Kami daripada krew pengurusan Halaqah IPG ingin memohon maaf di atas apa yang terjadi sebelum ini. Terdapat kekeliruan mengenai Ikatan Pewaris Guru Malaysia (IPGM) yang menerbitkan artikel di dalam blog ini. Setelah melalui perbincangan bersama dengan pihak yang bertanggungjawab, tiada sebarang provokasi yang ingin ditimbulkan tetapi sekadar peringatan bersama.
Untuk pengetahuan umum, di Malaysia, hak mengenai ‘Kebebasan Hak Asasi’ (Fundamental Liberties) dengan jelasnya terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan merupakan kebebasan asasi yang diberikan kepada warganegara. Hak-hak tersebut adalah tonggak kepada demokrasi yang diamalkan di Malaysia dan ia juga merupakan perkara-perkara yang terkandung dalam ‘Hak Asasi Manusia Sejagat’ (Universal Human Rights Fundamental Liberties). Perkara 10 (1) (a) yang menyatakan tiap-tiap warganegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran. Namun begitu, fikiran yang ingin disuarakan perlulah tidak bercanggah dengan Islam, tidak menimbulkan ketegangan dalam sesama kaum di Malaysia dan tidak menyalahi undang-undang yang ada kaitannya dengan kawalan terhadap kebebasan bersuara seperti Akta Hasutan 1948, Akta Kefitnahan 1957 (Akta 286), Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Rahsia Rasmi 1972, atau Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
Oleh itu, sebagai orang yang cintakan Islam tidak perlulah untuk mengeluarkan sebarang fitnah atau tanggapan buruk kepada pihak lain kerana ianya akan menghancurkan Islam sendiri.
Krew Halaqah IPG juga ingin memohon maaf kerana jarang mengemas kini blog ini. Ini disebabkan kesibukan krew menghadapi PRK dan masalah internet connection. Insya Allah akan berlaku perubahan dalam waktu terdekat ini.
Segala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Cuma ada beberapa perkara yang masih perlu dihuraikan lebih lanjut.
ReplyDelete1. Penubuhan "IPGM"
Benarkah penubuhan 'IPGM' itu wujud? Kalau benar ia wujud ia mewakili entiti apa? Siapakah jawatankuasa yang terlibat dan adakah ia mewakili IPGM seluruh Malaysia sebab perkataan Malaysia digunakan? dan yang paling penting adakah ia berdaftar dengan ROS?
2. Hak Kebebasan Suara
Memang tidak dinafikan segala peruntukan tersebut termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Akan tetapi saudara kena ingat pelajar-pelajar IPG tertakluk juga dengan AKTA 174 yang melarang mana-mana pelajar bersuara mewakili pihak-pihak tertentu. Justeru menjadi tanda tanya di sini atas dasar apa 'IPGM' ditubuhkan?
Sekian, terima kasih.