Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

Orang Ikhlas Tertindas???


bismillah...
seringkali jika kita melakukan sesuatu perkara tidak alpa dari mengharapkan sesuatu balasan. sesungguhnya iklhas itu sukar untuk dicari dan ia tersembunyi.

hakikatnya setiap amalan yg dilakukan walaupun dalam keadaan terpaksa tetapi akhirnya pasti akan menjadi kebiasaan. daripada kebiasaan akan menjadi kita ikhlas melakukan sesuatu.

pada entri kali ini, kami ingin berkongsi cerita yg dipetik daripada IluvIslam berkaitan keikhlasan. Moga ianya dapat memberi dan membakar semangat kita untuk terus melakukan kebaikan.

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa... betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak...

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan...

Lalu saya tulis satu kisah lama... sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih 'dalam' dan sukar daripada itu... benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada seseorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas...Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah...

Orang Ikhlas Tertindas?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja."


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik..."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik... tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."


"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"


"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! InsyaAllah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita... Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."


"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting... hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"


Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja... pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back... Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "CEO", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan..."
"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi... " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego..."

Biodata Penulis

Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi. Blog beliau adalah www.genta-rasa.com.

Monday, June 28, 2010

Sedarlah…kematian tepat pada masanya..

Detik kematian tidak dapat ditangguhkan atau dicepatkan walaupun sedetik. Ini berdasarkan firman Allah di dalam surah Ali-Imran, ayat ke-145 yang bermaksud, “Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan Allah).”

Tiada seorang pun yang hidup di dunia ini mengetahui bila detik kematiannya. Walaupun dia seorang cerdik pandai yang mempunyai sijil master mahupun doctor falsafah, dia tidak mampu untuk mencipta formula bila dia akan bertemu dengan kematian. Hatta seorang doctor pakar sekalipun tidak dapat mencipta ubat atau teknik untuk melambatkan saat kematian seseorang.

Tersebutlah kisah seorang menteri di zaman Nabi Daud AS bernama Jalil al-Qadri. Selepas Nabi Daud AS meninggal, dia menjadi menteri kepada Nabi Sulaiman bin Daud AS.
Di suatu pagi, Nabi Sulaiman mengadakan majlis bersama menteri ini. kemudian seorang lelaki masuk memberi salam dan berbisik sesuatu ke telinga Nabi Sulaiman AS. Lelaki ini memandang tajam kepada Jalil sehingga dia ketakutan.

Ketika lelaki itu keluar dari majlis, menteri bertanya kepada Nabi Sulaiman, “Wahai Nabi Allah, siapa lelaki yang baru keluar tadi? Pandangan matanya membuatku takut.”
Nabi Sulaiman AS menjawab, “Ia adalah malaikat maut yang menjelma sebagai manusia. Ia mendatangiku.” Ketika itu gementarlah menteri itu dan menangis. Dia berkata kepada Nabi Sulaiman AS, “Wahai Nabi Allah, demi Allah aku memohon kepadamu agar kau perintahkan angin bertiup membawaku ke tempat yang paling jauh, ke India.”

Nabi Sulaiman memenuhi permintaannya. Menteri itu pun terbang ditiup angin. Keesokan harinya, malaikat maut datang kembali menemui Nabi Sulaiman sebagaimana kelmarin. Nabi Sulaiman AS berkata, “Kelmarin kau telah membuat sahabatku gementar. Mengapa kau memandangnya begitu tajam?”

Malaikat itu berkata, “Wahai Nabi Allah, aku mendatangimu di pagi hari. Aku terkejut mengetahui orang itu masih bersamamu di sini, padahal Allah telah memerintahkan aku mencabut nyawanya selepas Zuhur di India.”

“Lalu apa yang kau lakukan?” tanya Nabi Sulaiman. “Aku pergi ke tempat yang Allah perintahkan aku untuk mencabut nyawanya di sana. Ternyata aku dapati dia menungguku, lalu aku cabut nyawanya, “ jawab malaikat itu.

Allah berfirman dalam surah al-Jumu’ah yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri itu tetaplah ia akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).”



Kematian adalah sesuatu yang pasti akan menimpa kepada semua makhluk ciptaan Allah. Kita tidak dapat mengelak untuk menemuinya walau dengan cara apa sekalipun. Pastinya maut akan menjemput kita sepertimana yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz kepada kita semua. Perlu diingat kita semua adalah pemilik sebenar kematian. Bersedialah menghadapinya kerana ianya akan datang menamui kita tidak kira masa, dan tidak menunggu sama ada kita sudah bersedia atau belum.

Friday, May 7, 2010

Menjana Usia Muda Untuk Hari Tua

Allah SWT menganugerahkan peluang secara percuma untuk hamba-Nya. Kita diminta agar merebut peluang-peluang tersebut serta memanfaatkan sepenuhnya. Jika seseorang itu cuai atau terlalai dari merebutnya, pasti mereka akan menanggung kerugian. Kerana di sebalik peluang percuma itu akan muncul pula perkara negatif yang akan menimbulkan penyesalan.

Diriwayatkan oleh At-Termini dan Muslim dari Amru bin Maimun R.A bahawa suatu hari Rasulullah SAW. telah menyampaikan penga¬jarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud;
"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."

Peringatan itu diberikan oleh Rasulullah SAW dengan satu ta¬waran berfaedah, agar tidak mensia-siakan peluang yang diperolehi secara percuma. lbarat mendapat harta ghanimah, keuntungan tanpa perlu modal, sedangkan orang berniaga mendapatkan keuntungan mes¬ti melalui modal.

