Monday, May 31, 2010

Akhirnya Freedom Flotilla Diserang Juga

Tindakan biadap serangan zionis terhadap konvoi Freedom Flotilla sungguh menyedihkan dan menyakitkan bagi kita sebagai umat Islam. Sungguh tidak berperikemanusiaan apabila komando zionis melakukan serangan terhadap kapal-kapal yang membawa aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata di kawasan perairan antarabangsa. Akhirnya tindakan tersebut menyebabkan hampir 20 orang gugur syahid dan 30 orang mengalami kecederaan.

Sebenarnya kejadian ini pasti akan berlaku kerana sebelum ini zionis telah memberi amaran kepada konvoi ini untuk menyerang dan merampas kapal-kapal tersebut. Malah tentera laut zionis juga telah mengepung konvoi sebelum kejadian ini berlaku. Tetapi malangnya tiada usaha daripada pihak tentera pengaman seperti PBB atau UN untuk mengawal keselamatan para aktivis daripada diserang oleh zionis.

Israel adalah suatu bangsa yang tidak mengenali erti kemanusiaan. Mereka tidak mempedulikan soal orang awam, sukarelawan keamanan, atau pejuang Palestin. Bagi mereka sama sahaja. Sesiapa yang menghalang niat Israel untuk mendirikan negara haram Israel atau berpihak kepada Palestin, mereka patut dibunuh walau dengan cara apa sekalipun. Sebelum ini pun sudah berapa ramai aktivis kemanusiaan dibunih oleh zionis.

Jadi, untuk mengajar zionis ini sebenarnya bukanlah dengan perjanjian damai atau genjatan senjata, tetapi dengan menggunakan senjata itu sendiri. Sudah banyak perjanjian yang dimenterai antara kedua belah pihak seperti yang berlaku pada zaman Yasir Arafat tetapi tidak menunjukkan hasil langsung.

Oleh itu, kesemua umat Islam agar melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT agar keselamatan kesemua aktivis terjamin tidak kira yang beragama Islam atau bukan. Pembaca juga diseru hadir ke perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat pada 4 Jun ini selepas solat Jumaat untuk menunjukkan bantahan kita.

*Penulis ingin memohon sahabat sekalian menyebutkan nama Ust Hasanuddin Mohd Yunus yang merupakan bekas calon ADUN di tempat penulis yang menyertai Freedom Flotilla di dalam doa agar diberikan keselamatan kepada beliau. Sehingga kini kesemua keadaan aktivis tidak dapat diketahui.

Saturday, May 29, 2010

Buku Yang Mesti Dimiliki




Tajuk: Tokoh - Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 2
Penerbit : Jundi Resources
Cetakan Pertama : May 2010
Harga : RM25 (Semenanjung) dan RM27 (Sabah/Sarawak)

Buku ‘ Tokoh - Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 2 ’ merupakan karya terbaru tulisan Ust Riduan Mohamad Nor bersama Ust Zainudin Hashim. Karya ini merupakan rentetan daripada keluaran yang pertama yang diterbitkan pada 2009.

Buku ini memaparkan latar belakang dan perjuangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Islam di seluruh dunia. Antara tokoh yang dapat dinyatakan di sini ialah seperti Dr. ‘Aidh al-Qarni, Dr Abdul Karim Zaidan, Sa’id Ramadan, Ust Fadzil Noor, Syeikh ‘Izzuddin al-Qassam, Ismail Haniyyeh, Khaled Masy’al, Dr Zakir Naik, Dr Tariq Ramadan, Dr Muhamad Natsir, dan Prof Dr Zulkifli mohammad. Mereka adalah antara beberapa tokoh sahaja yang dapat dicatatkan di sini yang terdapat dalam buku ini.

Kehidupan yang dilalui oleh setiap tokoh sehingga menjadi seorang tokoh Islam dan segala mehnah yang dihadapi oleh mereka untuk memperjuangkan Islam telah diulas oleh kedua-dua orang penulis ini. Apabila kita menghayati cabaran yang dikenakan ke atas mereka, kita merasakan cabaran yang kita hadapi terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan mereka. Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan semangat juang kita untuk terus memperjuangkan agama Allah dan menjalankan tugas kita sebagai seorang pendakwah atau pendidik. Setiap tokoh disertakan dengan gambar untuk membolehkan kita mengenali wajah seorang tokoh Islam.

Ilustrasi luaran dan dalaman buku ini lebih menarik berbanding dulu. Buku ini setebal 229 muka surat. Buku ini dijual dengan harga RM25 (Semenanjung) dan RM27 (Sabah/Sarawak). Sahabat juga boleh dapatkan buku ‘Cinta di Langit Gaza’ yang berharga RM20 (Semenanjung) dan RM25(Sabah/Sarawak). Buku ini telah diulas pada posting yang lalu.

Sahabat boleh dapatkan dengan harga asal buku tanpa bayaran pos penghantaran. Bayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank atau Bank Islam.

Jika berminat untuk mendapatkan buku ini, bolehlah menghubungi KHAIRUDIN di nombor 013-2003297.

