Thursday, February 11, 2010

MESYUARAT DAN SISTEM PENDOKUMENTASIAN

.



PENDAHULUAN

Syura ataupun mesyuarat di dalam Hizbullah adalah suatu petanda semulajadi dan suatu sifat yang wajib dilaksanakan untuk mencapai keberkatan dari Allah. Melihat kepada sejarah kenabian dan para sahabat, syura, bermusyawarah ataupun mesyuarat ini ditekankan dalam perlaksanaannya. Contoh Sayyidina Umar Radiyallahu’anhu begitu bersungguh-sungguh dan berlebihan menggunakan syura sehingga beliau pernah bermusyawarah dengan perempuan dari balik tabir mereka, dan bermusyawarah dengan para belia bagi mendapat buah fikiran mereka yang tajam.

DALIL-DALIL BERMUSYAWARAH

Firman Allah

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ


”Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya;”

(Surah Asy-Syuura: ayat 38)

Firman Allah

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

“Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.”

(Surah Ali-Imran: ayat 159)

Sabda Rasulullah

” Hendaklah kamu bersama-sama dengan golongan terbesar”

MATLAMAT DAN TUJUAN MUSYUWARAH

  1. Tiada manusia yang boleh hidup tanpa komunikasi harian, maka mesyuarat adalah method komunikasi untuk tujuan tertentu.
  2. Mesyuarat untuk untuk membuat keputusan tertentu di mana budaya syura adalah penting untuk umat Islam
  3. Untuk memotivasikan ahli agar bersemangat semula untuk bekerja
  4. Medan menyatukan pemikiran (wehdatu fiqr) dan menghasilkan gerak kerja yang berkonsep amal jamai’e.
  5. Membuat brainstorming atau penjelasan terhadap beberapa tindakan akan datang
  6. Mendisplinkan ahli organisasi dalam pelbagai aspek seperti masa, etika, ketaatan dan banyak lagi. Dalam Hadith menyebut

”Sesiapa yang tidak taat dan mufaraqah jamaah”


PENGGUNAAN MASA DI DALAM BERMUSYUWARAH

Sebagai golongan pendakwah dan ahli organisasi seharusnya menjadualkan secara peribadi segala aktiviti dakwah secara fardi (individu). Kita seharusnya meluaskan batas dakwah dengan tidak mengharapkan kaedah dakwah berorganisasi kerana aktiviti dakwah melalui Parti memerlukan sebuah projek khas dan ianya tidak selalu berlaku.

Beberapa panduan untuk untuk memanfaatkan masa.

· Rancangan masa harian pada setiap malam sebelum tidur tentang rancangan keesokan harinya.

· Sentiasa membawa buku catatan kecil untuk menulis aktiviti harian membuat kepastian untuk kehadiran kita kelak.

· Rancangan masa rehat dan digandingkan dengan masa solat.

· Apabila merancang pertemuan pastikan kedua pihak berjanj untuk mematuhi pertemuan

· Sediakan persediaan sebelum ingin melakukan aktiviti untuk mengelakkan kehilangan idea dan tidak membuang masa semasa aktiviti ingin bermula.

· Mempunya jadual harian tersendiri untuk mengagihkan masa belajar begerak kerja, mesyuarat, rehat dan lain-lain.



FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERMUSYUWARAH ITU GAGAL

  1. Mesyuarat tidak di mulakan dengan surah Al-Fatihah ataupun sesuatu doa menyebabkan keberkatan tiada didalam membuat keputusan dan dan mengadakan mesyuarat.
  2. Mesyuarat yang terlalu panjang. Hal ini kerana masa optimum adalah selama 1 setengah jam sahaja. Ramai ahli yang tidak gemar bermesyuarat kerana masa yang diperuntukkan melebihi 2 jam dan ia mengganggu hal keluarga dan keupayaan ahli itu sendiri.
  3. Objektif mesyuarat tidak jelas. Kemungkinan tiada agenda yang di buat dan pengerusi sendiri tidak jelas dengan tujuan mesyuarat yang ingin dibuat.
  4. Tiada controlling (pengawalan) di mana majlis tidak terkawal. Ia merangkumi pengawalan masa mesyuarat, pengawalan emosi ahli mesyuarat dan pengawalan ahli daripada membawa agenda pribadi (private agenda) yang meleret-leret di dalam mesyuarat.
  5. Timing yang lemah. Disini pengerusi perlu mengawal waktu mula mesyuarat sehingga mesyuarat selesai. Sepatutnya budaya menunggu ahli hadir perlu dikurangkan kerana ahli akan sentiasa melenggahkan masa hadir kerana menganggap ahli lain akan menunggunya sehingga tiba ke majlis/aktiviti/mesyuarat. Ahli perlu disedarkan agar mereka merasai kepentingan ketinggalan segala maklumat penting sekiranya berlakunya kelambatan.
  6. Keputusan di dalam mesyuarat lemah dan tiada follow up. Tindakan susulan perlu di buat selepas sebarang keputusan dibuat. Contohnya si pelaksana dihubungi selepas tugasan. Minit mesyuarat juga menjadi mekanisma yang penting untuk melihat sejauh mana pelaksannaan ahli selepas mesyuarat yang lepas.
  7. Ahli-ahli mesyuarat (setiap lajnah) tidak aktif dalam perbincangan dan adakalanya hanya bersetuju dan selepas berakhirnya mesyuarat berlakulah sesi ketidakpuasan bagi sesuatu keputusan.
  8. Berlaku perbalahan pendapat di dalam mesyuarat di sebabkan oleh dendam yang lahir dari perasaan antara individu-individu tertentu.
  9. Budaya tidak menghormati antara satu sama lain

