Bila mana lahirnya seorang lelaki yang telah menepati pada dirinya
kecintaan kepada Allah, ia bersikap lemah lembut kepada orang Mu’min,
tegas kepada orang kafir, ia berjihad serta menyerahkan keta’atannya kepada
Allah, RasülNya. dan orang Mu’min; maka di ketika itu wujudlah suatu
individu dari Hizbullah.
Dan sekiranya terdapat individu-individu
seumpama ini tetapi mereka tidak mengenali di antara satu sama lain, dan
justeru itu tidak berhubung di antara mereka dan tidak bekerjasama dalam
rangka usaha mencapai suatu matlamat yang sama, maka tinggallah
persoalan ini di dalam bentuknya yang asal tadi iaitu adanya individu individu
daripada HizbuLlah di sana sini.
Tetapi apabila individu-individu
ini bercantum menjadi satu saff dengan memenuhi syarat-syarat yang di atas,
dan mereka melancarkan tindak — kerja melalui syura’ dalam usaha untuk
mencapai matlamat bersama, maka ketika ini barulah wujudnya HizbuLlãh.
Di waktu medan kerja bertambah luas dan golongan ini dapat
memenuhi seruan-seruan kerja Islam serta segala keperluannya, lantas.
mereka menyalurkan suatu pandangan yang menyeluruh di dalam aspek
‘ilmu pengetahuan,tarbiyyah, penyusunan (tanzim) gerakan dan tektik
(perencanaan), maka di saat inilah lahirnya hizbuLlãh di dalam bentuk yang
sempurna dan lengkap; kerana inilah suatu permulaan yang sihat untuk
mencapai tuntutan-tuntutan yang selama ini menunggu tokohnya.
No comments:
Post a Comment