Friday, December 19, 2008

Program Awal Tahun 2009



Program Mantap Awal Tahun 2009

SALAM WBT

Alhamdulillah, sekali lagi Kelab Rakan Intelek Muda (INTELEK) telah tampil dgn sebuah lagi Program mantap bulan January. Sekali lg Ust Hasrizal Abd Jamil dipilih, berdasarkan pengalaman beliau yg luas semasa berada di luar negara. Jgn lepaskan peluang.

Lawati website FLY HIGH OZ-NZ 2009 utk pendaftaran! tempat terhad!

WALLAHU A’LAM

Sunday, December 14, 2008

Kisah Hari Jumaat yang mulia dan Robinhood si pencuri.


Kisah Hari Jumaat yang mulia dan Robinhood si pencuri.

Pada suatu hari Jumaat,seorang budak berjalan keseorangan.Niatnya untuk ke masjid untuk solat Jumaat.Dia tahu hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dalam Islam.Hari yang mulia.Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua makluk.Manusia,jin Islam, binatang...Semuanya menantikan hari Jumaat.Hari yang penuh ketenangan.
Jam menunjukkan pukul 1.10 petang.Langkahnya dipercepatkan.Bimbang terlewat sampai.Maklumlah Jumaat sekarang dah awal,1.15 petang untuk di kawasan Ipoh.Dalam perjalanan itu dia melintasi sebuah Institusi Pengajian Tinggi.Timbul rasa kagum lantas terdetik di hatinya “satu hari nanti aku pasti akan menjejakkan kaki di situ!”.
Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah pondok kawalan Institut Pengajian Tinggi tersebut. Tertumpu pada seorang pak cik tua yang sedang mengawal di pondok tersebut. Hatinya merasakan seperti sesuatu yang tak kena
“Solat Jumaat dah nak mula tapi kenapa pakcik tu tak bersiap pergi solat Jumaat lagi?Dia ‘lupa’ ke atau buat-buat lupa?”timbul persoalan di hatinya.
Lantas budak tersebut pergi ke pondok pengawal tersebut.
“Assalamualaikum pakcik hensem!” tegur budak tadi pada pakcik tua tersebut.
“Waalaikumsalam..”jawab pakcik tu ringkas.
“Pakcik tengah bertugas ke?” tanya budak tersebut.
“Ya,pakcik sorang je”jawab pakcik tersebut.
“Tak pergi solat Jumaat ke?
“Tak.Nak buat macam mana nak,pakcik kena keje”jawab pakcik tua itu serba salah.
“Tapi cikgu saya cakap,orang Islam wajib solat jumaat.Kalu tak solat Jumaat dosa.Masuk neraka.Tambah lagi,kena seksa masa sorang-sorang dok dalam kubur” tegas budak tersebut.
“Betul tu nak.Semua yang anak cakap tu semua pakcik dah tau.Tapi nak buat camna.Ni arahan.Jadi nak tak nak, kena ikut.Kalu tak ikut,nanti kena buang kerja.Bila dah kena buang kerja,sapa yang nak bagi anak-anak pakcik makan?Pakcik cari rezki untuk anak-anak dan isteri pakcik kat rumah”balas pakcik itu.
“Emmm…betul jugak.Tapi alasan yang pakcik cakap ni lebih kurang sama macam alasan dalam cerita Robinhood.Pakcik pernah tengok cerita Robinhood?”
“Pernah.Robinhood ni, seorang pencurikan?Semua benda-benda yang dia curi,dia akan sedekah pada orang miskin,betul tak?Tapi apa kaitan alasan pakcik dengan cerita Robinhood plak?”timbul persoalan dalam pemikiran pakcik tersebut.
