

Ada tercatat dalam al-Athar:
Berlaku bebrapa fitnah dan tidak ada sesiapa yang terlepas daripadanya kecuali orang-orang yang dihidupkan oleh Allah hatinya dengan ilmu.

(Disunting daripada kitab Jihad fi Sabilillah, karangan Sa’id Hawwa, terbitan Dewan Pustaka Fajar)

Monday, April 12, 2010

Cinta di Langit Gaza



Penulis : Riduan Mohamad Nor
Penerbit: Jundi Resources
Cetakan : Mac 2010
Harga : RM20.00 (Sem Malaysia), RM25.00 (Sabah & Sarawak)
M/s : 291

Penulis merupakan seorang pendakwah bebas begitu aktif memperjuangkan nasib penduduk Palestin dan juga seorang ulama’ muda yang gigih menghasilkan pelbagai buah buku untuk rujukan kita bersama.

Sebuah buku yang baru selesai dikarang oleh Ustaz Riduan ialah ‘Cinta di Langit Gaza’. Buku ini bercirikan novel yang menceritakan pengalaman beliau semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan di Palestin dan juga di pelbagai Negara yang ditimpa musibah seperti di Acheh, Solo, Kemboja, Pakistan dan banyak lagi.

Plot penceritaannya menjadikan kita seolah-olah berada di tempatnya dan merasai suasana pengembaraan ke Gaza. Pelbagai cabaran yang dilalui untuk memasuki ke wilayah Gaza sehingga perlu melalui pelbagai sekatan daripada Negara suruhan Israel iaitu Mesir.

Unsur monolog dan dialog yang digunakan dalam novel ini menjadikan ianya lebih mudah difahami dan menyeronokkan untuk dibaca. Penggunaan beberapa perkataan yang sedikit bombastik menyukarkan untuk memahami maksud sebenar perkataan yang ingin disampaikan kecuali pembaca memang benar-benar memahami semantik.

Untuk pengalaman yang lebih bermakna marilah kita mengembara bersama-sama di dalam buku ini agar ianya dapat memberikan maksud sebenar erti sebuah perjuangan yang semestinya dihalangi dengan pelbagai rintangan. Diharapkan juga dengan pembacaan buku ini dapat menyuntikkan semangat jihad pada diri kita agar bersedia untuk memperjuangkan Islam tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.

Percubaan Untuk Mencuri Jasad Rasulullah SAW

Sebelum ini kita sudah mengenali seorang jasad yang mulia iaitu Sultan Nuruddin Mahmud al-Zinki. Beliau merupakan seorang yang sangat cintakan kepada nabi dengan mengungkapkan selawat hampir seribu kali setiap hari. Makam nabi yang terdapat di Madinah sekarang juga merupakan antara usaha beliau setelah makam nabi yang asal ingin diceroboh oleh puak Kristian.



Umumnya, semua umat Islam mengetahui bahawa makam Rasulullah SAW kini terletak di dalam Masjid Nabawi ,iaitu di kota Madinah. Pada asalnya Rasulullah SAW telah dimakamkan di dalam bilik di rumahnya. Kepalanya terletak di barat dan kakinya di timur dengan mukanya ke arah kiblat. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu adanya percubaan jahat untuk mencuri mayat Rasulullah SAW itu.

Ianya telah berlaku pada sekitar tahun 557 H. Perbuatan khianat ini telah dirancang dengan teliti oleh orang-orang Kristian. Mereka telah merancang untuk memindahkan mayat Rasulullah SAW daripada makamnya di Madinah.Bagi melaksanakan niat mereka itu, mereka telah mengupah dua orang lelaki Kristian yang menyamar sebagai orang Maghribi yang datang dari Andalusia, Sepanyol. Bagi memudahkan lagi pekerjaan mereka, dua orang lelaki ini telah menyewa sebuah rumah yang berdekatan dengan Raudhah iaitu berhampiran dengan makam Rasulullah SAW. Raudhah merupakan satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Ia juga merupakan tempat Rasulullah SAW dan para sahabat beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW.

