Saturday, January 5, 2013

New Beginning

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yang Maha Melihat, Maha Berkuasa

Selepas beberapa ketika blog ini menyepi, Alhamdulillah pihak Halaqah akhirnya dapat mengemaskini sedikit status blog ini.

Alhamdulillah, kita semua diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk berada dalam tahun baru -tahun 2013. Bersempena dengan tahun yang baru ini.., marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk menetapkan 'resolution'  baru untuk tahun ini-azam baru. 

Perbaharui iman kita, perbaharui sikap kita, perbaharui skills kita untuk menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang lepas. 


Rasulullah S.A.W, Nabi yang kita kasihi ada memberikan peringatan tentang perkara ini, dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 




* Tetapkan Azam- "Biarlah kita menjadi generasi pelapis yang akan melahirkan anak-anak didik yang berguna pada Agama Islam dan negara  sesuai dengan landasan syariat"

No comments:

Post a Comment