Justeru kesempatan yang datang secara percuma itu, dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. agar tidak membiarkannya berlalu sia-sia. Kerana sekiranya seseorang itu diberi kesempatan oleh Allah S.WT hidup dengan umur yang panjang, pasti ia akan menempuh masa muda. Masa muda itu diberi dengan tidak payah diminta.

Masa muda jangan dibiar berlalu tanpa erti, kerana masa muda itu penuh dengan kecergasan fizikal dan mental. Pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau moral, dan mental remaja yang segar memberikan ruang yang cukup untuk mencapai berbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Masa muda itu tidak akan bertahan, kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya kenangan. Jika masa remaja tidak diperguna menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di hari tua.

Masa tua segala-galanya tidak ada yang indah, kudrat tenaga sudah lemah, selera makan sudah menurun meskipun disajikan makanan yang serba lazat. Sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan penyakit semakin lemah, keterbatasan telah melingkungi dirinya. Dalam situasi sedemikian, mungkin seseorang baru menyedari betapa masa muda itu amat berharga, oleh itu mensia-siakan masa muda yang sangat bererti bagaikan menempah untuk derita menanggung penyesalan. Menyesal kemudian hanyalah suatu kesengsaraan.

Masa muda yang diberi secara percuma oleh Allah S.WT itu, akan ditanya semula di hari perhitungan kelak. Kerana usia muda itu bukan saja suatu anugerah tetapi juga suatu amanah. Pasti akan ditanya oleh Penganugerah-Nya, gerangan apakah usia muda itu dipergunakan? Sama ada untuk melakukan ketaatan atau sebaliknya.


(Gambar di atas tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati)

Segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang mukmin, sama ada di bidang ilmu dan moral, pasti akan menjadikan masa tua yang penuh kesyukuran. Jika tidak, maka Allah S.WT telah mengingatkan hamba-Nya dengan firman-Nya dalam surah at-Tiin ayat 4,5 dan 6 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus.”

Sumber: TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dipetik daripada buku Mutiara 2 Tok Guru

Thursday, April 15, 2010

Peranan Pendidik Dalam Jihad Pendidikan

Sa’id Hawwa dalam buku karangannya Jihad fi Sabilillah mengelaskan jihad kepada lima jenis seperti mana yang dinyatakan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Antara jenis jihad adalah jihad melalui lisan, jihad pengajaran (ta’lim), jihad dengan tangan dan diri, jihad politik, dan jihad harta. Tiada siapa yang layak untuk mempertikaikan kesemua kategori jihad ini kerana ianya terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang sahih.



Ianya dibuktikan dengan hadis nabi dan juga firman Allah.

Berjihadlah ke atas orang musyrikin dengan harta, diri, dan lidah kamu.” Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Nasa’i, Ibn Hiban, dan Hakim daripada Anas. Jihad yang dinyatakan dalam hadis ini adalah jihad harta, diri, dan lisan.

“Sebaik-baik jihad ialah memperkatakan sesuatu yang benar di hadapan penguasa yang zalim.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibn Majah daripada Abi Sa’id al-Khudri. Jihad yang dinyatakan dalam hadis ini adalah jihad politik.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat ke-122 bermaksud, “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menajga dirinya.” Ayat ini menjelaskan mengenai kepentingan jihad dalam pengajaran.

Sebelum kita memahami skop jihad dengan lebih luas marilah kita mengenali dahulu erti jihad dengan lebih mendalam. Erti jihad ialah menegakkan syiar dan syariat Islam melalui pelbagai medium. Jihad yang dilakukan di dalam negara Islam diberi nama ‘amr bil ma’ruf dan nahyu ‘anil munkar. Manakala yang berlaku di luar negara Islam disebut jihad.



Malangnya kini pihak barat khususnya orientalis begitu gigih meracuni pemikiran masyarakat dunia bahawa jihad di dalam Islam adalah hanya berupa keganasan dan seterusnya akan mewujudkan fenomena islamophobia. Segala tindakan umat Islam seperti di Afganistan, Iraq, Palestin, selatan Thai, Chechnya, dan di seluruh Negara Islam yang mempertahankan agama dan Negaranya dikatakan sebagai pengganas.



Tetapi bagaimana pula takrifan kepada AS dan zionis laknatullah yang saban hari membantai dan membanjiri Negara palestin dan umat Islam yang lain dengan darah manusia yang tidak berdosa? Adakah layak untuk menggelarkannya sebagai badan pengaman dunia? Kuasa yang terdapat pada AS juga menjadikan Negara Islam yang lain patuh kepada arahannya sehinggakan subjek atau silibus mengenai jihad tidak dibenarkan diajar di sekolah hatta di universiti.

Negara Islam seperti Malaysia juga tidak terlepas daripada fenomena ini selepas pihak yang berwajib mengharamkan dan menyekat bantuan ke sekolah agama rakyat (SAR) pada 25 Oktober 2002 kerana disyaki sebagai tempat untuk melahirkan pengganas. Banyak lagi negara umat Islam yang terpaksa menuruti perintah orientalis khususnya Mesir yang begitu taat mentaati perintah zionis untuk menindas umat Islam Palestin. Bagaimana syiar dan maruah Islam dapat dimuliakan sekiranya Negara Islam sendiri terpaksa akur kepada arahan negara kafir laknatullah?

Jihad tidak dapat dilakukan kecuali oleh orang yang tidak menghiraukan apa-apa cercaan dalam perjuangan di jalan Allah, kerana penglibatannya dalam gerakan jihad akan menyebabkan sebahagian besar manusia membuat penentangan ke atasnya. Gerakan menakut-nakutkan dan menyekatnya akan berlaku sama ada oleh pihak berwajib ataupun orang-orang yang hampir dengan kita. Sekatan seumpama itu dilakukan oleh bapa, isteri atau suami, saudara-mara, majikan atau pihak kerajaan. Sebagai pendidik, mungkin akan dipindahkan ke kawasan yang lebih pedalam bagi mengurangkan penglibatan guru dalam lapangan jihad.

