Sunday, December 14, 2008

Kisah Hari Jumaat yang mulia dan Robinhood si pencuri.


Kisah Hari Jumaat yang mulia dan Robinhood si pencuri.

Pada suatu hari Jumaat,seorang budak berjalan keseorangan.Niatnya untuk ke masjid untuk solat Jumaat.Dia tahu hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dalam Islam.Hari yang mulia.Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua makluk.Manusia,jin Islam, binatang...Semuanya menantikan hari Jumaat.Hari yang penuh ketenangan.
Jam menunjukkan pukul 1.10 petang.Langkahnya dipercepatkan.Bimbang terlewat sampai.Maklumlah Jumaat sekarang dah awal,1.15 petang untuk di kawasan Ipoh.Dalam perjalanan itu dia melintasi sebuah Institusi Pengajian Tinggi.Timbul rasa kagum lantas terdetik di hatinya “satu hari nanti aku pasti akan menjejakkan kaki di situ!”.
Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah pondok kawalan Institut Pengajian Tinggi tersebut. Tertumpu pada seorang pak cik tua yang sedang mengawal di pondok tersebut. Hatinya merasakan seperti sesuatu yang tak kena
“Solat Jumaat dah nak mula tapi kenapa pakcik tu tak bersiap pergi solat Jumaat lagi?Dia ‘lupa’ ke atau buat-buat lupa?”timbul persoalan di hatinya.
Lantas budak tersebut pergi ke pondok pengawal tersebut.
“Assalamualaikum pakcik hensem!” tegur budak tadi pada pakcik tua tersebut.
“Waalaikumsalam..”jawab pakcik tu ringkas.
“Pakcik tengah bertugas ke?” tanya budak tersebut.
“Ya,pakcik sorang je”jawab pakcik tersebut.
“Tak pergi solat Jumaat ke?
“Tak.Nak buat macam mana nak,pakcik kena keje”jawab pakcik tua itu serba salah.
“Tapi cikgu saya cakap,orang Islam wajib solat jumaat.Kalu tak solat Jumaat dosa.Masuk neraka.Tambah lagi,kena seksa masa sorang-sorang dok dalam kubur” tegas budak tersebut.
“Betul tu nak.Semua yang anak cakap tu semua pakcik dah tau.Tapi nak buat camna.Ni arahan.Jadi nak tak nak, kena ikut.Kalu tak ikut,nanti kena buang kerja.Bila dah kena buang kerja,sapa yang nak bagi anak-anak pakcik makan?Pakcik cari rezki untuk anak-anak dan isteri pakcik kat rumah”balas pakcik itu.
“Emmm…betul jugak.Tapi alasan yang pakcik cakap ni lebih kurang sama macam alasan dalam cerita Robinhood.Pakcik pernah tengok cerita Robinhood?”
“Pernah.Robinhood ni, seorang pencurikan?Semua benda-benda yang dia curi,dia akan sedekah pada orang miskin,betul tak?Tapi apa kaitan alasan pakcik dengan cerita Robinhood plak?”timbul persoalan dalam pemikiran pakcik tersebut.
“Camni,mak saya cakap,dalam Islam,harta yang kita nak sedekahkan pada orang,mestilah benda yang halal.Tak boleh mencuri.Samalah macam Robinhood, walaupun niatnya baik,nak sedekah pada orang miskin tapi bukan dengan cara mencuri kemudian sedekahkan harta curi tu.Atau dengan kata lain,kalu kita nak buat benda baik,segala langkah dalam nak buat baik tu,bermula dari A hingga Z,semuanya kena guna cara yang betul. Jadi samalah jugak dengan pakcik.Pakcik kerja ni nak cari rezki untuk anak-anak dan isteri pakcik dan ini benda yang baik.Tapi…….”.
“Tapi apa ?” tanya pakcik tersebut.
“Tapi…pakcik dapatkan rezki ni sampai tinggalkan sembahyang.Tinggalkan sembahyang tu salah.Dengan kata kata lain, cara pakcik dapatkan rezki tu salah.Kalu cara untuk dapatkan rezki tu dah salah, macam mana nak dapatkan rezki yang halal dan berkat untuk anak-anak pakcik?”terang budak itu.
“Oh macam tu ke.Maksudnya,matlamat tak menghalalkan cara.Betul tak?tanya pakcik tua untuk dapatkan kepastian.
“Ya,tepat sekali.Kalau matlamat yang kita nak buat baik,cara untuk lakukan matlamat tu pun kena baik.”
“Habis tu apa yang pakcik kena buat?”
“Pakcik kena solat jumaat la.Pakcik jumpa dengan bos pakcik,suruh dia tukar jadual bertugas untuk hari jumaat.Masa hari Jumaat suruh pengawal perempuan yang bertugas.Boleh?”budak itu memberi cadangan.
“Em.Betul jugak.Nanti pakcik cuba”.
“Kalau camtu,jom la kita pegi solat jumaat.Dah masuk waktu dah ni!”
“Err…takpe la nak,minggu depan baru pakcik pegi.Boleh tak?”.
“Insyallah boleh.Semoga umur pakcik panjang dan sempat untuk solat Jumaat minggu depan. Kalu camtu saya pegi dulu la yek.Assalamualaikum pakcik hensem”.
“Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh,ustaz kecik,” jawab pakcik tua tersebut sambil tersenyum.Dihatinya timbul rasa kagum.Timbul pertanyaan di hatinya,siapakah ibubapa budak tersebut.Pasti ibubapanya orang yang baik sehingga dapat mendidik seorang anak yang baik dan soleh.Dia tahu hanya ibubapa yang soleh dan solehah sahaja yang mampu melahirkan seorang anak yang soleh dan solehah.
Bila dia memikirkan perangai anak-anaknya,cukup untuk memeningkan kepalanya.Walaupun masing-masing sudah dewasa tapi masih bergantung padanya.Semuanya tak minat sambung belajar.Cukup setakat SPM.Timbul rasa bersalah di hatinya.Mungkin dia dan isterinya gagal dalam mendidik anak-anak.Namun,dialah ketua keluarga.Mungkin juga rezki yang diperolehi melalui bekerja sebagai pengawal tiada keberkatan lantaran pekerjaannya itu memaksanya sehingga tidak solat.Dia tahu,dialah yang bertanggungjawab untuk memberikan didikan agama untuk ahli keluarganya. Pada usia senjanya itu,dia seolah-olah baru tersedar.Dia ingin menebus silapnya yang lalu.Tidak akan sekali-kali dia meninggal solat yang difardukan ke atasnya walaupun sibuk bekerja.Mudah-mudahan rezki yang diperolehinya itu halal dan disertai keberkatan dari yang Maha Esa...