Kedua –dua lelaki itu telah berpura-pura menjadi orang alim untuk mengaburi mata penduduk Madinah. Mereka sentiasa menunaikan solat di Masjid Nabawi dan selalu memberi sedekah kepada fakir miskin. Semuanya dilakukan untuk mendapat kepercayaan daripada penduduk sekitar bahawa mereka merupakan orang yang baik dan mengelakkan daripada syak wasangka orang ramai terhadap mereka. Mereka juga rajin menziarahi perkuburan Baqi’. Perkuburan Baqi’ merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jemaah haji atau umrah.

Tetapi di sebalik semua ini, sebenarnya mereka mula melakukan gerak kerja untuk merealisasikan impian mereka untuk mencuri mayat Rasulullah SAW. Bermula dari rumah, mereka mula menggali secara rahsia sebuah terowong yang akan berakhir di dalam makam Rasulullah SAW. Tanah-tanah dari terowong tersebut dipunggah ke dalam telaga di dalam kediaman mereka dan kadang-kadang diisi ke dalam beg untuk di buang di Perkuburan Baqi’. Rancangan jahat mereka ini berjalan lancar tanpa disedari oleh penduduk Madinah. Tetapi mereka lupa bahawa kegiatan mereka itu sentiasa di lihat oleh Allah SWT.

Sehinggalah Allah SWT telah memberikan petanda kepada Sultan Nuruddin Mahmud bin Zinki dari Syria melalui satu mimpi.Di dalam mimpi tersebut Sultan Nuruddin telah terdengar Rasulullah SAW berkata, “ Wahai Mahmud, selamatkanlah aku daripada mereka,” ketika berkata demikian, Rasulullah SAW telah menunjukkan kepadanya dua orang lelaki yang berambut perang.Sultan Nuruddin pun bangun dari tidurnya dengan panik,dia berdoa dan kembali tidur. Tetapi mimpi itu berulang sebanyak tiga kali.

Baginda kemudiannya mengarahkan menterinya membuat persediaan untuk berangkat ke Madinah.Sultan Nuruddin dan pengikutnya menyeberangi jarak dari Syria ke Madinah dalam masa 16 hari. Apabila sampai di Madinah, baginda terus menuju ke Masjid Nabawi, mengerjakan solat dan termenung di sana kerana baginda tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Melihat keadaan Sultan Nuruddin itu, menterinya bertanya, adakah baginda dapat mengecam dua lelaki di dalam mimpinya itu? Baginda menjawab bahawa baginda amat yakin dapat mengecam kedua-dua lelaki tersebut.

Serentak dengan itu, menterinya pun memanggil seluruh penduduk Madinah yang memerlukan bantuan untuk datang mengadap baginda. Walaubagaimanapun,tidak ada kedua orang lelaki tersebut di antara orang ramai yang datang mengunjungi baginda. Setelah di selidik, baginda di beritahu bahawa ada dua orang asing yang tidak datang mengadap baginda. Mendengar berita tersebut, lalu Sultan Nuruddin mengarahkan mereka berdua mengadap baginda. Apabila keduanya dibawa mengadap,baginda segera mengecam bahawa itulah lelaki yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW di dalam mimpinya.

Kedua lelaki itu telah disoal siasat untuk membuktikan segalanya. Mereka menyatakan bahawa mereka berasal daripada Maghribi dan datang untuk menunaikan haji dan melawat Masjid Nabawi dan bercadang untuk tinggal di Madinah selama setahun. Bagi mengesahkan segalanya, Sultan Nuruddin sendiri telah pergi ke rumah lelaki tersebut untuk menyiasat. Tetapi malangnya baginda tidak menjumpai apa-apa pentunjuk melainkan sejumlah wang yang banyak.

