Sunday, February 22, 2009

Pesta Pongal: Tahukah anda?

Pesta Pongal Masyarakat Hindu kembali. Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta pongal.Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi turun temurun. Walaupun nampak susah, tetapi masyarakat Hindu boleh membuat kolams yang unik, cantik dan menarik- kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.

Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu.Beras manis ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi dan badam.selain dari dijadikan hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepada Dewa.Oleh kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga. bagi masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan.

Selain juadah yang disebutkan, terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti 'vadaas' , 'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal.Perayaan ini biasanya disambut selama
empat hari.

Hari pertama

Ia dikenali sebagai hari 'Bhogi' iaitu hari untuk menyembah Dewa Hujan.Dihari ini penganut Hindu akan mengamalkan mandi minyak bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang lebih baik.

Hari kedua

Ia dikenali sebagai hari 'Surya'. Ia adalah khas untuk Dewa Matahari. upacara yang dilakukan pada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari.

Hari ketiga

Ia adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Ia dipanggil hari 'Mattu'. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia.

Hari Keempat

Ia hari terakhir Pongal iaitu hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan Pongal ini bolehlah diaanggap hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

Sumber artikel dari: iLuvislam.com

Untuk bacaan tambahan sila rujuk:

http://www.geocities.com/kavyan_kavya/ponggal.htm

http://123pongal.com/



3 comments:

  1. Apakah hukumnya orang Islam melihat, menyertai atau merasmikan pesta ini??

    ReplyDelete
  2. wow....cool...i realy got wat i need 4 ma moral folio....thanx....:D

    ReplyDelete