Berhadapan dengan ini semua, maka seseorang itu tidak mungkin dapat meneruskan jihad kecuali orang-orang yang tidak mengambil hirau celaan-celaan atau mehnah kerana berjuang pada jalan Allah. Ianya bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat ke-54, “Mereka berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela”.

Dalam ruangan kali ini hanya akan dihuraikan mengenai jihad pengajaran ataupun dikenali sebagai jihad pendidikan yang mempunyai kaitan rapat dengan pendidik seperti kita. Terdapat perbezaan antara jihad lisan dengan jhad pendidikan. Jihad lisan ialah bersungguh-sungguh menentang penyelewengan secara lisan supaya orang-orang yang berkenaan itu kembali semula kepada agama Islam. Manakala jihad pendidikan pula ialah berusaha bersungguh-sungguh mengajar, memberi ilmu dan mendidik orang-orang yang mahu menghayati Islam. Kadang-kadang kedua jihad ini ada persamaan tetapi tetap juga berbeza.

Ukuran kejayaan dalam jihad pendidikan ialah apabila kita berjaya menyampaikan keilmuan Islam yang sempurna kepada setiap Muslim serta dapat memberi tarbiyah Islamiyyah yang sebenar, betul lagi sempurna. Keilmuan Islam yang sempurna dapat dicapai dengan beberapa aspek seperti yang dinyatakan di bawah;

Pertama, seorang Muslim mestilah mempelajari al-Quran dan as-Sunnah. Kalau ini dilakukan dengan baik maka keilmuan Islamnya menjadi tinggi. Ianya selaras dengan firman Allah dalam suran al-Baqarah ayat ke-151 yang bermaksud, “Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan hikmah”.

Ke-dua, mempelajari ilmu-ilmu seperti ilmu tauhid, fiqh, dan akhlaq yang menerangkan mengenai hukum-hukum yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ulama’-ulama’ telah meletakkan prinsip dan kaedah tertentu bagi setiap ilmu ini untuk dipelajari oleh setiap Muslim. Ilmu usul fiqh merupakan perbincangan mengenai cara mengambil hukum dari al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu ini mesti diketahui oleh seseorang Muslim supaya dia dapat mengetahui natijah hukum yang dipelajarinya.

Ke-tiga, mempelajari sejarah Islam terutamanya sejarah hidup Rasulullah, para sahabat, dan khilafah Islam terdahulu agar menjadi sumber teladan kepada kita semua.

Ke-empat, mempelajari keadaan negara Islam kini dan keadaan umat Islam di seluruh dunia sekarang. Ianya selaras dengan hadis nabi yang bermaksud, “Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan orang-orang Islam maka dia bukanlah dari golongan mereka”.

Ke-lima, mengetahui segala pakatan jahat itu dan di mana pula sasarannya demi untuk mengelak umat Islam dari terjebak serta menjadi mangsa pakatan jahat itu.

Ke-enam, mengetahui bahasa Arab dan semua ilmu mengenainya kerana ianya menjadi anak kunci kepada agama Islam.

Ke-tujuh, mempelajari pengajian Islam moden kerana mempunyai kebaikan seperti dapat menyampaikan Islam dengan berkesan kepada mad’u.

Ke-lapan, mempelajari secara mendalam tiga usul utama bagi seseorang Muslim iaitu Allah, Rasul, dan Islam.

Memang tidak mungkin yang semua orang boleh mencapai aspek-aspek ini dalam kadar yang sama sebab adanya perbezaan kecerdikan, keupayaan dan peluang. Dengan demikian apa yang perlu ke atas setiap orang Islam ialah memperolehi kadar minima. Orang-orang yang berkeupayaan lebih untuk menguasai aspek tersebut hendaklah turus mendalaminya secara istiqamah.

Dari perbincangan itu jelaslah kepada kita yang belajar dan mengajar itu adalah wajib. Tanggungjawabpertama sekali dikenakan kepada orang yang berilmu. Ahli-ahli fiqh menyebutkan bahawa seseorang yang mempelajari sesuatu masalah, maka dia menjadi faqih dalam masalah itu. Dengan itu dia wajib mengajarkannya pula kepada orang lain.

Jadi proses pengajaran mesti berlaku dalam bentuk kerjasama yang erat di antara golongan-golongan masyarakat. Kerjasama itu hendaklah sentiasa berterusan sepaya orang-orang Islam dapat mencapai taraf keilmuan yang tinggi lagi baik. Hanya dengan cara ini sahajalah mereka dapat menjauhkan diri daripada fitnah.

Ada tercatat dalam al-Athar:
Berlaku bebrapa fitnah dan tidak ada sesiapa yang terlepas daripadanya kecuali orang-orang yang dihidupkan oleh Allah hatinya dengan ilmu.

(Disunting daripada kitab Jihad fi Sabilillah, karangan Sa’id Hawwa, terbitan Dewan Pustaka Fajar)

Friday, April 9, 2010

Islam Pada Nama Sahaja

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ianya kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.”
H.R. al-Baihaqi

Hadis yang ingin dikongsi ini merupakan salah satu daripada hadis yang menceritakan peristiwa yang akan terjadi pada akhir zaman. Menurut nabi, Islam hanyalah terletak pada jasadnya sahaja, tidak tertakluk kepada ruhnya. Tidak kiralah sama ada individu ataupun organisasi yang menggunakan istilah Islam, tetapi hakikatnya hanyalah nama sahaja yang berunsurkan Islam. Segala gerak kerja, perbuatan, dan matlamatnya jelas menyimpang dengan syariat dan apa yang dikehendaki oleh Islam. Sebagai contoh, sebuah gerakan Sister in Islam yang berselindung di sebalik nama Islam dianggotai oleh puak liberal dan mendukung gerakan femenisme. Tindakannya jelas bertentangan dengan syariat Islam iaitu menentang amalan poligami.