Renungan bersama:
Sayang Allah pada hambaNya tidak berbelah bagi.Dia akan beri kesedaran dan hidayah pada sesiapa yang Dia kehendaki.Meskipun dosa hambaNya itu menggunung tinggi.Selagi mana seseorang itu tidak mensyirikkannya serta menjadikan Allah itu tuhannya yang satu.Sebab itulah kita manusia,tak boleh nak hukum mereka yang tak solat dan yang tak pakai tudung serta yang main nombor ekor tu masuk neraka kerana mungkin satu hari nanti dia akan berubah.Nasihat itu hanya buat mereka yang berfikir.

igpis: anda boleh berkongsi cerita ini dengan pengawal keselamatan di IPG anda yang terpaksa bekerja walaupun ketika solat jumaat.

2 comments:

  1. alhamdulillah .. satu pengajaran yang baik dan berguna utk semua..kita pun student ni..tambah-tambah nak jadi pendidik pun kna macmtu juga..walau sibuk mane pun buat assignmet ke ape ke..solat jangan pula dilambat-lambatkan..jangan semata-mata nak siapkan kje solat boleh jadi lambat..yakinlah apabila kita dahulukan perintah Allah InsyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan.salam tarbiah buat semua bakal guru..=)

    ReplyDelete
  2. budak tadi pun meneruskan perjalanan menuju ke masjid... sampai saja dimasjid... dia tengok solat jumaat dah selesai.

    ReplyDelete