“Camni,mak saya cakap,dalam Islam,harta yang kita nak sedekahkan pada orang,mestilah benda yang halal.Tak boleh mencuri.Samalah macam Robinhood, walaupun niatnya baik,nak sedekah pada orang miskin tapi bukan dengan cara mencuri kemudian sedekahkan harta curi tu.Atau dengan kata lain,kalu kita nak buat benda baik,segala langkah dalam nak buat baik tu,bermula dari A hingga Z,semuanya kena guna cara yang betul. Jadi samalah jugak dengan pakcik.Pakcik kerja ni nak cari rezki untuk anak-anak dan isteri pakcik dan ini benda yang baik.Tapi…….”.
“Tapi apa ?” tanya pakcik tersebut.
“Tapi…pakcik dapatkan rezki ni sampai tinggalkan sembahyang.Tinggalkan sembahyang tu salah.Dengan kata kata lain, cara pakcik dapatkan rezki tu salah.Kalu cara untuk dapatkan rezki tu dah salah, macam mana nak dapatkan rezki yang halal dan berkat untuk anak-anak pakcik?”terang budak itu.
“Oh macam tu ke.Maksudnya,matlamat tak menghalalkan cara.Betul tak?tanya pakcik tua untuk dapatkan kepastian.
“Ya,tepat sekali.Kalau matlamat yang kita nak buat baik,cara untuk lakukan matlamat tu pun kena baik.”
“Habis tu apa yang pakcik kena buat?”
“Pakcik kena solat jumaat la.Pakcik jumpa dengan bos pakcik,suruh dia tukar jadual bertugas untuk hari jumaat.Masa hari Jumaat suruh pengawal perempuan yang bertugas.Boleh?”budak itu memberi cadangan.
“Em.Betul jugak.Nanti pakcik cuba”.
“Kalau camtu,jom la kita pegi solat jumaat.Dah masuk waktu dah ni!”
“Err…takpe la nak,minggu depan baru pakcik pegi.Boleh tak?”.
“Insyallah boleh.Semoga umur pakcik panjang dan sempat untuk solat Jumaat minggu depan. Kalu camtu saya pegi dulu la yek.Assalamualaikum pakcik hensem”.
“Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh,ustaz kecik,” jawab pakcik tua tersebut sambil tersenyum.Dihatinya timbul rasa kagum.Timbul pertanyaan di hatinya,siapakah ibubapa budak tersebut.Pasti ibubapanya orang yang baik sehingga dapat mendidik seorang anak yang baik dan soleh.Dia tahu hanya ibubapa yang soleh dan solehah sahaja yang mampu melahirkan seorang anak yang soleh dan solehah.
Bila dia memikirkan perangai anak-anaknya,cukup untuk memeningkan kepalanya.Walaupun masing-masing sudah dewasa tapi masih bergantung padanya.Semuanya tak minat sambung belajar.Cukup setakat SPM.Timbul rasa bersalah di hatinya.Mungkin dia dan isterinya gagal dalam mendidik anak-anak.Namun,dialah ketua keluarga.Mungkin juga rezki yang diperolehi melalui bekerja sebagai pengawal tiada keberkatan lantaran pekerjaannya itu memaksanya sehingga tidak solat.Dia tahu,dialah yang bertanggungjawab untuk memberikan didikan agama untuk ahli keluarganya. Pada usia senjanya itu,dia seolah-olah baru tersedar.Dia ingin menebus silapnya yang lalu.Tidak akan sekali-kali dia meninggal solat yang difardukan ke atasnya walaupun sibuk bekerja.Mudah-mudahan rezki yang diperolehinya itu halal dan disertai keberkatan dari yang Maha Esa...