Terlalu banyak gerakan yang menggunakan istilah Islam tetapi hakikatnya bertentangan dengan syariat Islam seperti Islam Liberal, Islam Sekular, dan tidak ketinggalan Islam Hadhari. Individu muslim sekarang juga menunjukkan apa yang dikatakan nabi itu benar. Buktinya kita perhatikan bagaimana keadaan orang melayu yang beragama Islam sekarang. Statistik gejala sosial bermula dari mencuri, merogol, zina, membunuh dan sehinggalah jumlah penghuni di pusat serenti semuanya dijuarai oleh orang melayu yang beragama Islam. Di mana maruah dan aqidah Islam pada diri umat Islam sekarang?

Kemudian, nabi juga tidak ketinggalan mengingatkan kepada kita bahawa tidak tinggal lagi daripada al-Quran itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Keadaan ini kita boleh lihat pada ayat al-Quran yang dijadikan perhiasan gambar menghiasi ruang dinding di rumah, sekolah mahupun pejabat. Tetapi peringatan yang terkandung dalam ayat yang dipamerkan itu tidak pun dirasai dan diambil pengiktibaran bahkan ianya hanyalah menjadi pelengkap untuk menghiasi ruang kediaman kita sahaja.



Nabi juga memberitahu kepada kita bahawa masjid-masjid tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Pada zaman sekarang cuba perhatikan bagaimanakan rupa dan harga sesebuah masjid yang dibina. Kos pembinaan sebuah masjid kini memakan nilai jutaan ringgit dan reka bentuknya begitu cantik. Tetapi adakah setimpal nilai kos masjid tersebut dengan jumlah jemaah yang mengerjakan solat berjemaah?



Masjid juga dihadkan fungsinya sebagai pusat atau institusi untuk memantapkan agama Islam. Kebanyakkan masjid hanya dijadikan tempat untuk bersolat jemaah dan sunyi daripada program yang boleh meningkatkan kefahaman tentang Islam. Kuliyah agama yang dianjurkan di masjid hanyalah tertumpu kepada persoalan fiqah yang kebiasannya diulang kali sahaja. Persoalan seperti aqidah, tauhid, tafsir, dan jenayah tidak dihuraikan dengan mendalam dalam kuliyah agama dan ini menjadikan pemikiran orang Islam jumud dan sukar mendapat hidayah.

Peringatan yang terakhir diberikan oleh nabi kepada kita ialah ulama adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Kemudian, dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali. Teringat pada tahun 2006 ketika pembunuhan umat Islam di selatan Lubnan dengan menggunakan bom berangkai, terdapat seorang ulama Saudi seperti tidak beraqidah Islam mengatakan bahawa yang dibom itu adalah penganut Syiah. Sepatutnya seorang ulama yang dianggap sebagai penasihat agama perlu mengecam tindakan tersebut kerana membunuh binatang tanpa sebab pun dianggap zalim, apatah lagi membunuh manusia.

Selain itu, Sheikh Ali Abdul Raziq hidup sezaman dengan Mustafa Kamal Ataturk merupakan tokoh sekularisme Turki yang berselindung disebalik nama ulam. Ali Abdul Raziq menolak negara Islam atau institusi khalifah dan dalam bukunya al-Islam wa Usul al-Hukum jelas menyarankan sistem sekularisasi dalam pemerintahan Negara. Tindakan daripada ulama yang digelar sebagai makhluk yang paling jahat menyebabkan maruah Islam tercalar dan aqidah umat Islam sendiri terumbang-ambing. Bagaimana Islam hendak dipandang mulia sekiranya ulama yang bertanggungjawab terhadap Islam sendiri gagal untuk menjaga Islam sebaliknya patuh kepada perintah kerajaan yang sekular.

Bersama kita renungkan hadis nabi ini agar kita tidak alpa dengan keadaan Islam yang kita miliki sekarang.

Monday, August 3, 2009

..: KeIsTiMEwAaN SyA'BaN :..

..: KeIsTiMEwAaN SyA'BaN :..


Kesibukan Umat Islam mengerjakan amal ibadah dalam sepanjang bulan Rejab, seharusnya diteruskan dengan amalan bulan ibadah dalam bulan Sya’ban. Ini disebabkan bulan Sya’ban juga penuh dengan keberkatan dan kebaikan, termasuk berbagai-bagai fadhilat dan kelebihannya.
Ini menepati maksud sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, sabda baginda bermaksud :


“Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan ku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku.


Ketiga-tiga bulan itu hendaklah dihayati dan dimanfaatkan sebaik-baiknya sebagai usaha pelaburan yang amat menguntungkan pada hari akhirat kelak.

FADHILAT DAN KELEBIHAN SYA’BAN

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya’ban bagi mereka yang berusaha memanfaatkannya dengan mengerjakan berbagai amalan ibadah.

Sayidatina Aisyah r.a. menyatakan , tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Sya’ban (selain bulan Ramadhan) ; sesungguhnya baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgM4cW_vr2qr5eHrd7yqsDu0HJwW5H4K81setmULjsdDzYwzL8pZKNl-c-lgvOEk8bl3gW0DhBvJua59mh6N5SvoqHMjUm4FbxpStQApkOFoXM9o4-5oignWQ0BEmRFuoBK5V_SLPVRGo/s400/3755507429_366b455237.jpg
Sayidina Aisyah r.a menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda :
Sesungguhnya Allah Taala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb) (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah )

Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’ban mengkafarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadahan menyucikan dosa (jasmani dan rohani)”

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat , beribadat dan berpuasa pada siangnya.