Marilah kita menggunakan sedikit rezeki yang ada untuk membeli saham akhirat.

Friday, May 21, 2010

Kepada Semua Pelajar IPG

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar IPG di seluruh Malaysia. Semoga segala ilmu yang kita perolehi di bilik kuliah akan dimanfaatkan sepenuhnya ketika menjawab soalan peperiksaan kelak. Gunakan masa dengan sebaiknya untuk mengulangkaji agar kita benar-benar bersedia menghadapi peperiksaan. Tingkatkan masa beribadah dengan Allah SWT dan perbanyakkan doa kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan kita.

Dimaklumkan juga blog HALAQAH IPG akan berhenti rehat buat seketika waktu sehingga waktu peperiksaan tamat..InsyaAllah.

Semoga berjaya kepada semua sahabat dan sahabiah sekalian.

Monday, May 17, 2010

Mulianya Menjadi Guru…

Seperti biasa tanggal 16 Mei merupakan tarikh yang diraikan oleh golongan pengajar iaitu guru. Pelbagai sambutan yang dilakukan untuk mengingati tarikh ini. Kita sebagai bakal guru juga tidak terlepas dari meraikan hari ini dengan menghantar pelbagai ucapan hari guru dalam bentuk sms kepada sahabat seperjuangan kita, menghadiahkan bingkisan kepada rakan dan meraikan sambutan hari guru di peringkat IPG masing-masing.

Tidakkah kita sebagai bakal seorang guru berasa beruntung dengan profesion yang bakal kita miliki ini? Ada sesetengah daripada pelajar IPG malu untuk memberitahu tempat balajarnya kerana merasakan profesion perguruan hanyalah kerjaya yang dipandang rendah sahaja. Tetapi sedarlah kerjaya perguruan adalah suatu ibadah yang begitu mulia di sisi agama jika kita benar-benar ikhlas untuk menjadi guru.

Dalam soal keikhlasan ini Imam Ghazali pernah menyebut, “Wajib membetulkan niat murid-murid, maka wajib juga membetulkan niat guru, bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar lebih mulia daripada ibadat belajar.”

Mungkin ada di kalangan kita ini sebelum melangkah ke alam perguruan menanam cita-cita untuk menjadi seorang doctor, peguam, arkitek, jurutera, atau saintis. Tetapi disebabkan desakan daripada keluarga terpaksa meninggalkan kerjaya yang sangat diidamkan tersebut. Hasilnya, kita belajar di IPG dalam keadaan yang sambil lewa sahaja kerana untuk menunjukkan rasa memberontak terhadap keputusan keluarga. Tidakkah pernah terfikir bahawa jika kita melangkah ke profesion perguruan kita bakal melahirkan puluhan atau lebih insan yang bernama doctor, peguam, jurutera malah Perdana Menteri. Bayangkan betapa mulia dan beratnya tanggungjawab yang akan digalas oleh guru untuk membentuk generasi yang dapat dimanfaatkan oleh bangsa, agama dan negara.

Mengapa dikatakan kerjaya sebagai guru ini sangat menguntungkan? Hal ini bertepatan dengan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a, bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat, penghuni langit dan bumi, termasuk semut yang berada di dalam lubang dan ikan ikan pau, sesungguhnya akan memberkati dan memberi rahmat kepada orang yang mahu mengajarkan kebaikan (ilmu) kepada manusia.”

Nabi SAW juga bersabda lagi yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud, “Ingatlah, sesungguhnya dunia ini terlaknat. Semua seisi dunia itu terlaknat kecuali orang yang ingat kepada AllahSWT atau melakukan sesuatu yang dekat dengan mengingatiNya dan orang yang mangajar serta orang yang belajar.”

Berdasakan daripada hadis yang dinyatakan, terlalu banyak ganjaran yang dikurniakan oleh Allah khususnya kepada golongan guru. Tetapi untuk mendapatkan ganjaran tersebut hendaklah timbul rasa ikhlas dalam hati untuk menjadi guru dan ikhlas untuk mengajar. Mungkin perkataan ikhlas mudah untuk dilafazkan, tetapi apa sebenarnya yang tersirat di dalam hati. Mungkinkah kita tetap merasa ikhlas sekiranya kita tidak diberi sebarang gaji dan elaun untuk mengajar anak bangsa? Sanggupkah kita mengajar kelas tambahan kepada anak murid walaupun tidak dibayar kerana kebanyakkan mereka berasal daripada keluarga yang miskin? Renungkan sahabat sekalian bagaimana pengorbanan yang bakal dihadapi oleh seorang guru kelak.

Belum terlambat rasanya HALAQAH IPG ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua pensyarah, guru dan juga bakal guru di seluruh Malaysia. Selalulah bermuhasah diri untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran kita dan menjadikan kita sebagai guru yang lebih berdedikasi.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Sunday, May 16, 2010

Judi..Halal Ke Haram Ni....

Pada Jumaat yang lepas, sekumpulan pemuda Islam telah menganjurkan perhimpunan yang bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang telah meluluskan lessen judi bola sepak. Perhimpunan ini diadakan di seluruh Malaysia selepas mengerjakan solat Jumaat. Tindakan ini merupakan tindak balas daripada kerajaan menerusi Kementerian Kewangan yang telah mengeluarkan lesen perjudian kepada Kumpulan Berjaya yang dinaungi oleh Vincent Tan.