Renungan bersama:
Sayang Allah pada hambaNya tidak berbelah bagi.Dia akan beri kesedaran dan hidayah pada sesiapa yang Dia kehendaki.Meskipun dosa hambaNya itu menggunung tinggi.Selagi mana seseorang itu tidak mensyirikkannya serta menjadikan Allah itu tuhannya yang satu.Sebab itulah kita manusia,tak boleh nak hukum mereka yang tak solat dan yang tak pakai tudung serta yang main nombor ekor tu masuk neraka kerana mungkin satu hari nanti dia akan berubah.Nasihat itu hanya buat mereka yang berfikir.

igpis: anda boleh berkongsi cerita ini dengan pengawal keselamatan di IPG anda yang terpaksa bekerja walaupun ketika solat jumaat.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)


Jabatan Bahagian Pendidikan Guru

Ketua Jabatan Pengarah

DATO MISRAH BT HJ IBRAHIM

Alamat Aras 2 - 6, Blok E13,
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Nombor telefon 03-88846000

Nombor faks 03-88841081/03-88843507

Pengenalan

Bahagian Pendidikan Guru ialah bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan program pendidikan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Program pendidik keguruan berhasrat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.

Visi

Mencapai sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat memenuhi aspirasi negara Malaysia

Misi

Melaksana sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan agar guru-guru sentiasa berketerampilan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Piagam Pelanggan

Kami warga BPG dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

      1. memenuhi unjuran pengambilan calon guru praperkhidmatan bagi memenuhi keperluan sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia selewat-lewatnya tiga bulan sebelum tarikh iklan;
      2. memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama setiap semester selaras dengan perancangan yang telah disediakan;
      3. memaklumkan keputusan peperiksaan akhir kursus perguruan tujuh hari bekerja selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru;
      4. menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Diploma Perguruan Malaysia/ Diploma Pendidikan kepada lulusan dalam tempoh satu tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan;
      5. menyerahkan senarai nama pelajar semester akhir ke Jabatan dan Bahagian yang berkaitan untuk tujuan penempatan ke sekolah tiga bulan sebelum mereka menamatkan kursus;
      6. menyediakan guru permulaan yang :
        1. berkemahiran mengajarkan bidang pengkhususan masing-masing;
        2. berkebolehan mengurus kokurikulum yang dipertanggung-
          jawabkan;
        3. mematuhi Etika Profesionalisme Keguruan.

Thursday, December 11, 2008

Pindaan AUKU di Parlimen


Penggantian seksyen 15

8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan
seksyen yang berikut:

“Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
bersekutu dengan persatuan, dsb.

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan
orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah manamana
undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau
di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar
Malaysia, selain—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti
yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan
boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau
urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan
atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan
di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia
di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam
atau di luar Malaysia, selain—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding
dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib
Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(3) Menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk
menyampaikan kepada pelajar Universiti, dan pertubuhan,
badan atau kumpulan pelajar Universiti, nama pertubuhan,
badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri
di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi
kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar
Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan
perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat
yang difikirkannya patut.

(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada
pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang
ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan,
boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh
semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan
kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—
(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang
yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam
atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah
perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai
demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau
Universiti itu.

(6) Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar
Universiti tidak boleh dihalang daripada—
(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara
akademik yang berhubungan dengan perkara
yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau
penyelidikannya; atau
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut
dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium
atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan
atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama
ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana
pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang
menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau
di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan
atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri
di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak
sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar
atau Universiti itu.

(7) Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar
subseksyen (1) atau (5) boleh dikenakan tindakan
tatatertib.

(8) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti yang melanggar subseksyen (2) atau (5) hendaklah
diuruskan mengikut seksyen 16.”.

sumber:

Sejarah IPG

Sejarah latihan keguruan negara bermula apabila Maktab Guru Melayu Singapura bertempat di Istana Lama Sultan Johor, Teluk Belanga, Singapura ditubuhkan pada tahun 1878. Pada tahun 1900, Maktab Melayu Melaka pula ditubuhkan dengan kemasukan 24 orang guru pelatih.

Maktab-maktab perguruan mempunyai pengalaman lebih 80 tahun dalam bidang latihan perguruan. Pengalaman yan begitu luas membantu maktab-maktab perguruan membina dan membangunkan kapasiti dari aspek kompetensi profesional sumber manusia dan infrastruktur.

Penawaran program bermula pada peringkat sijil perguruan. Pada tahun 1996, Maktab-maktab Perguruan mula menerima pelajar di peringkat diploma perguruan. Pada 13 Julai 2005, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang boleh menganugerahkan ijazah melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Apakah IPG?

Institut Pendidikan Guru (IPG) ialah institusi latihan keguruan di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan dikawal selia oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

BPG menentukan dasar manakala IPG akan melaksanakan latihan keguruan pra dan dalam perkhidmatan di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan. Pengaugerahan akan dilakukan oleh BPG.

Tujuan utama penubuhan IPG ialah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru-guru berkualiti, mahir, bertanggungjawab dan bangga menjadi pendidik serta mencapai sasaran semua guru berijazah di Sekolah Menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang 2010.

Tuesday, December 9, 2008

Bacalah - Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan

Dengan sebuah buku di tangan , ana melihat diri ana ini serba "kepelikan" apabila berada di tempat-tempat awam.Bukan pada pakaian , bukan pada kasut atau apa-apa sahaja yang melekat di muka, tetapi BUKU DI TANGAN !

Bukan buku kuliah ,atau buku subjek "Chemistry" yang memeningkan otak itu ,tapi buku ataupun sekadar makalah ataupun majalah ilmiah.