Allah SWT berfirman, “ Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka ynag meminta rezeki Aku berikan rezekinya.”

Sabda Rasulullah SAW bermaksud bahawa Allah SWT memerhatikan hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk –Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya (sesama orang Islam ).

FADHILAT DAN KELEBIHAN PUASA SYA’BAN

Puasa hari Isnin
Sebuah lagi Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah r.a., bermaksud sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Sya’ban akan diampunkan dosanya.

Puasa hari Khamis
Mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Sya’ban dan Khamis terakhir bulan Sya’ban, akan dimasukkan ke dalam syurga.

Puasa sehari
Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Sya’ban, akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk syurga.

Puasa Tiga Hari
Mereka yang berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Sya’ban dan berselawat ke atas Nabi SAW sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.

Puasa sebulan Sya’ban
Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Sya’ban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul maut, terlepas dari azab kubur , ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya syurga.


Malam Nisfu Sya’ban


Fadhilat dan kelebihan membaca yaasiin

Pada malam Nisfu (pertengahan) Sya’ban digalakkan membaca Surah Yaasiin tiga kali, sama ada individu atau berjemaah di mana jua;
1. Bacaan Yaasiin pertama, niatkan memohondipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kemudian diikuti membaca doa di bawah: *


2. Bacaan Yassin kedua: niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kemudian diikuti membaca doa di bawah.*


3. Bacaan Yaasiin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal kelak. Kemudian diikuti membaca doa di bawah.*



*
Doa Setiap Kali Selesai Membaca Yaasiin Malam Nisfu Sya’ban.

“ Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Penyayang. Segala puji bagi Allah. Tuhan yang memiliki alam, dan Selawat dan Salam atas semulai-mulia Rasul, junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat beliau sekaliannya. Ya Allah yang mempunyai kurnia dan tidak dikurnia bagi-Nya, Ya Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia, ya Tuhan yang Maha Mempunyai nikmat dan pemberian, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau tempat memohon perlindungan dan meminta pertolongan yang ketakutan. Ya Allah, andai kata ada Engkau telah menulis dan mencatat aku di dalam Ibu Kitab (Azali) seorang yang celaka, atau seorang yang tidak akan diberi nikmat kurnia, atau seorang yang akan dikutuk atau yang rezekinya disulitkan, maka mohonlah aku, kiranya dihapus dengan kurnia-Mu, ya Allah akan kecelakaanku, keharamanku, kena kutuk dan kesempitan rezeki itu. Kiranya tetapkanlah aku di dalam Ibu-Kitab itu menjadi seorang yang bahagia, beroleh rezeki dan beroleh taufik untuk segala kebaikan, kerana Engkau telah berfirman dan perkataan-Mu itulah yang sebenar-benarnya di dalam Kitab yang telah Engkau turunkan kepada Nabi Muhammad yang dirasulkan iaitu: “ Allah boleh menghapuskan apa-apa yang disukainya dan pada sisi Ummul-Kitab.”

Ya Tuhanku, dengan merendah diri ke hadrat-Mu pada malam nisfu Sya’ban yang mulia ini, yang padanyalah ditetapkan, diputuskan segala urusan yang penting, kami memohon kiranya diangkatkan daripada kami segala bala, baik yang kami ketahui atau yang tidak kami ketahui dan Engkaulah Tuhan yang maha gagah dan maha Mulia. Dan kami mohonkan rahmat Allah kiranya dicurahkan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Digalakkan juga untuk solat sunat, beristighfar, berselawat dan berzikir.
Selamat beramal..semoga amalan pada bulan ini dapat di bawa untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan…


Dirujuk daripada: Buku Kelebihan Amalan Bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan, oleh Haji Johari Haji Alias, terbitan Darul Nu’man, ms 24-41


artikel disumbangkan oleh: http://kubertatihdibumimuyaallah.blogspot.com/

Monday, May 11, 2009

Virus-Virus Ukhuwah


Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Shalawat dan salam sejahtera kepada baginda Nabi
terakhir, yang tiada Nabi sesudahnya.
Amma ba'du.

Mencintai sesama Mukmin dan mengikat tali ukhuwah (persaudaraan) merupakan suatu
perbuatan yang amat mulia dan sangat penting. Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan
persaudaraan sebagai sifat kaum Mukmin dalam kehidupan dunia dan akhirat, seperti dalam
firman-Nya:

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara" (al-Hujurat [49]: 10).

"Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka
merasa bersaudara, duduk ber-hadap-hadapan diatas dipan-dipan" (al-Hijr [15]: 47).