Baginda tetap tidak berpuas hati dan terus berfikir apa yang perlu dilakukannya lagi dengan kehendak Allah SWT, baginda tersepak satu kepingan kayu. Apabila diangkat kayu itu,maka terbukalah pintu terowong yang menghala ke arah makam Rasulullah SAW. Apabila di siasat,didapati terowong tersebut telah pun melepasi tembok dan dinding Masjid Nabawi.

Kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya disebat sehingga mereka mengaku apa yang mereka lakukan dan bercerita hal yang sebenarnya. Mereka sebenarnya adalah orang Kristian dan di hantar oleh Raja mereka untuk menyamar sebagai jemaah haji dari Mahribi. Mereka dibekalkan dengan wang yang banyak dan diarahkan untuk mengambil mayat Rasulullah SAW dari makamnya dan membawanya pulang bersama mereka.Mereka kemudiannya dijatuhi hukuman bunuh di atas perbuatan mereka yang hina itu.



(Dipetik daripada sinarrasul.blogspot.com)

Sultan Nuruddin Mahmud al-Zinki

Ibnu al-Katsir menyatakan :
“Seluruh yang saya baca tentang raja, baik pada masa penggal pra Islam dan pada masa Islam hingga sekarang, saya tidak pernah melihat seorang raja yang lebih adil dan baik kepada rakyat bawahannya setelah Khulafa’ Arrasyidin dan Umar bin Abdul Aziz yang punya sejarah baik dari Nuruddin, raja yang adil.”

Pernahkah kita mendengar kisah seorang sultan yang bernama Nuruddin Mahmud al-Zinki? Ada pendapat yang mengatakan bukan 4 orang khalifah dalam Khulafa’ Arrasyidin, tetapi terdapat 6 orang khalifah termasuk Umar bin Abdul Aziz dan juga Nuruddin al-Zinki.

Nuruddin Mahmud Zinki lahir setelah 20 tahun kejatuhan Baitul Maqdis ke tangan Salib pada 17 Syawal 1511 bersamaan Februari 1118 Masihi. Beliau merupakan pengikut Mazhab Hanafi yang mempunyai ilmu yang luas sehinggakan beliau diberi izin untuk meriwayatkan hadis-hadis. Keperibadian Nuruddin memaparkan beliau sebagai seorang pemimpin ummah berwibawa. Dalam majlisnya, tidak dibicarakan hal-hal kecuali hal ilmu, agama dan jihad.

Nuruddin telah berjaya menggulingkan kerajaan Syiah Fatimiyyah di Kaherah. Maksud Kaherah adalah mengatasi ataupun bermaksud sebenarnya adalah ingin mengatasi kerajaan Sunnah di Baghdad. Pada waktu tersebut kerajaan di Baghdad begitu lemah. Nuruddin memulakan karier sebagai seorang askar biasa dan kemudianya pangkat satu per satu sehingga menjadi jeneral daripada berkat usahanya. Setelah itu beliau menggunakan kelebihan tersebut untuk menggulingkan kerajaan di Kaherah. Terdapat pelbagai sumbangan yang dilakukan oleh beliau semasa pemerintahannya antaranya menubuhkan universiti tertua di dunia iaitu university al-Azhar.

Beliau mempraktikkan dalam hidupnya dengan adab yang sentiasa menghormati ulama’ dan menghargai mereka. Apabila beliau didatangi oleh seorang fakih dan soleh, beliau berdiri terlebih dahulu dan mempersilakan orang tersebut duduk. Beliau memperlihatkan penghormatan dan penghargaan kepadanya. Maka, tidak mustahil generasi selepasnya dapat mencontohinya sehinggakan lahirnya seorang pejuang agama Salahuddin al-Ayyubi.

Kemuncak era kepimpinan Nuruddin Mahmud Zinki adalah pada 1173 Masihi bersamaan 569 Hijrah. Nuruddin bersiap sedia untuk melancarkan serangan terakhir ke Baitul Maqdis dan membebaskan tanah tempat israknya Rasulullah SAW dari cengkaman hegemoni Salib. Maka untuk itu, beliau telah menyiapkan satu mimbar baru yang cantik sekali yang diperuntukkan penggunaanya di Masjidil Aqsa kelak setelah umat Islam berjaya menakluki al-Aqsa. Beliau mengutus surat kepada orang bawahannya di Mesir, Salahuddin al-Ayyubi namun kematian terlalu cepat menjemputnya.