SISTEM DOKUMENTASI

Dokumentasi dalam sudut bahasa ialah dokumen yang dipelihara dan dicantum, surat catitan atau naskah yang di kumpul. Dokumentasi merupakan perkara penting

KESIMPULAN

Tidak akan sempurna perjalanan umat Islam kecuali dengan syura. Dan mereka tidak akan dapat bergerak ke hadapan kecuali dengan syura. Dan kita sebagai satu organisasi juga tidak akan sempurna kecuali dengan syura. Organisasi tidak mungkin tertegak tanpa syura. Apabila kita gagal melaksanakan syura secara praktik, maka organisasi ini akan terkeluar dari daripada sifatnya sebagai Organisasi Islamiyyah.




PENGURUSAN ORGANISASI ISLAM

.



Amar Ma’ruf Nahi Mungkar adalah kewajipan kepada semua umat Islam. Tugas ini bukan hanya dipikul oleh para ulama’, tuan guru, ustaz/ustazah dan pendakwah sahaja tatapi ia juga sama-sama di bebankan ke atas bahu orang Islam secara umumnya. Justeru itu, gerak kerja Islam ini perlulah mempunyai pengurusan yang begitu rapi dan tersusun bagi membentuk organisasi yang selari dengan matlamat yang ingin dicapai. Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
(As-Saff : 4 )

MERANCANG SECARA TERSUSUN (MUNAZZAMAH)

Saidina Ali pernah berpesan bahawa
“Gerak kerja Islam yang rapuh pengurusannya akan mudah dikalahkan oleh gerakan musuh (kafir/munafik/zalim) yang kemas tanzimnya”.

Sistem pengurusan yang munazzamah perlu berasaskan kepada kepimpinan yang berstrategik dan mampu memandu ahli kepada matlamat organisasi.

Di antara cara yang untuk memastikan organisasi lebih mantap ialah:

1. Menentukan dan menjelaskan misi organisasi kepada anggota
2. Sentiasa membuat analisa kekuatan dan kekurangan dalaman institusi serta menilai peluang dan ancaman luaran institusi.
3. Membentuk objektif yang hendak dicapai
4. menyediakan strategi untuk mencapai objektif yang hendak dicapai.
5. Menyediakan pelan tindakan berdasarkan strategi yang sudah dikenalpasti.

PROSES PENGURUSAN STRATEGIK



1. Misi Organisasi

Dengan cara yang mudah difahami, misi bermaksud ’apakah urusan organisasi yang sebenarnya’. Mungkin konteks sebuah organisasi perlulah di jelaskan beberapa elemen yang mesti difahami oleh anggota, antaranya ialah siapakah golongan sasaran, perkara yang hendak di sebarkan, imej sasaran yang ingin di tanamkan dan keperihatianan institusi kepada anggotanya sendiri.

Kefahaman ini adalah bertujuan supaya program yang akan dilaksanakan akan terarah kepada matlamat dan objektif institusi dan yang utama sekali ialah terhasilnya iltizam untuk bekerja secara kolektif.


2. Pengurusan SWOT Analisa (Kekuatan, kelamahan, Peluang dan Ancaman)

Selepas misi dibentuk dan dipersetujui oleh pimpinan organisasi, maka seterusnya perlulah dibuat satu analisa mengenai dia faktor dalaman (kekuatan dan kelemahan) dan faktor luaran (peluang dan ancaman).


