Jabatan Bahagian Pendidikan Guru
Ketua Jabatan                      Pengarah
                                                DATO MISRAH BT HJ IBRAHIM
Alamat                                   Aras 2 - 6, Blok E13,
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Nombor telefon                    03-88846000 
Nombor faks                         03-88841081/03-88843507
Pengenalan
Bahagian Pendidikan Guru ialah bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan program pendidikan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Program pendidik keguruan berhasrat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.
Visi
Mencapai sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat memenuhi aspirasi negara Malaysia
Misi
Melaksana sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan agar guru-guru sentiasa berketerampilan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia
Piagam Pelanggan
Kami warga BPG dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:
- memenuhi unjuran pengambilan calon guru        praperkhidmatan bagi memenuhi keperluan sekolah dan institusi pendidikan        di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia selewat-lewatnya tiga bulan        sebelum tarikh iklan;
- memastikan pengajaran dan pembelajaran        dilaksanakan mulai hari pertama setiap semester selaras dengan        perancangan yang telah disediakan;
- memaklumkan keputusan peperiksaan akhir kursus        perguruan tujuh hari bekerja selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan        Pendidikan Guru;
- menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan        dan Diploma Perguruan Malaysia/ Diploma Pendidikan kepada lulusan dalam        tempoh satu tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan;
- menyerahkan senarai nama pelajar semester akhir        ke Jabatan dan Bahagian yang berkaitan untuk tujuan penempatan ke        sekolah tiga bulan sebelum mereka menamatkan kursus; 
- menyediakan guru permulaan yang :
- berkemahiran mengajarkan bidang pengkhususan         masing-masing; 
- berkebolehan mengurus kokurikulum yang         dipertanggung-
 jawabkan;
- mematuhi Etika Profesionalisme Keguruan.
 
 


assalamualaikum..
ReplyDeletebgs lah gtu..
guru akn jd lebih b'tggjwb n b'disiplin....
tp, ade gak guru yg x pgg pd perkara gni...
ssh nk bg contoh..leh aje lihat pd byk kes yg b'laku dlm berita..guru nk didik student pun nk ganas..aii~...
harap2 mereka sume ni dpt melakukan yg terbaik pd setiap plajar n menjadi contoh teladan pd plajar supaya future depan x byk kes b'laku...
sory klu kasar komen kat sini.wassalam.
salam,,nk tnye KPLSPM 2012 open lagi tak law ader plzz reply
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteskrg ni undang2 baru ke yang masuk utk menjalani kursus perguruan 11/2 tahun bole ambil pserta mengandung? klu dulu nak masuk KPLI pun x bole mengandung di postpn klu x declare kena buang pulak tu.... untung budak skrg....something x kena le.....