Bergantunglah, mungkin majalah atau buku itu bertemakan topik yang berkisarkan agama, politik , isu-isu semasa mahupun apa jua jenis bacaan yang boleh dibaca.

Kita sering di"propagandakan" dengan slogan Membaca itu jambatan Ilmu , Membaca itu bagus dan sebagainya, tetapi adakah itu sekadar slogan ?

Adakah kata-kata atau slogan ini hanya untuk menyedapkan kata-kata apabila diungkapkan , menyegarkan mata bila dilihat dan dan menyenangkan telinga apabila mendengarnya?

Membaca sepatutnya menjadikan mereka ini sebagai orang yang terkehadapan dari segi pengetahuan , dari segi ilmu dan dari sudut pandangan tentang apa jua hal yang berbangkit (yang tak sudah-sudah!) dalam masyarakat.

Ada sesetengah orang menjadikan bacaan sebagai hobi mahupun "kewajipan"
setiap minggu atau bulan tetapi dalam konsep yang berbeza iaitu sekadar untuk berhibur (hawa nafsu) dan fikiran.

Kebanyakan daripada kita hanya membaca bacaan yang bukan setakat ringan , tetapi picisan seperti cerita tepi (terkadang "dalam") kain artis , artis tu bercerai ke tak , artis tu kena tangkap khlawat minggu lepas , artis tu tak bagi duit komisen make-up artis dan pelbagai benda yang bodoh dan jelik untuk diambil pusing.

Gosip-gosip (atau lebih tepat mengumpat dan memfitnah) ini menjadi suatu kebiasaan dalam majalah tersebut. Ada artis wanita yang membuat pernyataan "berani" (tapi bodoh!) dalam sebuah majalah hiburan (ana tidak ingat majalah apa) beberapa bulan lepas.

Isunya, membesarkan payudaranya. Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ini ,isu payudaranya sahaja yang keluar! Jelik lagi memualkan !

Gambar dalam bahan bacaan "sampah" ini tidak kurang "menariknya" , artis pakai bikini dengan payudaranya tersembul bagi perempuan, dan pusat terjulur bagi lelaki.

Tidak kurang juga gambar-gambar artis-artis "role model" masyarakat ini berpelukan lelaki perempuan tanpa rasa malu atau segan.

Mungkin inilah kebebasan individu yang dicanang-canangkan oleh Barat itu. Sungguh hebat "kebebasan" yang diuar-uarkan sehinggan maruah dan kehormatan diletakkan di darjat yang paling hina dan keji.

Sekarang (bahkan sejak dulu lagi pun) ,majalah atau akhbar mahupun buku yang bertemakan mistik dan tahyul memenuhi segenap ruang pameran bagi gerai-gerai buku mahupun gedung -gedung peralatan tulis.

Sebut sahaja hendak cerita apa, anak bunian yang tak habis habis keluar setiap bulan , pontianak tengah mengendong anaknya yang kemudian diketahui sebagai batu nisan, berzina dengan pontianak yang disangkakan isteri sendiri mahupun Mak Long Si Bidan Tua hujung kampung menjadi perawan muda jelita pada malam bulan mengambang !

Bahan bacaan seperti ini banyak di pasaran , seperti Wacana, cermin ,Variasari ,Mastiara ,Mingguan Misteri mahupun apa-apa sahaja yang bersangkut paut dengannya.

Ada sesetengah bahan bacaan tersebut ada bagusnya, termasuklah menyelitkan petikan ayat-ayat Qur'an mahupun hadis.

Tetapi apa yang ana lihat, ayat-ayat (atau lebih tepat jika dikatakan terjemahan ayat-ayat Al-Qur'an) hanya bertindak sebagai penghias majalah, ataupun sekurang-kurangnya sekadar pengisi ruangan kosong dan bawah dalam sesuatu kolum ataupun cerita.

Masyarakat kita terlampau didedahkan dengan benda merapu tak tentu pasal ini sehingga mewujudkan fenomena takutkan hantu atau benda keramat melebihi takutnya kita sendiri kepada Pencipta Kita, yakni Allah s.w.t.

Bahan bacaan yang "erotik" dan lucah juga berlambak di pasaran .

Ada yang menceritakan pengalaman buat hubungan seks dengan adik sendiri, pengalaman dirogol bapa sendiri , macam mana nak dapatkan kepuasan semasa membuat hubungan kelamin, macam mana hendak besarkan benda yang dikatakan "hebat" bila dibesarkan dan sebagainya.