KEKUATAN

(Strong)

KELEMAHAN

(Weak)

PELUANG

(Opportunity)

KP

(guna kekuatan untuk penuh peluang)

LP

(guna peluang untuk mengatasi kelamahan)

ANCAMAN

(Treat)

KA

(gunakan kekuatan untuk mengelak ancaman)

LA

(mengelak kelemahan/membuang strategi tertentu untuk elak ancaman)

* SWOT Analisis


3. Pengurusan Projek

Terdapat beberapa elemen di dalam pengurusan projek yang perlu dititikberaktkan di dalam organisasi untuk mencapai matlamat

a) Pengurusan Skop Program

- Di dalam skop program perlulah berdasarkan kepada MBO (Managment By Objective) dan MBT (Managment By Target)

b) Pengurusan Komunikasi

- Menggunakan segenap peluang terutamanya IT

c) Pengurusan Masa

- Perlulah mempunyai penjadualan agar tiada pertindihan kerja.

d) Pengurusan sumber manusia


4. Pengurusan Perancangan Masa

Terdapat beberapa kaedah perancangan masa. Antaranya adalah

a) Time Planning Makro (Taqwim Tahunan)

- Organisasi perlulah menetapkan sendiri taqwim berdasarkan tahunan, bulanan dan harian. Taqwim tahunan ini juga di selarikan melalui MBO dan MBT.

b) Time Planning Mikro (Terperinci)

- Mendetailkan masa dengan perkara dan tugasan/tindakan. Contoh;

Bil

Perkara

Masa

Tindakan

Status / Catatan


-Perancangan Program

(Bila/masa yang diambil)

(lajnah @ lain-lain)

(Selesai/Masalah)



5. Pengurusan Carta Gentt

Kaedah ini memudahkan kita mengesan beberapa aktiviti atau tugasan bertindan yang memerlukan perlaksanaan serentak semasa menjalankan program/projek.




6. Pengurusan Carta Pert

Di gunakan untuk melihat sejauh mana ajk menepati masa melaksanakan tugasan yang diberi

Aktiviti / tugasan

Tarikh mula

Tarikh akhir

Tarikh sebenar bermula

Tarikh sebenar berakhir

Contoh;

Menghubungi penceramah

1 Jan 2006

4 Jan 2006

1 Jan 2006

5 Jan 2006

PELAN TINDAKAN

Pelan tindakan merupakan tahap yang paling sukar untuk di capai dengan tersusun sekiranya tiada kefahaman gerak kerja, wehdatul amal dan fikr, ukhwah, dan lain-lain melibatkan gerak kerja. Beberapa elimen yang di tekankan;

  1. Budaya kerja berorganisasi
  2. Iltizam
  3. Penyelarasan
  4. Kepimpinan
  5. Pengawasan

PENUTUP

Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan modus operandi (cara melaksanakan) pengurusan yang tersusun dan menjelaskan beberapa teknik pengurusan bersistematik yang perlu di ambil perhatian di dalam geraksn Islam ysng bergerak kerja.




Monday, February 8, 2010

MENJEJAKI ANGGOTA HIZBULLAH

.


Bila mana lahirnya seorang lelaki yang telah menepati pada dirinya
kecintaan kepada Allah, ia bersikap lemah lembut kepada orang Mu’min,
tegas kepada orang kafir, ia berjihad serta menyerahkan keta’atannya kepada
Allah, RasülNya. dan orang Mu’min; maka di ketika itu wujudlah suatu
individu dari Hizbullah.



Dan sekiranya terdapat individu-individu
seumpama ini tetapi mereka tidak mengenali di antara satu sama lain, dan
justeru itu tidak berhubung di antara mereka dan tidak bekerjasama dalam
rangka usaha mencapai suatu matlamat yang sama, maka tinggallah
persoalan ini di dalam bentuknya yang asal tadi iaitu adanya individu individu
daripada HizbuLlah di sana sini.



Tetapi apabila individu-individu
ini bercantum menjadi satu saff dengan memenuhi syarat-syarat yang di atas,
dan mereka melancarkan tindak — kerja melalui syura’ dalam usaha untuk
mencapai matlamat bersama, maka ketika ini barulah wujudnya HizbuLlãh.




Di waktu medan kerja bertambah luas dan golongan ini dapat
memenuhi seruan-seruan kerja Islam serta segala keperluannya, lantas.
mereka menyalurkan suatu pandangan yang menyeluruh di dalam aspek
‘ilmu pengetahuan,tarbiyyah, penyusunan (tanzim) gerakan dan tektik
(perencanaan), maka di saat inilah lahirnya hizbuLlãh di dalam bentuk yang
sempurna dan lengkap; kerana inilah suatu permulaan yang sihat untuk
mencapai tuntutan-tuntutan yang selama ini menunggu tokohnya.


Wednesday, January 20, 2010

Bersabarlah...



Salam perjuangan dan salam mahabbah...

Alhamdulilah, kami diberi kesempatan oleh Allah untuk terus berkongsi dalam blog ini. Sebelum itu, kami ingin memohon maaf atas kelewatan dalam mengupdate blog ini. Ini disebabkan keadaan wireless yang agak kurang sedikit.

Tajuk post kali ini ialah BERSABARLAH....