Namun dalam mengeratkan ukhuwah ada VIRUS-VIRUS yang menghancurkannya. Antaranya:

1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA

2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA

3. TIDAK SOPAN DALAM BERBICARA:

Contoh Gaya Bicara yang tidak SOPAN

a. Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar

b. Tidak Mendengar Sarannya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberi salam, tidak Menghargai Keberadaannya

c. Bergurau Secara Berlebihan

d. Sering Mendebat dan Membantah

e. Kritikan Keras yang Melukai Perasaan

4. SIKAP ACUH

5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHSIA

6. KERAS KEPALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT DAN SARAN

7. SERING MEMBANTAH, BERBEDA SIKAP DAN HOBI, BERSIKAP SOMBONG DAN KASAR

8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN

9. SERING MENEGUR, TIDAK TOLERAN, CENDERUNG NEGATIVE THINKING, ENGGAN
MEMAAFKAN

10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG ORANG YANG MENGADU DOMBA
DAN MEMENDAM DENGKI

11. MEMBUKA RAHASIA

12. MENGIKUTI PRASANGKA

13. MENCAMPURI MASALAH PERIBADI

14. EGOIS, AROGAN. TIDAK BEREMPATI DENGAN PENDERITAAN SAUDARA, DAN TIDAK
MEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA

15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENG-HITUNG-HITUNG KEBAIKANNYA KEPADAMU

16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA, MENUNJUKKAN INDIKASI ATAU HAL-HAL YANG DAPAT MENYUBURKANNYA, DAN ENGGAN MEMBELA SAHABAT KETIKA DISEBUT AIBNYA

17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK MENGURUSI ORANG LAIN DAN KURANG SETIA

18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PRIBADI, MENCARI MUKA DI DEPAN OBJEK DAKWAH [MAD'U], DAN INGIN MENGUASAI MADU’ DENGAN CARA MENUNGGANGI SAHABAT

19. MENGINGKARI JANJI DAN KESEPAKATAN TANPA ALASAN YANG KUAT

20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANG-KITKAN KESEDIHANNYA DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUAT RESAH

21. TERLALU CINTA

Oleh : Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

Wednesday, February 11, 2009

Apa itu Naqib serta peranannya?

Apa itu Naqib serta peranannya?
Oleh Ybhg. Ustaz Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi


Naqib ialah individu yang berperanan mengendali segala aktiviti ahli Usrah (mad'u) di bawahnya agar dapat melahirkan insan yang berkualiti dalam segala aspek kehidupan.

Kredibiliti Naqib Sebagai Faktor Yang Menjayakan Usrah.

Walau bagaimanapun kejayaan usrah banyak bergantung kepada kredibilti seorang naqib yang memenuhi kriteria sebagai seorang naqib. Naqib sebagai fasilitator, sebagai kaunselor, sebagai ibu, sebagai bapa, sebagai biro pengaduan awam, sebagai sahabat, sebagai pengurus, sebagai pembimbing. Kerana ia bukan sahaja orang yang berjumpa secara formal tetapi juga secara tidak formal. Naqib bukan sahaja orang berjumpa seminggu sekali atau dua kali seminggu dalam majlis usrah, malahan lebih daripada itu yang menjangkau masa dan sempadan.


Ciri-Ciri Naqib Yang Berkaliber:

1. Naqib mesti memahami konsep usrah dan perlaksanaanya. Apabila naqib memahami konsep ini barulah usrah dapat melahirkan out put yang baik. Sekiranya seorang yang menjadi naqib ia sendiri tidak memahami apakah pengertian usrah. Atau pun ia sendiri tidak pernah melalui program usrah. Apa akan terjadi dengan usrah yang dibawa. Oleh kerana ia tidak memahami konsep usrah maka ia akan bawa usrah seperti ceramah, kuliah, membaca kitab kuning. Ia tidak boleh membawa usrah mengikut kehendak jamaah dan boleh dikaitkan dengan jamaah dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan untuk mengukuhkan jamaah. Apabila ia memahami konsep usrah maka kesan usrah dapat dilihat. Banyak perkara kelemahan dalam jamaah boleh diatasi. Misalnya ahli usrah lemah dari sudut ukhwah maka ia memberi penekanan dalam usrah mengenai kepentingan ukhwah begitulah seterusnya. Semuanya ini tidak akan dapat dihasilkan sekiranya naqib tidak faham konsep usrah dan tanggungjawab beliau sebagai seorang naqib. Seperti pepatah Arab menyebut “Orang yang faqir ia tidak boleh memberi apa-apa”.


2. Memahami tasawwur Islam dan gerakan. Naqib/ah mesti memahami Islam dan dasar perjuangan . Naqib mesti memahami Islam dari sumber yang sejati. Kerana Islam ialah suatu peraturan yang meliputi semua lapangan hidup, Islam merupakan negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Islam merupakan kebudayaan, undang-undang atau ilmu pengetahuan dan kehakiman. Jangan di bawa perkara khilafiah dalam jamaah kerana ini akan membawa perbalahan sesama sendiri. Kefahaman dan keseragaman bertindak dengan ilmu akan memudahkan untuk bertindak. Oleh itu sekiranya seorang naqib yang tidak mempunyai syarat-syarat yang berkenaan akan berhadapan dengan berbagai kesusahan dari kalangan mereka yang berbagai jenis manusia dan kedudukan. Memahami hati budi orang bawahan dan ini yang perlu diberi penekanan dalam usrah. Jika ahli usrah orang kedekut perbanyakkan hal-hal dan kemuliaan sifat pemurah. Sekiranya mereka orang yang penakut, berikan keutaaman tentang kelebihan berjihad di jalan Allah. Sekiranya anak buah orang yang tidak istiqamah maka terangkan kelebihan orang yang tetap pendirian dan balasan orang tidak tetap pendirian.


3. Ikhlas dalam amal sebagai seorang naqib. Satu perkara yang senang disebut tetapi sukar dilaksanakan ialah ikhlas dalam tindakan dan amal. Perkara inilah yang menjadi kekuatan dan ketahanan kepada seorang naqib. Apabila ia berjaya melazimkan dirinya dengan sifat ini maka ia akan mendatangkan natijah yang baik kepada gerakan Pas. Hatinya tidak ada yang lain melainkan untuk melihat Islam berdaulat. Mengikhlaskan niat kerana Allah. Hati yang tidak tulus tidak bermakna ketika datang kedalam majlis usrah. Hati yang kotor juga tidak boleh mengeluarkan kesan yang baik kepada usrah.