Malangnya, puhak polis telah menghalang kumpulan ini daripada menyatakan kebenaran di khalayak ramai dengan tindakan merampas microphone. Tetapi tindakan tersebut tidak menghalang matlamat untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan dan perhimpunan aman tetap diteruskan. Suasana ini dapat diperhatikan di Masjid Kampung Bharu pada Jumaat yang lepas.



Alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan yang telah memberi lesen untuk kegiatan perjudian ini adalah untuk membanteras kegiatan perjudian haram yang berleluasa. Daripada kenyataan ini adakah judi yang tidak mendapat lesen akan dikategorikan sebagai haram dan yang mendapat lesen akan dikategorikan sebagai halal? Walaupun Malaysia sebuah negara majmuk, kerajaan sepatutnya tidak membenarkan kegiatan perjudian dijalankan di ‘negara Islam’ Malaysia ini. Hal ini kerana agama lain juga tidak membenarkan kegiatan judi kerana akan merosakkan institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Ulama dan mufti yang dilantik di Malaysia ini sepatutnya menasihati kerajaan agar tidak melakukan kemungkaran dan kerajaan perlu menurut hukum syarak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang diredhai. Di mana suara dan peranan orang yang beragama di dalam kerajaan seperti Jamil Khir Baharom dan Mashitah Ibrahim yang dulunya pernah mengupas tajuk halal haram di dalam Islam semasa menjadi ahli panel forum perdana?

Dan kita sebagai bakal pendidik apa yang perlu dilakukan? Rata-rata masyarakat di luar tidak mengetahui tentang isu ini. Mungkin ada segelintir daripada bakal guru yang sepatutnya peka terhadap isu seperti ini juga tidak mengetahui apa-apa. Jadi, diharapkan kepada para pendidik di luar sana agar peka terhadap isu semasa yang berlaku di Malaysia ini dan bersama-sama menolak kemungkaran yang berlaku. Zahirkan kebencian anda sama ada secara kata-kata atau membenci dengan hati yang merupakan selemah-lemah iman. Ingatlah sebuah hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibn Majah yang bermaksud, “Sebaik-baik jihad ialah memperkatakan sesuatu yang benar di hadapan penguasa yang zalim”.

Saturday, May 15, 2010

Peristiwa Mei di Bumi Palestin

Pada bulan ini terjadi suatu lipatan sejarah yang berlaku di bumi Palestin yang tidak mungkin akan dilupakan oleh semua umat Islam. Pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh zionis ke atas penduduk Palestin akhirnya menyebabkan bumi yang mereka cintai dirampas oleh zionis dengan rasminya pada tahun 1958. Banyak program penerangan seperti ceramah, perhimpunan dan pameran yang telah dianjurkan oleh beberapa pihak NGO untuk memperingati peristiwa Nakba Palestin yang terjadi pada bulan ini.

Baru-baru ini juga gabungan daripada beberapa buah NGO telah menganjurkan Perhimpunan Perdana Palestin di Shah Alam yang bertujuan untuk mengigati Nakba Palestin dan juga ingin mengutip derma. Persoalannya adakah cukup dengan sumbangan yang ingin disalurkan tetapi pada masa yang sama tiada kuasa yang kuat untuk membebaskan bumi Palestin terutamanya Masjidil Aqsa yang kini berada di dalam bahaya.

Umat Islam di Palestin dijadikan sebagai bahan ujikaji untuk senjata yang dicipta oleh zionis dan US. Apa yang telah dilakukan oleh negara-negara Islam di seluruh dunia sekarang? Di mana peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Organisation of the Islamic Conference (OIC)? Apa yang telah dibuat oleh umat Islam seluruh dunia? Adakah masih lagi menikmati hidangan KFC, McDonald, Pizza Hut, Coke dan menyedut asap rokok Philip Morris? Jika ini yang masih dilakukan oleh umat Islam dan OIC hanya sekadar melafazkan “Oh..I See..”, jangan haraplah bumi Palestin akan bebas dari kezaliman zionis.

Antara peristiwa yang terjadi pada bulan Mei adalah;

14 Mei 1948

Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengganas Israel ke atas 50 orang umat Islam di Kampung Abu Syasyah. Sebahagian mereka ditembak dengan senjata api dan sebahagian yang lain pula dikapak di kepala mereka.

Tanggal hitam 15 Mei 1948

Hari ini genaplah usia 62 tahun Palestin ditakluk oleh zionis. Betapa malunya kita sebagai umat Islam hari dengan kelengkapan serba serbi peralatan persenjataan masih tidak terdaya membebaskan bumi Palestin, malah Masjid al-Aqsa juga dikuasai rejim Yahudi.

Kalau dilihat dari sudut logik akal manusia, negara Israel dilingkungi beberapa negara Arab yang kaya dengan senjata minyak seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syria, Lubnan, Bahrain, Oman, Yaman dan sebagainya sepatutnya pada 1948, orang-orang Arab berjaya menghalang penubuhan negara haram itu, namun ia tidak berlaku.

