Monday, February 23, 2009

GURU-GURU PELATIH HARUS BERMINDA KELAS PERTAMA - TUAN PENGARAH BPG


Pada Ahad 22hb Februari yang lalu Tuan Pengarah BPG telah melawat Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. Semasa melawat institut ini beliau berpeluang untuk berucap dihadapan seluruh guru pelatih kampus ini. Antara beberapa perkara penting yang disampaikan ialah beliau mengajak supaya semua Guru Pelatih agar bersyukur kerana terpilih untuk menjadi bakal guru dan ia merupakan rezeki dari Allah. Jika hendak dibandingkan dengan siswazah yang lain tidak berpeluang untuk mendapat peluang mencebur diri dalam bidang keguruan. Oleh itu sebagai tanda syukur, semua guru pelatih harus cuba sedaya upaya untuk menjadi guru yang berkualiti dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Guru harus menjadi insan yang mempunyai minda kelas pertama. Untuk menjadi guru yang berminda kelas pertama seseorang guru itu harus mempunyai ilmu yang tinggi dan mencukupi dalam segala bidang kemahiran. Selain itu guru juga harus mempunyai sahsiah yang terpuji, bertanggung jawab, ikhlas, bersunguh-sunguh. Hal ini kerana jika banyak ilmu sekalipun tetapi tiada sahsiah yang tinggi tidak berguna.

Guru yang berminda kelas pertama pula bertanggungjawab menjadikan orang lain khususnya anak didiknya berminda kelas pertama. Oleh sebab itu semasa kursus perguruan ini, guru-guru perlu bersungguh sungguh melatih diri untuk mejadi bakal guru yang berkualiti. Selalunya selepas 2 tahun minat untuk menjadi guru sudah hilang. Oleh itu semua guru pelatih haruslah mengikuti semua semua program-program yang disusun oleh pihak institut seperti BIG, KIA 2M, dan sebagainya bagi mengekalkan minat untuk menjadi guru serta menjadikan guru pelatih sebagai guru yang berkualiti berminda kelas pertama.

Artikel disumbangkan oleh:

Badam IPKT

No comments:

Post a Comment