Firman Allah swt . Maksudnya : Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuknya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan demikian itulah agama yang benar (Al-Bayyinah:5)

Sabda Rasulullah saw
إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرء ما نوى
Maksudnya: “ Sesungguhnya setiap amalan dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang itu apa yang diniatkan ”


4. Iman yang mendalam. Keyakinan hanya dengan Islam, sekiranya mempunyai ilmu dan kefahaman tetapi iman yang nipis dia tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan untuk perjuangan. Keimanan yang mantap sahaja akan membolehkan ia menghadamkan fikrah perjuangan Islam kepada anak buahnya. Kerana kekuatan jamaah Islam terletak kepada kekuatan iman yang sejati dan mendalam. Perjuangan tanpa iman yang sejati akan gugur dipertengahan. Bagaimana seorang naqib boleh menerapkan iman kepada anak usrahnya sekiranya beliau masih nipis Iman. Rasulullah SAW menunjukkan bagaimana Iman yang mantap menyebabkan para sahabat sanggup sehidup semati. Contohnya ketika baginda berhadapan dengan tentera Ahzab, baginda sudah mempunyai cita-cita untuk menawan Rom dan Parsi. Ini satu contoh bagaimana iman yang mantap telah memberi motivasi kepada baginda untuk menaikkan semangat yang waja di kalangan para sahabat. Firman Allah SWT Bermaksud : “ Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera ahzab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan kepada kamioleh Allah dan RasulNya, dan benarlah (apa yang telah dijanji oleh) Allah dan RasulNya” dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat itu) tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan dari mereka bulat-bulat kepada Allah .” (Al-Ahzab: 33:22)


5. Memahami organisasi jamaah. Naqib yang tidak memahami organisasi dan tabiat jamaah ia hanya bercakap atas awan. Tidak berpijak kepada bumi yang nyata. Usrah bukan teori tetapi diiringi dengan praktikal. Sekiranya naqib tidak melibatkan diri dengan Pas ia tidak akan sampai kemana arah perbincanganya. Oleh itu naqib kena memahami struktur organisasi Pas. Jangan seorang naqib tetapi ia sendiri tidak melibatkan dalam oragnisasi pas, ini memumkinkan ia akan membawa ahli jamaah keluar daripada landasan fikrah jamaah. Bagaimana mungkin ahli usrah hendak melibatkan diri dalam pilihanraya sekiranya naqib sendiri tidak terlibat dalam pilihanraya. Bagaimana jamaah hendak berkembang jika naqib sendiri tidak membawa ahli untuk beriltizam dengan jamaah.


6. Mengeratkan jalinan ukhwah. Naqib perlu melakukan program yang boleh mengeratkan hubungan persaudaraan seperti menziarahi ahli yang sakit atau ditimpa musibah,mengucap tahniah kepada kepada anggota yang berjaya, menolong mereka yang memerlukan, mengucap takziah atas kematian, menghulurkan bantuan kewangan, memberi hadiah sempena hari sahabat mendapat anak atau harijadi .Sabda Rasulullah SAW
تهادوا تحابوا
Bermaksud : “ Berilah hadiah nescaya engkau dikasihi ” Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : Allah akan sentiasa dalam (menunaikan) keperluan hamba selagi hamba itu dalam (usaha menunaikan) keperluan saudaranya.


7. Perbanyakkan amalan fardi. Sebagai seorang naqib sudah tentu bebanan dan tugas yang terpaksa dipikul. Oleh itu naqib memerlukan kekuatan rohani agar kita tidak terpesong daripada landasan perjuangan yang telah digariskan oleh jamaah. Apabila kita mempunyai benteng pertahanan ini maka ia akan menjadi asas yang kukuh untuk kita istiqamah dalam perjuangan. Maklum sahajalah perjuangan Pas yang mempunyai rintangan yang banyak dan banyak pula karenah anak buah maka sudah tentu kita memerlukan kekuatan rohani yang kuat. Oleh itu kita kena menjaga ibadat dengan baik, berzikir dengan banyak, berdoa yang ma'thur, beristighfar kepada Allah dan bersalawat kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA
حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
Bermaksud “ Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT ”


8. Menunjukkan suri teladan yang baik. Naqib sebagai role model dan diperhati oleh anak buah . Syaksiah dan tingkah laku naqib sering menjadi ikutan dan bualan. Thiqah di kalangan anak buah perlu bagi menjayakan satu usrah. Naqib kena pastikan ia lebih baik daripada anak buah. Samaada dari segi pakaian, percakapan, tingkahlaku, pergaulan, sikap, hal ehwal keluarga, komitmen kita dalam jamaah seperti mesyuarat, menghadiri program jamaah, penglibatan anak-anak kita dalam jamaah semuanya menjadi tontonan di kalangan semua ahli usrah. Firman Allah SWT Bermaksud : “ Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir ”. Al-Baqarah:44


9. Benar Naqib mestilah benar di dalam niat, perkataan dan pekerjaannya jangan sekali-kali ada penipuan atau pendustaan. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Sekiranya naqib tidak benar dalam ucapan dan tindakan maka ia akan memberi kesan yang buruk kepada usrah yang dipimpin Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : “ Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya sifat kebajikan itu membawa ke syurga. Seorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah ia dicatat disisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa kepada neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta ”.


10. Sabar. Tanpa sabar naqib tidak dapat mencapai target yang dicita-citanya, kerana kerja membentuk manusia bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan satu kesabaran yang padu serta himmah yang tinggi untuk melaksanakannya. Mesti sabar atas karenah ahli usrah yang berbagai ragam dan tindakan kesabaran sahaja yang akan boleh menjayakan perlaksanaan usrah Firman Allah SWT Bermaksud : “ Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar ”. As-Sajadah:24.