Sebabnya, para pemimpin Arab hanya banyak menganjurkan persidangan menjaga kepentingan mereka daripada memikirkan keselamatan rakyat bangsa Palestin yang ditindas, dianiayai, dinafikan hak mereka sepanjang 62 tahun, iaitu satu jangka masa yang begitu lama mengatasi usia Malaysia merdeka (51 tahun).

Imam Syahid Hasan al-Banna pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin pernah mengemukakan pandangannya kepada Perdana Menteri Mesir pada masa itu, Noqrashi Basha agar membantu rakyat Palestin dengan menghantar pasukan tentera ke Palestin bagi menghadapi segala kemungkinan agar kuasa asing tidak bertapak di kawasan yang diduduki bangsa Arab, apatah lagi beragama Islam.

Pandangannya itu bukan mahu membangkitkan isu kebangsaan, malah kebimbangannya terhadap pengaruh bukan Islam akan masuk ke dalam negara-negara yang dihuni oleh orang Arab.

Noqrashi menolak pandangannya itu malah bertindak mengharamkan segala aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin. Imam Hasan tidak berputus asa dan mengerahkan unit pasukan jihad gerakan itu supaya pergi ke Palestin bertujuan untuk membantu rakyat negara itu, walau bagaimanapun tentera-tentera yang dihantar itu ada yang mati syahid dan ada yang sempat pulang semula ke Mesir dengan pelbagai kesusahan yang menanti mereka.

Kejatuhan Palestin di tangan Israel disifatkan oleh Imam Hasan sebagai satu kesilapan dan pengkhianatan besar ke atas rakyat Palestin yang beragama Islam.
Selang tidak berapa lama selepas kejatuhan Palestin, pada 12 Februari 1949, Imam Hasan ditembak mati secara misteri tanpa seorang pun yang tahu kejadian itu hingga ahli keluarganya juga tidak dapat mengesan di manakah jenazahnya di kuburkan hingga hari ini.

1948 Dikenali Sebagai Tahun Perang Arab-Israel

Perang Arab-Israel 1948, dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel.

Bagi orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk daripada bahasa Arab sebagai 'Al-Nakba' yang bermaksud 'malapetaka', perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka.

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab.

Mandat British terhadap Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei.

Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.

Pada akhir Mei 1948, 6000 tentera Syria, 4500 Iraq, 6000 Transjordan, 1000 Lubnan dan 5000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir.
Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmaqdis Barat.

Dalam perjanjian gencatan senjata, Semenanjung Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah mandat British terhadap Palestin dahulu yang lain menjadi Israel.

Monday, May 10, 2010

Konvensyen Gerakan Islam Dan Persaingan Demokrasi

Tarikh : 22 Mei 2010
Tempat : Hotel D'Palma Ampang
Masa : 8.00am hingga 3.30pm
Yuran : RM30 (makan dan kertas kerja)
Anjuran : Lajnah Dakwah dan Pembela Islam DPPP

Penampilan khas tokoh gerakan Islam daripada PAS, Ikhwanul Muslimin, Parti Sejahtera (PKS) Indonesia serta tokoh akademik yang membuat pengkhususan dalam bidang gerakan Islam.

Menurut Pengerusi Lujnah Dakwah DPPP, Ustaz Riduan Mohamad Nor, matlamat konvensyen untuk menganalisis kekuatan dan kelemahan gerakan Islam dalam persaingan demokrasi abad ke 20 hingga 21. Beliau juga merupakan penulis buku Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden.

Sahabat sekalian dijemput hadir ke program ini untuk membolehkan kita mendapat penerangan yang jelas mengenai gerakan Islam di seluruh dunia.

Segala pertanyaan hubungi Nik 019-3238455.

Sunday, May 9, 2010

Gejala Sosial..Di Mana Silapnya…

Fenomena pembuangan bayi kini seolah-olah seperti kita membuang sampah sahaja. Jasad bernyawa yang tidak berdosa ini kerap ditemui terkulai layu tidak bernyawa di dalam tong sampah, lubang tandas, di tepi jalan, di pintu masjid dan lebih menyedihkan apabila diratah oleh anjing. Setiap hari pasti ada kes pembuangan bayi sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan. Rekod yang ditunjukkan pada tahun 2009 menunjukkan setiap 17 minit pasti ada satu kes pembuangan bayi. Lebih menyedihkan perbuatan ini bukan dilakukan oleh bangsa Cina atau India, tetapi kebanyakkannya adalah daripada bangsa Melayu. Mengikut perlembagaan Malaysia, bangsa Melayu adalah beragama Islam. Nah, bertapa ‘mulianya’ bangsa kita yang beragama Islam ini melakukan perbuatan yang sangat dilaknat oleh Allah SWT.



Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Adakah rekod seperti ini kita hendak banggakan sebagai seorang rakyat di sebuah ‘negara Islam’? Kini di Malaysia, masalah penglibatan seks di kalangan remaja atau pelajar sekolah begitu membimbangkan. Kita mungkin tidak terlepas dengan berita yang melaporkan seperti tangkapan khalwat di kalangan pelajar, video seks yang ‘dilakonkan’ oleh pelajar sendiri, pelajar melahirkan anak di dalam tandas, pelajar merogol rakan sekelas dan banyak lagi kes yang melibatkan pelajar. Kesemua kes seperti ini begitu menyedihkan bagi kita kerana mereka semua adalah generasi akan bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan negara.



Kebanyakkan mereka sudah berani melakukan perbuatan yang dilaknat iaitu zina sejak di bangku sekolah lagi yang masih lagi berusia belasan tahun. Sepatutnya usia dan peluang yang mereka perolehi tersebut perlu diisi dengan menuntut ilmu tetapi telah dinodai dengan perbuatan yang menurut hawa nafsu. Di manakah silapnya? Adakah ini bermakna sistem kurikulum yang diguna pakai sekarang masih lagi gagal untuk mendidik murid menjadi lebih bertaqwa? Salah satu matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Malangnya, ternyata matlamat ini gagal untuk dicapai. Buktinya adalah kes yang disebutkan tadi.

Di sekolah pula subjek Pendidikan Islam tidak dijadikan sebagai subjek teras bagi murid untuk lulus dalam peperiksaan. Ibu bapa pula lebih mengutamakan subjek teras seperti Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris dengan menghantar anak mereka ke kelas tambahan. Subjek Pendidikan Islam hanya dipandang sebelah mata. Lulus atau gagal tidak dipedulikan oleh mereka. Ada murid yang mendapat markah yang tinggi di dalam ujian atau peperiksaan dalam subjek PI. Tetapi penampilannya tidak bertudung dan bila ditanya adakah menunaikan solat setiap hari, jawapan yang keluar adalah jarang-jarang. Adakah kita hendak melahirkan murid yang hanya cemerlang di dalam peperiksaan tetapi gagal untuk mengamalkan apa yang dipelajarinya. Keseimbangan dari segi rohani dan intelek tidak berlaku sama sekali. Perkara ini amat menyedihkan bagi kita sebagai seorang pendidik.

Di sini peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa sangat penting untuk mengamalkan ajaran Islam yang asas pada anak mereka seperti menutup aurat dan bersolat. Rata-rata murid yang berada di sekolah rendah kini tidak menutup aurat khususnya perempuan dan tidak menunaikan solat fardhu. Perkara sedemikian kalian akan tempuhi jika berada di sekolah kelak. Sangat mengecewakan apabila ditanya mengapa tidak bersolat, jawapannya ibu bapa saya tidak marah jika tidak bersolat. Jadi, ibu bapa bukan hanya sekadar tahu hendak menghasilkan anak sahaja, tetapi perlu mendidik mereka menjadi insan yang bertaqwa semenjak kecil. Keyakinan mereka terhadap perintah agama begitu penting untuk membolehkan mereka mempunyai antibodi yang kuat bagi mengelakkan mereka melakukan perbuatan terkutuk.

Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik pada anak mereka. Tidak guna guru menyuruh anak murid supaya bertudung, bersolat, jangan merokok sedangkan ibu bapa mereka sendiri yang melakukan perkara sedemikian. Malah, ada pelajar yang mengatakan mengapa guru perlu sibuk-sibuk menyuruh untuk memakai tudung sedangkan ibunya tidak menyuruh pun berbuat demikian hatta ibunya sendiri tidak pakai tudung. Bagi pelajar lelaki pula mereka menganggap perbuatan memakai rantai dan gelang tidak salah disebabkan bapanya sendiri pun berbuat demikian. Bagaimana guru hendak mendidik anak murid mereka menjadi insan yang baik sedangkan ibu bapa yang mereka lebih percayai tidak menunjukkan contoh yang baik dan mendidik anak mereka. Jadi, tugas mendidik anak bukan hanya dipikul oleh guru di sekolah sahaja, tetapi ibu bapa juga berperanan besar untuk mendidik mereka.

Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menilai semula sukatan pelajaran Pendidikan Islam ataupun Pendidikan Moral untuk membolehkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai. Mungkin sudah sampai masanya pihak kementerian menekankan pendidikan agama pada peringkat sekolah rendah dan bukan hanya menjadikan subjek pelajaran sahaja tetapi mesti diamalkan oleh setiap murid dengan sempurna. Ianya akan tercapai sekiranya penggubalan akta pendidikan dilakukan oleh kementerian. Pihak kementerian perlu meneliti dengan lebih mendalam masalah ini untuk menangani gejala sosial yang begitu meruncing yang melibatkan pelajar sekolah rendah ataupun menengah.

Media penyiaran di Malaysia juga turut penyumbang kepada masalah sosial ini. Media yang mudah diakses seperti televisyen, surat khabar, majalah, internet, dan sebagainya banyak memaparkan gambar yang tidak sesuai untuk budaya di Malaysia. Tetapi pihak kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan seakan-akan menghalalkan apa yang dibuat oleh media berkenaan. Sebagai contoh, kita boleh saksikan apa yang dipaparkan oleh akhbar Utusan, Berita Harian, majalah Mangga, URTV dan banyak lagi. Kesemuanya memaparkan susuk tubuh wanita yang menggoda. Bukankah ini boleh merangsang seseorang untuk berzina? Mengapa perkara sedemikian tidak diambil berat oleh pihak kerajaan? Apabila terjadi kes pembuangan anak baru hendak melatah sedangkan punca yang mendorong untuk berzina dihalalkan.