Sultan Nuruddin Zinki telah pulang ke rahmatullah pada 15 Mei 1174 bersamaan 11 Syawal 570 H. Usaha murni beliau diteruskan oleh pewaris selepasnya dan terbukti usaha beliau bersama beberapa individu lain berhasil apabila Baitul Maqdis dapat dibebaskan daripada cengkaman Salib yang zalim selepas 13 tahun daripada tarikh kematiannya.

Saturday, April 10, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat



Penulis: Dato’ Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM55.00 (Sem Malaysia), RM57.00 (Sabah & Sarawak)

Kitab yang berjudul Indahnya Hidup Bersyariat ini mengandungi panduan lengkap asas fardhu ain untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Fardhu ain asas yang mencakupi aspek bersuci, solat, puasa, zakat, haji, umrah, sembelihan dan korhan diterangkan dengan begitu jelas oleh penulis ini. Kitab ini sepatutnya wajib berada di setiap rumah dan pada setiap individu kerana ianya merupakan panduan penting pada setiap ibadah yang kita lakukan.

Disertakan ilustrasi bergambar menjadikan kitab ini lebih mudah difahami dan seterusnya dapat diamalkan tanpa rasa keliru. Beberapa surau dan masjid juga menggunakan kitab ini sebagai bahan rujukan dalam kuliyah mereka. Rasanya tidak perlu untuk dihurai dengan lebih mendalam kerana susah untuk menghuraikan kitab yang begitu istimewa untuk kita semua ini.

Walaupun harganya mahal sedikit, tetapi ianya berbaloi dengan apa yang dihidangkan kepada pembaca. Jadikanlah buku ini sebagai panduan kita bersama agar beroleh keberkatan dalam melakukan amal ibadah.

Tragedi April di Bumi Palestin

Ruangan ini akan mengembalikan ingatan kita semua peristiwa pembantaian dan keganasan zionis yahudi ke atas penduduk Palestin pada bulan April semenjak tahun 1948 hingga 2004. Bersama kita renungkan apa yang telah terjadi kepada saudara kita di Palestin dan apakah sumbangan kita kepada mereka semua.

9 April 1948
Pembunuhan kejam militant yahudi kumpulan Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Manachem Begin ke atas 250 orang Islam di Dir Yassin, 100 daripada mereka adalah wanita. Penduduk yang masih hidup diangkut dengan trak dan diarak di hadapan penduduk yahudi untuk dilontar dengan batu. 19 tahun kemudian (Jun 1977) ketua pengganas ini (Manachem Begin) ditabalkan sebagai PM Israel.

8 April 1970
Pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bahrul Baqar.

16 April 1988
Seorang menteri Palestin yang dikenali sebagai Abu Jihad dibunuh oleh pasukan perisikan Israel, Mossad di Tunisia.

18 April 1996
Pembunuhan Qana. Tentera Israel menggunakan senjata berat termasuk helicopter menyerang dan memusnahkan sebuah kem PBB di selatan Lubnan yang menjadi tempat perlindungan orang awam Lubnan. 160 orang terbunuh, kebanyakkan wanita, kanak-kanak dan orang tua.

17 April 2004
Belum sampai sebulan menerajui HAMAS, Dr Abdul Aziz Rantisi pula ditembak bersama dua orang rakannya, Akram Nisardan Ahmad al-Ghurrah.



Beberapa ketika sebelum mati syahid, Rantisi ditanya oleh wartawan adakah beliau bimbang dengan ancaman bunuh rejim zionis. Beliau menjawab, “Adakah kita takut mati? Ia adalah kematian yang boleh berlaku disebabkan pembunuhan atau penyakit kanser. Sama sahaja. Semua kita sedang menunggu saat akhir kehidupan. Tidak ada yang boleh berubah. Sama ada di sebabkan bedilan Apache atau disebabkan terhenti denyutan jantung. Saya lebih suka memilih Apache..”