Semua perkara tersebut diceritakan sehingga pembaca akan "merasai" keseronokan jalan cerita berbanding pengajaran yang boleh diambil di dalamnya.

Apakah yang sebenarnya hendak mereka (penerbit dan pengeluar majalah) ini sampaikan kepada pembaca kecuali "melukut" sahaja.

Majalah seumpama inilah yang kadang-kadang lebih merbahaya berbanding majalah yang boleh di"nampak" apa yang tak patut dilihat dan ditayangkan kepada sesiapapun kecuali muhrim dan lelaki yang menjadi suaminya kerana gaya penceritaan yang "REALISTIK" dan penuh ayat yang" romantis" lagi memualkan .

Ana tidak ingin menimbulkan suasana yang tidak senang apabila anda semua membaca artikel ini, tetapi inilah hakikatnya .


Cuba jenguk ke gerai-gerai buku, majalah (atau bahan bacaan) seumpama ini berlambak dan membentuk majoriti di ruang pameran.

Sebenarnya , lambakan ini berpunca daripada sikap pengguna sendiri yang memilih bahan bacaan seperti itu . Masakan ada pengeluaran jika tiada permintaan !

Inilah salah satu cara untuk Yahudi dan Nasrani (Barat) meng"indoktrinasi" pemikiran generasi muda kita supaya meninggalkan Al-Qur'an dan sunnahNYa.

Kalau ikut buku rujukan yang paling" teras" ialah Al-Qur'an. Tetapi kenapa buku teras ini tidak dirujuk , dibaca dan dihayati bagi membentengi diri dari perencanaan dunia yang menyesakkan lagi fana ini?

Lihatlah di sekeliling kita. Ramai anak muda kita yang menjadi "orang putih" , pakai baju ketat sendat , rambut diwarnakan dan memakai rantai.

Sekarang ia umpama satu "trend" dan dilihat "stylo". Salah satu sebab ialah akibat alat propaganda Yahudi dan Nasrani ini yang menyebarkan daiyah melalui alat media ini.

Mereka (yahudi dan nasrani) tidak akan berpuas hati selagi umat Muhammad ini tidak mengikut jalan mereka, sejengkal-demi sejengkal.

Proganda ini sungguh halus dan berkesan , bahkan ia berjaya melumpuhkan roh dan jati diri Islam yang ada di kalangan umat Islam terutama generasi muda kini.

Peranan pembacaan bahan bacaan "tercemar" oleh hedonisme yang melampau ini sama hebat dengan medium-medium "pencemar" lain seperti televisyen , sistem pesanan ringkas, emel , radio dan perbualan harian.

Kenapa jenis pembacaan itu penting ? Salah satu sebab adalah kerana ia akan menentukan siapa kita sebenarnya.

Muslimah bertudung labuh tidak akan baca majalah mangga (sebagai contoh) dan perempuan yang berbaju sendat dan nampak "tube" tidak akan baca majalah i.(juga sekadar contoh)

Itu ikut logik. Tapi kalau kedua-dua contoh itu tidak tepat , maafkanlah saya .

Sebab kedua ialah , dari segi pembacaanlah, manusia dapat mengetahui sesuatu yang selama ini dia tidak mengetahuinya.

Orang Malaysia tidak akan tahu perihal yang berlaku di Mumbai (sekadar contoh) , jika tidak melalui pembacaan. Bahkan sesiapa sahaja tidak boleh jadi "somebody" jika tidak menjadikan bacaan sebagai hobi setipa masa.

Stalin , pemimpin Komunis Rusia yang digeruni kerap berada di Perpustakaan berbanding bercuti melancong .

Seruan "Bacalah" dalam surah Al-alaq sepatutnya menjadi perangsang bagi umat Islam untuk membaca.

Membaca apa ? Bismirabbikallazi khalaq -dengan nama tuhan yang menciptakan.-

Apa itu membaca "dengan nama tuhan yang menciptakan"?

Membaca dengan erti kata membaca yang memberi faedah , ilmu dan pengetahuan kepada kita. Dari tidak tahu kepada tahu. Dari tiada kepada ada. Dari tuhan , untuk manusia , kepada tuhan .

Mujahid Page (http://deafeningsilent.blogspot.com)