Di Malaysia juga tidak terdapat suatu media yang berunsur islamik yang dapat membimbing manusia lebih mengenali Islam. Tidak ada satu pun rancangan televisyen yang berunsurkan Islam 100%. Bagaimana umat Islam di Malaysia dapat memahami ajaran Islam yang syumul ini sekiranya tidak diberikan penerangan secara menyeluruh. Jangan mengharapkan seluruh umat Islam ini hendak hadir ke majlis ilmu di masjid untuk mempelajari Islam. Peratus kehadiran di masjid terlalu sedikit. Kebanyakkan mereka lebih gemar berehat di rumah sambil menonton tv. Pihak kementerian perlu menggunakan kesempatan ini untuk menyebarkan Islam menerusi kemudahan teknologi masa kini. Tetapi mungkinkah kerajaan sekarang akan berbuat demikian?

Kesimpulannya, pencegahan gejala sosial di kalangan murid dan pelajar perlu dibendung secepat mungkin agar lebih ramai lagi generasi muda dapat di jaga. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak bermula dari pihak kerajaan, masyarakat, sekolah, ibu bapa dan diri sendiri.

Friday, May 7, 2010

Menjana Usia Muda Untuk Hari Tua

Allah SWT menganugerahkan peluang secara percuma untuk hamba-Nya. Kita diminta agar merebut peluang-peluang tersebut serta memanfaatkan sepenuhnya. Jika seseorang itu cuai atau terlalai dari merebutnya, pasti mereka akan menanggung kerugian. Kerana di sebalik peluang percuma itu akan muncul pula perkara negatif yang akan menimbulkan penyesalan.

Diriwayatkan oleh At-Termini dan Muslim dari Amru bin Maimun R.A bahawa suatu hari Rasulullah SAW. telah menyampaikan penga¬jarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud;
"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."

Peringatan itu diberikan oleh Rasulullah SAW dengan satu ta¬waran berfaedah, agar tidak mensia-siakan peluang yang diperolehi secara percuma. lbarat mendapat harta ghanimah, keuntungan tanpa perlu modal, sedangkan orang berniaga mendapatkan keuntungan mes¬ti melalui modal.

Justeru kesempatan yang datang secara percuma itu, dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. agar tidak membiarkannya berlalu sia-sia. Kerana sekiranya seseorang itu diberi kesempatan oleh Allah S.WT hidup dengan umur yang panjang, pasti ia akan menempuh masa muda. Masa muda itu diberi dengan tidak payah diminta.

Masa muda jangan dibiar berlalu tanpa erti, kerana masa muda itu penuh dengan kecergasan fizikal dan mental. Pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau moral, dan mental remaja yang segar memberikan ruang yang cukup untuk mencapai berbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Masa muda itu tidak akan bertahan, kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya kenangan. Jika masa remaja tidak diperguna menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di hari tua.

Masa tua segala-galanya tidak ada yang indah, kudrat tenaga sudah lemah, selera makan sudah menurun meskipun disajikan makanan yang serba lazat. Sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan penyakit semakin lemah, keterbatasan telah melingkungi dirinya. Dalam situasi sedemikian, mungkin seseorang baru menyedari betapa masa muda itu amat berharga, oleh itu mensia-siakan masa muda yang sangat bererti bagaikan menempah untuk derita menanggung penyesalan. Menyesal kemudian hanyalah suatu kesengsaraan.

Masa muda yang diberi secara percuma oleh Allah S.WT itu, akan ditanya semula di hari perhitungan kelak. Kerana usia muda itu bukan saja suatu anugerah tetapi juga suatu amanah. Pasti akan ditanya oleh Penganugerah-Nya, gerangan apakah usia muda itu dipergunakan? Sama ada untuk melakukan ketaatan atau sebaliknya.


(Gambar di atas tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati)

Segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang mukmin, sama ada di bidang ilmu dan moral, pasti akan menjadikan masa tua yang penuh kesyukuran. Jika tidak, maka Allah S.WT telah mengingatkan hamba-Nya dengan firman-Nya dalam surah at-Tiin ayat 4,5 dan 6 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus.”

Sumber: TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dipetik daripada buku Mutiara 2 Tok Guru

Thursday, May 6, 2010

Perhimpunan Perdana Palestin


Dijemput kepada semua sahabat yang berkesempatan untuk hadir ke program ini supaya turut serta memeriahkan progrma ini dan tunjukkan rasa prihatin kita terhadap nasib saudara kita di Palestin.

Pesanan untuk Umat Islam di Malaysia

Ini adalah pesanan Dr. Khalil Ismail al-Hayya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Pesanan ini diterjemahkan oleh saudara Maszlee Malik atas permintaan Dr. Khalil.