Ternyata Apache telah membedil kereta yang dinaiki bersama dua rakannya.



(Dipetik daripada buku ‘Gaza Menangis’, tulisan Aris Hazlan Ismail & Riduan Mohamad Nor, cetakan pertama Februari 2009)

Friday, April 9, 2010

Gerakan Freemasonry: Musuh Dalam Menghancurkan Islam



Penulis: Hj Nik Azran Muhamed, Hj Mohd Mahadi Hj Isa
Penerbit: Hijjaz Record Publishing
Harga: RM35.90 (Sem Malaysia), RM37.90 (Sabah & Sarawak)

Buku ini dikarang untuk menyelongkar gerakan rahsia yang begitu memusuhi Islam iaitu Freemason. Penulis buku ini berjaya menerangkan dengan begitu mendalam segala perancangan yang telah dilakukan oleh gerakan ini yang lahir daripada kefahaman zionisme. Segala percaturan hidup di dunia ini yang meliputi dari segi pentadbiran, ekonomi, penyiaran, dan penerbitan semuanya dikawal oleh gerakan ini.

Buku ini membongkar rahsia matlamat utama gerakan ini ditubuhkan dan bagaimana gerakan ini boleh bertapak dengan kukuh di seluruh dunia. Kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah juga telah dirancang oleh gerakan bawah tanah ini dan melantik ejennya iaitu Mustafa Kamal Ataturk untuk menggantikan Sultan Abdul Hamid ke-2 seterunya menubuhkan kerajaan sekular di Turki.

Gerakan rahsia ini menyusup ke tengah mansayrakat dengan menggunakan nama yang boleh mengelirukan kita. Kita tidak menyangka bahawa gerakan tersebut adalah freemason kerana menggunakan platform sebagai badan berkebajikan. Jadi, buku ini sesuai dijadikan panduan untuk mengenal pasti gerakan ini sebelum ianya menguasai keadaan persekitaran dan pemikiran kita.

Pemahaman mengenai gerakan ini penting pada masa sekarang lebih-lebih lagi dengan tindakan kerajaan melantik gerakan freemason yang berselindung di sebalik nama APCO worldwide. Tindakan ini seolah-olah mengundang pembunuh ke rumah kita. Dasar kebangsaan yang dicanangkan oleh sesetengah pihak juga merupakan pemikiran yang dibawa oleh gerakan ini. Sanggupkah kita membenarkan pihak yang telah membunuh jutaan nyawa yang tidak berdosa di Palestin sebagai penasihat bagi Negara kita?

Oleh itu, jadikan buku ini yang mengandungi pelbagai maklumat sebagai panduan kita bersama untuk mengenali dengan lebih terperinci musuh Islam. Buku ini menarik kerana disertakan ilustrasi atau gambar yang dipaparkan jelas dan kertasnya lebih berkualiti.

Islam Pada Nama Sahaja

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ianya kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.”
H.R. al-Baihaqi

Hadis yang ingin dikongsi ini merupakan salah satu daripada hadis yang menceritakan peristiwa yang akan terjadi pada akhir zaman. Menurut nabi, Islam hanyalah terletak pada jasadnya sahaja, tidak tertakluk kepada ruhnya. Tidak kiralah sama ada individu ataupun organisasi yang menggunakan istilah Islam, tetapi hakikatnya hanyalah nama sahaja yang berunsurkan Islam. Segala gerak kerja, perbuatan, dan matlamatnya jelas menyimpang dengan syariat dan apa yang dikehendaki oleh Islam. Sebagai contoh, sebuah gerakan Sister in Islam yang berselindung di sebalik nama Islam dianggotai oleh puak liberal dan mendukung gerakan femenisme. Tindakannya jelas bertentangan dengan syariat Islam iaitu menentang amalan poligami.