Sememangnya memang susah nak sabar sebenarnya. Memang memerlukan tahap kecerdasan emosi yang tinggi terutamanya apabila kita dalam keadaan yang agak tak stabil. Kebiasaannya dalam situasi IPG ini stress apabila assigment banyak dan kena hantar pada masa yang ditetapkan. Masa itulah tugasan yang banyak perlu dilakukan dalam satu masa, kemudian terlibat dengan aktiviti-aktiviti persatuan seperti Kelab Kembara, PGPI, JPP dan persatuan-persatuan yang lain. Sememangnya ia memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi apabila dalam keadaan begini.

Berdoa kepada Allah adalah salah satu penyelesaian untuk menenangkan diri supaya tidak mudah melatah dalam menghadapi masalah. Sememangnya ujian yang menimpa kita akan menjadikan kita lebih berfikiran terbuka dan menjadikan kita sentiasa dekat kepada Allah... Bersabarlah wahai sahabat-sahabatku terutamanya kita yang memilih jalan dakwah ini. Ia memang suatu jalan yang penuh dengan liku-liku. Hanya hamba Allah yang KUAT & SABAR dapat mengaharunginya...


Menurut kalangan bijak pandai:

"Untuk menyelesaikan suatu masalah tidak ada jalan keluarnya adalah dengan bersabar"

'Orang yang bersabar dlm menghadapi ujian, menerima semua ketentuan Allah, dan bersabar semua kesulitan. Cintohnya : lambat masuk elaun. Kita boleh lihat, ada guru pelatih yang makan maggi, roti sahaja, malah ada yang puasa untuk berjimat cermat. Namun tidak kurangnya ada guru pelatih yang duk selalu merungut bila elaun nak masuk.


Sebagai seorang daie malah bakal GURU nanti SABAR merupakan salah satu tingkat dalam menuju JALAN DAKWAH... Maka marilah kita tanamkan SABAR ini dalam diri :)

Friday, January 15, 2010

PEMBERITAHUAN

Kami daripada krew pengurusan Halaqah IPG ingin memohon maaf di atas apa yang terjadi sebelum ini. Terdapat kekeliruan mengenai Ikatan Pewaris Guru Malaysia (IPGM) yang menerbitkan artikel di dalam blog ini. Setelah melalui perbincangan bersama dengan pihak yang bertanggungjawab, tiada sebarang provokasi yang ingin ditimbulkan tetapi sekadar peringatan bersama.

Untuk pengetahuan umum, di Malaysia, hak mengenai ‘Kebebasan Hak Asasi’ (Fundamental Liberties) dengan jelasnya terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan merupakan kebebasan asasi yang diberikan kepada warganegara. Hak-hak tersebut adalah tonggak kepada demokrasi yang diamalkan di Malaysia dan ia juga merupakan perkara-perkara yang terkandung dalam ‘Hak Asasi Manusia Sejagat’ (Universal Human Rights Fundamental Liberties). Perkara 10 (1) (a) yang menyatakan tiap-tiap warganegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran. Namun begitu, fikiran yang ingin disuarakan perlulah tidak bercanggah dengan Islam, tidak menimbulkan ketegangan dalam sesama kaum di Malaysia dan tidak menyalahi undang-undang yang ada kaitannya dengan kawalan terhadap kebebasan bersuara seperti Akta Hasutan 1948, Akta Kefitnahan 1957 (Akta 286), Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Rahsia Rasmi 1972, atau Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Oleh itu, sebagai orang yang cintakan Islam tidak perlulah untuk mengeluarkan sebarang fitnah atau tanggapan buruk kepada pihak lain kerana ianya akan menghancurkan Islam sendiri.

Krew Halaqah IPG juga ingin memohon maaf kerana jarang mengemas kini blog ini. Ini disebabkan kesibukan krew menghadapi PRK dan masalah internet connection. Insya Allah akan berlaku perubahan dalam waktu terdekat ini.

Segala kesulitan amat dikesali.

Friday, January 1, 2010

Demonstrasi Bantah Mesir 8 Januari Ini

Disebabkan kebiadapan kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza, DPPP akan menganjurkan demonstrasi bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir pada Jumaat ini 8 Januari 2010. Program bermula dengan berkumpul selepas solat jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang.

Pelbagai sekatan yang dilakukan oleh kerajaan Mesir sejak serangan tentera zionis pada 2008 untuk menyekat bantuan yang hendak disalurkan kepada Gaza. Baru-baru ini juga diberitakan kerajaan mesir atas telunjuk yahudi telah menyebarkan racun ke dalam tanah di sepanjang sempadan Palestin. Tindakan tersebut telah membunuh sehingga 300 orang yang menggunakan terowong bawah tanah yang digunakan untuk mendapatkan bantuan daripada Mesir.

Oleh itu, semua pelajar IPG yang mempunyai rasa keprihatinan terhadap saudara kita di bumi Gaza diminta untuk memberikan sokongan kepada demonstrasi ini dengan datang beramai-ramai.