Alhamdulillah, Allah memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih oleh Allah bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh Allah bagi mewakili umat Islam di seluruh dunia supaya menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid suci ketiga. Kami juga dipilih oleh Allah supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia.

Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan la ilaha illah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari rumah, kampung halaman dan juga tanah air. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadun yang dapat disenaraikan, sudah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited supaya terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. la adalah jihad, kemuliaan dan bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Semasa detik-detik awal penjajahan, kami, saudara anda daripada gerakan Islam menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam dibantai penjajah. Walau bagaimanapun, pembantaian itu tidak cukup bagi melemahkan kami. Sehingga zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kaki juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh itu, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami menumpukan usaha membina semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiah dan kebajikan menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehingga pada pertengahan 80-an apabila arus sekular mula jemu dengan perjuangan. Semasa arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin mula lesu, kaki mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami berteraskan Islam Gan kaki membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar mahu memerdekakan sekeping tanah, tetapi bagi memandu kebangkitan semula umat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

Semenjak hari pertama penubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan. HAMAS juga memberikan nyawa ahli-ahli mereka bagi tujuan itu dan berganti pada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami. HAMAS iuga berjuang hendak memerdekakan Masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasil¬nya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercaya¬an oleh rakyat bagi memerintah mereka. Kemenangan ini walaupun indah, namun ia adalah ujian yang getir bagi kami. Kemenangan itu adalah era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang dalam perjuangan kami iaitu politik pemerintah. Semakin bertambah beban, semakin tinggi pengorbanan kami.

Buat umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan akidah yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan manhaj atau tujuan yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintah saudara. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pencinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarinya?

Umat Islam di Malaysia sekalian, menjadi memerintah tidak mudah. Apatah lagi memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila memerintah hanya memerintah sebuah negara yang tidad berdaulat dan dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintah sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak tiga bulan yang lalu. Tahap pengangguran mencapai 31 peratus di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan tekanan dan petrol sernakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin berkurangan. Baru-baru ini, tiga orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana tiada ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Malah persidangan parlimen (Majlis Legislatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua berlaku? la kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya kerana rakyat Palestin memilih calon yang rakyat inginkan dalam pilihan raya yang lalu. Tekanan dikenakan kerana kami enggan mematuhi ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajah Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis mengambilnya dan mereka tidak pernah dipaksa supaya memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis supaya memulangkannya. Mereka juga menutup laluan darat, dan laut Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian yang dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat hanya mampu bertahan selama enam bulan. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tidak tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila? Perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya.

Sanggupkah saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?
Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.

Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan reda pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia, kami mengharapkan saudara bersikap proaktif. Kami hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD1 (bersamaan RM3.60) setahun bagi me¬nanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharap¬kan saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu.
Kami juga berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka ke arah menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami.

Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.

Allahu akbar!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Hayya
Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin, 14 Mei 2006.

Pesanan ini dipetik daripada buku Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis tulisan Maszlee Malik. Pembaca boleh dapatkan buku ini di pasaran untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pertubuhan HAMAS dan usaha yang dilakukan oleh gerakan ini untuk memperjuangkan isu Palestin. Buku ini juga dapat menjernihkan pandangan yang mengatakan bahawa HAMAS adalah gerakan pengganas yang telah didoktrinkan oleh zionis kepada kita semua.

Tuesday, May 4, 2010

Top 10 Things You Can Do to Reduce Global Warming

Burning fossil fuels such as natural gas, coal, oil and gasoline raises the level of carbon dioxide in the atmosphere, and carbon dioxide is a major contributor to the greenhouse effect and global warming.

You can help to reduce the demand for fossil fuels, which in turn reduces global warming, by using energy more wisely. Here are 10 simple actions you can take to help reduce global warming.

1. Reduce, Reuse, Recycle
Do your part to reduce waste by choosing reusable products instead of disposables. Buying products with minimal packaging (including the economy size when that makes sense for you) will help to reduce waste. And whenever you can, recycle paper, plastic, newspaper, glass and aluminum cans.

2. Use Less Heat and Air Conditioning
Adding insulation to your walls and attic, and installing weather stripping or caulking around doors and windows can lower your heating costs more than 25 percent, by reducing the amount of energy you need to heat and cool your home.

Turn down the heat while you're sleeping at night or away during the day, and keep temperatures moderate at all times.

3. Change a Light Bulb
Wherever practical, replace regular light bulbs with compact fluorescent light (CFL) bulbs. Replacing just one 60-watt incandescent light bulb with a CFL will save you $30 over the life of the bulb. CFLs also last 10 times longer than incandescent bulbs, use two-thirds less energy, and give off 70 percent less heat.

4. Drive Less and Drive Smart
Less driving means fewer emissions. Besides saving gasoline, walking and biking are great forms of exercise. Explore your community mass transit system, and check out options for carpooling to work or school.

When you do drive, make sure your car is running efficiently. For example, keeping your tires properly inflated can improve your gas mileage by more than 3 percent. Every gallon of gas you save not only helps your budget, it also keeps carbon dioxide out of the atmosphere.

