PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK
SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
Peraduan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu;
- Kategori Guru
- Kategori Murid Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6)
- Kategori Murid Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3)
- Kategori Murid Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 – 5)
Syarat-Syarat Peraduan
- Peraduan ini terbuka kepada semua murid yang sedang belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan di seluruh Malaysia.
- Cerita hendaklah ditulis samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- Tema cerita ‘Terima Kasih Cikgu’.
- Tajuk skrip penulisan adalah bebas.
- Peserta hanya boleh mengemukakan satu hasil karya dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- Panjang cerita
- Kategori Guru TIDAK lebih daripada 3,000 patah perkataan.
- Kategori Sekolah Menengah TIDAK lebih daripada 1,000 patah perkataan.
- Kategori Sekolah Menengah Rendah TIDAK lebih daripada 500 patah perkataan.
- Kategori Sekolah Rendah TIDAK lebih daripada 250 patah perkataan. - Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada penghujung hasil karya.
- Halaman muka surat mestilah ditaip pada setiap halaman skrip.
- Hasil karya hendaklah ditaip atas kertas saiz A4 dalam jarak langkau dua dan menggunakan huruf jenis Arial saiz 12 poin.
- Hasil karya hendaklah merupakan hasil penulisan asli bukan ciplak atau terjemahan dan belum pernah disiarkan atau diterbitkan.
- Hasil karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif yang menyentuh sensitiviti kaum,agama dan politik.
- Latar belakang cerita hendaklah berdasarkan masyarakat Malaysia yang berfokuskan kehidupan harmoni dan bersatu dalam kalangan pelbagai kaum. Nilai-nilai murni harus diterapkan.
- Penulis hendaklah menghantar hasil karya yang asal.
- Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menerbit, mencetak dan mengedar karya-karya yang diterima.
- Maklumat penyertaan hendaklah ditulis pada Lampiran BBT III.
- Penulisan skrip adalah untuk bahan bacaan murid sekolah rendah dan menengah.
- Tarikh tutup peraduan ialah pada 2 Februari 2009.
- Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput untuk menerima hadiah dalam Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2009.
- Hasil karya hendaklah sampai sebelum atau pada tarikh tersebut ke Jabatan Pelajaran Negeri.
- Penyertaan yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di atas tidak akan dipertimbangkan.
- Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan peraduan tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.
- Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Krishanan a/l Ponnusamy di talian 03-88844480 atau Puan Hajah Siti Natrah binti Mukhtaram di talian 03-88844485.
bagus kalau dapat join ni....
ReplyDelete