11. Tawaduk. Sifat ini orang ramai lebih senang untuk menerima dan mendengar nasihat atau percakapan kita. Sifat takabur menyebabkan kita terhijab dari kebenaran dan rahmat Allah untuk sampai ke hati manusia. Sifat tawaduk menyebabkan orang lain akan tertarik dengan apa yang kita sampaikan. Seorang naqib yang mudah bergaul dan tidak sombong dengan ahli usrah akan menambahkan keakrabannya antara mereka. Seorang naqib hendaklah terlebih dahulu menegur ahli usrahnya bukan sebaliknya, supaya menampakkan sifat tawaduk
Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : “ Tidak akan memasuki syurga sesiapa dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbur ” Riwayat Muslim

12. Pemurah. Seorang naqib mesti jangan kikir. Sifat kedekut akan menjauhkan ikatan ukhwah. Biasakan untuk menghulur kepada mereka yang berhajat. Sentiasa memberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Sifat pemurah ini akan membuahkan natijah yang baik. Sekiranya anak buah usrah saudara orang yang kikir maka latih dan tunjukkan kepada mereka kebaikan orang yang pemurah melalui amalan yang saudara tunjukkan. Firman Allah SWT
ومن يوق شح نفسه فأولئك هم المفلحون
Bermaksud “ Dan siapa yang dipelihara daripada tabiat bakhilnya mereka itulah orang-orang yang berjaya ” Al-Hasyr, 59:9 Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : “ Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dua Malaikat lalu seorang darinya berdoa: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada sihamba yang menafkahkan hartanya”. Manakala Malaikat yang kedua berdoa: Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada si hamba yang bakhil ini ”.


13. Suka menolong (ringan tulang). Saudara menampakkan kepentingan mereka melebihi daripada kepentingan diri saudara. Secara tidak langsung akan menambahkan ikatan kepercayaan di kalangan orang bawahan. Apabila anak usrah melihat saudara orang yang ringan tulang untuk menolong maka secara tidak langsung akan memberi kepercayaan yang lebih kepada saudara. Peristiwa yang ditunjukkan oleh nabi SAW dalam peperangan Khandak memberi kesan yang mendalam kepada pengikut nabi kerana melihat baginda turut serta menggali parit.


14. Bijak bergaul. Seorang naqib yang baik ia akan bermuayasyah (hidup) dengan ahli usrah. Tidak banyak protokol. Senang di bawa berbincang di kalangan anggota. Jangan ada pilih kasih di kalangan anggota sehingga mereka terasa tersisih daripada kumpulan usrah.


Peranan Dan Tanggungjawab Naqib :

1. Mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah pemimpin dan pendidik kepada kumpulan usrah. Dengan itu mereka perlu menunjuk suri teladan yang baik kepada ahli usrah.

2. Berkewajipan menyalurkan ilmu dan mendidik anggota usrah dalam bidang agama, fikrah jamaah.

3. Memastikan kandungan usrah disampai mengikut kehendak usrah dan jamaah.

4. Memastikan perjalanan usrah seiring dengan pembinaan jamaah dan organisasi.

5. Memupuk ukwah di kalangan anggota samaada di dalam usrah atau diluar.

6. Menggalakkan mereka supaya melakukan amal ibadah sunat seperti puasa sunat, solat sunat dan sebagainya.

7. Sentiasa menggalakkan ahli usrah mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi terhadap Islam dan sanggup melakukakan kerja-kerja amal Islami.

8. Naqib mesti menunjukkan kesungguhan di dalam satu kerja jamaah supaya ia menjadi contoh kepada anak usrahnya seperti menghadiri mesyuarat, program jamaah, program pilihanraya dan sebagainya.

9. Menggalakkan ahli usrah menyediakan tabung usrah supaya dapat melatih ahli untuk menderma walaupun sedikit dan wang ini boleh digunakan sewaktu kecemasan dan membantu meringankan beban di kalangan ahli usrah.

10. Naqib mestilah juga mahir dalam organisasi jamaah supaya ia dapat memnyelesaikan konflik organisasi dengan cepat.

11. Memastikan aliran maklumat yang perlu disampaikan kepada ahli usrah daripada pimpinan tertinggi dapat salur dengan baik.

12. Sentiasa memantau ahli usrah supaya dapat kita melihat potensi diri yang ada pada ahli usrah untuk diletak dan diberi peranan dalam kepimpinan dan amanah dalam jamaah.

13. Menyelesaikan dengan segera permasalahan yang berlaku tanpa bertangguh, kerana masalah yang kecil jika tidak diselesaikan dengan segera akan mendatangkan masalah yang lebih besar.


Kesimpulan

Perjalanan usrah yang mengikut method yang sebenar akan berjaya melahirkan mereka yang unggul dari segi peribadi dan agresif dalam melaksanakan kerja-kerja jamaah. Perlaksanaan usrah yang berkesan banyak bergantung kepada kehebatan naqib yang mengendalikan usrah , kerana ia adalah tunjang kepada perlaksanaan usrah. Sekiranya perlaksanaannya tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh usrah ia tidak akan dapat memberi apa-apa kesan yang baik untuk peribadinya dan juga jamaah. Kelazatan akan dirasai mereka yang mempraktikkan apa yang diarahkan di dalam usrah.

Thursday, February 5, 2009

4 syarat hidup kan hati dgn baca quran


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk. Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak. Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud: “Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4).Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

  • Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh). Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).
  • Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
  • Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.
  • Keempat, merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran. Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor.

Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain.

Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 20

(www.iluvislam.com)