5. Buy Energy-Efficient Products
When it's time to buy a new car, choose one that offers good gas mileage. Home appliances now come in a range of energy-efficient models, and compact florescent bulbs are designed to provide more natural-looking light while using far less energy than standard light bulbs.

Avoid products that come with excess packaging, especially molded plastic and other packaging that can't be recycled.

6. Use Less Hot Water
Set your water heater at 120 degrees to save energy, and wrap it in an insulating blanket if it is more than 5 years old. Wash your clothes in warm or cold water to reduce your use of hot water and the energy required to produce it. That change alone can save carbon dioxide annually in most households. Use the energy-saving settings on your dishwasher and let the dishes air-dry.

7. Use the "Off" Switch
Save electricity and reduce global warming by turning off lights when you leave a room, and using only as much light as you need. And remember to turn off your television, video player, stereo and computer when you're not using them.

It's also a good idea to turn off the water when you're not using it. While brushing your teeth, shampooing the dog or washing your car, turn off the water until you actually need it for rinsing. You'll reduce your water bill and help to conserve a vital resource.

8. Plant a Tree
If you have the means to plant a tree, start digging. During photosynthesis, trees and other plants absorb carbon dioxide and give off oxygen. They are an integral part of the natural atmospheric exchange cycle here on Earth, but there are too few of them to fully counter the increases in carbon dioxide caused by automobile traffic, manufacturing and other human activities. A single tree will absorb approximately one ton of carbon dioxide during its lifetime.

9. Get a Report Card from Your Utility Company
Many utility companies provide free home energy audits to help consumers identify areas in their homes that may not be energy efficient. In addition, many utility companies offer rebate programs to help pay for the cost of energy-efficient upgrades.

10. Encourage Others to Conserve
Share information about recycling and energy conservation with your friends, neighbors and co-workers, and take opportunities to encourage public officials to establish programs and policies that are good for the environment.

These 10 steps will take you a long way toward reducing your energy use and your monthly budget. And less energy use means less dependence on the fossil fuels that create greenhouse gases and contribute to global warming.

ADAB-ADAB MAKAN MENURUT AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH

1. Mulakan dengan Bismillah
Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

2. Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

3. Makan yang berhampiran.
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

4. Galakan guna tiga jari.
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)

5. Larangan mencela makanan
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)

6. Tidak bersandar ketika makan
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)

7. Kutip makanan yang terjatuh.
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)

8. Mula makan dari tepi (pinggir)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

9. Jilat jari setelah selesai
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)

10. Doa setelah selesai makan
Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' (HR Bukhari)

11. Menjawab salam
Imam Nawawi dalam al-Azkar mengatakan makruh hukumnya memberikan salam kepada orang yang sedang makan. Orang yang diberi salam pula tidak wajib menjawabnya.

12. Bercakap ketika makan
Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir ra sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahwa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602) Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan.

13. Tak melengahkan makan setelah terhidang
Dari Anas ra, Nabi saw bersabda, “Jika makan malam sudah disajikan dan Iqamah solat dikumandangkan, maka dahulukanlah makan malam.” (HR Bukhari dan Muslim)

14. Jangan tergesa menghabiskan makan
Ibnu Umar menyatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian tergesa-gesa menyelesaikan makan malam kalian jika sudah disajikan.” (HR. Ahmad)

15. Tidak mengambil makanan lebih dari satu
“Sesungguhnya Rasulullah saw melarang mengambil makanan lebih dari satu kecuali sesudah minta izin kepada saudaranya.” (HR Bukhari no. 2455 dan Muslim no 2045)

16. Menyantap makanan setelah dingin
Dalam Zaadul Ma’ad (4/223) Imam Ibnul Qoyyim mengatakan, “Nabi saw tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas.”

17. Makan dan minum sambil berdiri
Dalam riwayat Ahmad dinyatakan bahwa Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Apa yang kalian lihat jika aku minum sambil berdiri. Sungguh aku melihat Nabi saw pernah minum sambil berdiri. Jika aku minum sambil duduk maka sungguh aku pernah melihat Nabi saw minum sambil duduk.” (HR Ahmad no 797)

18. Larangan bernafas dan meniup air minum
Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk mengambil nafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728)

19. Anjuran bernafas sebanyak tiga kali
Dari Anas bin Malik ra beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah saw minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih selesa dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)

20. Anjuran makan bersama dalam satu pinggan
Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan satu orang itu cukup untuk dua orang. Makanan dua orang itu cukup untuk empat orang. Makanan empat orang itu cukup untuk lapan orang.” (HR Muslim no 2059)

21. Makruh makan terlalu banyak/sikit
Dari Miqdam bin Ma’di Karib, beliau menegaskan bahawasanya beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah seorang manusia memenuhi satu wadah yang lebih berbahaya dibandingkan perutnya sendiri. Sebenarnya seorang manusia itu cukup dengan beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Namun jika tidak ada pilihan lain, maka hendaklah sepertiga perut itu untuk makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.” (HR. Ibnu Majah no. 3349)

Dipetik daripada halaqah-online.com