Terlalu banyak gerakan yang menggunakan istilah Islam tetapi hakikatnya bertentangan dengan syariat Islam seperti Islam Liberal, Islam Sekular, dan tidak ketinggalan Islam Hadhari. Individu muslim sekarang juga menunjukkan apa yang dikatakan nabi itu benar. Buktinya kita perhatikan bagaimana keadaan orang melayu yang beragama Islam sekarang. Statistik gejala sosial bermula dari mencuri, merogol, zina, membunuh dan sehinggalah jumlah penghuni di pusat serenti semuanya dijuarai oleh orang melayu yang beragama Islam. Di mana maruah dan aqidah Islam pada diri umat Islam sekarang?

Kemudian, nabi juga tidak ketinggalan mengingatkan kepada kita bahawa tidak tinggal lagi daripada al-Quran itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Keadaan ini kita boleh lihat pada ayat al-Quran yang dijadikan perhiasan gambar menghiasi ruang dinding di rumah, sekolah mahupun pejabat. Tetapi peringatan yang terkandung dalam ayat yang dipamerkan itu tidak pun dirasai dan diambil pengiktibaran bahkan ianya hanyalah menjadi pelengkap untuk menghiasi ruang kediaman kita sahaja.



Nabi juga memberitahu kepada kita bahawa masjid-masjid tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Pada zaman sekarang cuba perhatikan bagaimanakan rupa dan harga sesebuah masjid yang dibina. Kos pembinaan sebuah masjid kini memakan nilai jutaan ringgit dan reka bentuknya begitu cantik. Tetapi adakah setimpal nilai kos masjid tersebut dengan jumlah jemaah yang mengerjakan solat berjemaah?



Masjid juga dihadkan fungsinya sebagai pusat atau institusi untuk memantapkan agama Islam. Kebanyakkan masjid hanya dijadikan tempat untuk bersolat jemaah dan sunyi daripada program yang boleh meningkatkan kefahaman tentang Islam. Kuliyah agama yang dianjurkan di masjid hanyalah tertumpu kepada persoalan fiqah yang kebiasannya diulang kali sahaja. Persoalan seperti aqidah, tauhid, tafsir, dan jenayah tidak dihuraikan dengan mendalam dalam kuliyah agama dan ini menjadikan pemikiran orang Islam jumud dan sukar mendapat hidayah.

Peringatan yang terakhir diberikan oleh nabi kepada kita ialah ulama adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Kemudian, dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali. Teringat pada tahun 2006 ketika pembunuhan umat Islam di selatan Lubnan dengan menggunakan bom berangkai, terdapat seorang ulama Saudi seperti tidak beraqidah Islam mengatakan bahawa yang dibom itu adalah penganut Syiah. Sepatutnya seorang ulama yang dianggap sebagai penasihat agama perlu mengecam tindakan tersebut kerana membunuh binatang tanpa sebab pun dianggap zalim, apatah lagi membunuh manusia.

Selain itu, Sheikh Ali Abdul Raziq hidup sezaman dengan Mustafa Kamal Ataturk merupakan tokoh sekularisme Turki yang berselindung disebalik nama ulam. Ali Abdul Raziq menolak negara Islam atau institusi khalifah dan dalam bukunya al-Islam wa Usul al-Hukum jelas menyarankan sistem sekularisasi dalam pemerintahan Negara. Tindakan daripada ulama yang digelar sebagai makhluk yang paling jahat menyebabkan maruah Islam tercalar dan aqidah umat Islam sendiri terumbang-ambing. Bagaimana Islam hendak dipandang mulia sekiranya ulama yang bertanggungjawab terhadap Islam sendiri gagal untuk menjaga Islam sebaliknya patuh kepada perintah kerajaan yang sekular.

Bersama kita renungkan hadis nabi ini agar kita tidak alpa dengan keadaan Islam yang kita miliki sekarang.

HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK



Penulis: Razali Saran
Penerbit: mustread SDN BHD
Cetakan Pertama 2010
Harga: RM19.90 (sem Malaysia) RM22.90 (Sabah & Sarawak)

Pada ruangan bicara buku ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengulas sebuah buku yang sesuai dijadikan sebagai panduan khususnya kepada bakal guru seperti kita. Ramai yang beranggapan tugas seorang guru ini hanyalah kelas bawahan sahaja dan tidak perlu dipandang tinggi. Mungkin sesetengah daripada kita hanya memilih profesion perguruan ini sebagai pilihan yang terakhir setelah gagal mendapatkan kerja yang diimpikan.
Buku yang dihasilkan ini dapat menaikkan lagi semangat dan memotivasikan kita dalam meneruskan profesion sebagai seorang pendidik. Tulisannya menerangkan kepada kita tugas sebenar seorang guru yang bukan hanya tertumpu kepada penerimaan ilmu yang berdasarkan kepada sukatan pelajaran sahaja. Tetapi ianya merangkumi peranan guru yang mendidik anak muridnya menjadi insan yang lebih sempurna dan berdisiplin.
Fokus utama buku ini adalah menumpukan kaedah yang diguna pakai oleh nabi dalam menyampaikan ilmu kepada para sahabat. Ianya dibuktikan dan dikuatkan dengan hadith-hadith nabi yang terdapat dalam buku ini. Jadi, sebagai bakal guru kita dapat mengaplikasikan segala teknik yang telah digunakan oleh nabi untuk mendidik anak murid kita.
Semoga buku ini dapat menjadi panduan kepada semua guru dan semoga dengan usaha sedikit ini akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT di akhirat kelak.

Monday, April 5, 2010

IKHTILAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT



IKHTILAT: PERGAULAN ANTARA

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

DALAM PERGERAKAN ISLAM

MUQADDIMAH

Ikhtilat dalam pergerakan Islam adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap orang yang terlibat secara langsung dalam pergerakan Islam sama ada dia seorang ahli usrah, naqib atau pun masul. Syariat Islam tidak memandang siapa yang memegang jawatan dalam jemaah dalam melaksanakan syariat tersebut.


Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Friendster dan Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.



Kita juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam pergerakan Islam adalah rukun taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan kita adalah perhubungan yang dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian ilmu dan kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Ada juga, kononnya beralasan hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah ‘cinta’ walaupun pada zahirnya seakan-akan kita melihat mereka saling mengambil berat (salah guna atas nama usrah). Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan Allah, sedangkan mereka sudah terjerus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah kita perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah dan batas pergaulan dalam bekerja.




CARA MENJAGA IKHTILAT

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki sekiranya tidak ada keperluan.

Sekiranya seorang wanita mempunyai keperluan, hendaklah dia meminta bantuan dari wanita dan lelaki bagi lelaki. Mintalah pertolongan dari kaum sejenis. Melainkan perkara yang tidak diketahui atau luar kudrat kita contohnya apabila wanita meminta bantuan lelaki dalam soal membaiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan oleh wanita.

2. Berhubung dengan bukan muhrim menggunakan perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya.

Ringkas dan padatkan ayat-ayat atau persoalan yang dikemukan kepada pihak lain. Di dalam nota yang diberikan hendaklah bersih dari ikon senyum yang sememangnya comel. Atau meletakkan ayat-ayat berbentuk humor seperti gelak ketawa (huhu, haha, hihi, hikhik). Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Sekiranya terdesak untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama wanita selari dengan tuntutan Al-Quran:

"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."

3. Menundukkan hati.

Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala. Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta daripada-Nya supaya dipelihara diri dari panahan syaitan.

4. Menundukan pandangan mata.

Jangan tertipu dengan mata pelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati".

5. Mempercepatkan urusan.

Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tidak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan menyegerakan urusan tersebut.

Dipetik dari :

MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL MUTALIB

PISMP PENGAJIAN AGAMA

23 FEBRUARI 2010