Rabu, 25 Februari 2009, Gombak : Hasrat untuk menyatukan wakil rakyat parti pemerintah dan pembangkang, penganalisis politik, aktivisi NGO dan mahasiswa di atas satu pentas akhirnya berjaya dilakukan Ma'ruf Club UIAM semalam. GAMIS mengharapkan usaha yang dirintis oleh Ma'ruf Club ini akan menjadi gelombang permulaan ke seluruh kampus bagi membuktikan mahasiswa mampu menjadi moderator (pendamai dan perantara) antara dua pihak yang sedang berkonflik dan mahasiswa mampu menjadi problem solver kepada kemelut politik yang kian gawat sekarang ini. Krew Gamis Daily akan membuat analisis komprehensif dan beberapa rumusan dari pandangan-pandangan bernas yang telah dikemukakan oleh YB Dr Puad Zarkasyi, YB Dr Hassan Ali, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah, Cikgu Azmi Abdul Hamid dan moderator forum merangkap Presiden Ma'ruf Club UIAM.
Lihat gambar sekitar forum :
sumber:maaruf club UIA
>>>>Namun persoalannya, dimanakah MAHASISWA-MAHASISWA IPGM? Golongan MAHASISWA-MAHASISWA IPGM yang memang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan negara seharusnya dilihat sebagai golongan yang lebih ke depan dalam isu ini. Samada mempertikaikan atau menyokong penuh pelaksanaan PPSMI.
Justeru untuk post kali ini, HALAQAH IPG ingin membuka peluang kepada seluruh MAHASISWA-MAHASISWA IPGM untuk menyatakan pandangan masing-masing.
Bersama kita gegarkan budaya intelektual mahasiswa IPG!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
ReplyDeletePelajar IPG akan terus diam. Mereka akan terus mengira baki wang elaun kerana wang itu amat perlu untuk tambah kredit telefon, memperbanyak sumber pendandan diri dan minum minuman bergas. Inilah dunia pelajar IPG di samping KKBI, KKP, ISL, refleksi dan lain-lain. Cuba tuan kita, berapa orang pelajar IPG akan berikan ulasan mereka di sini. Jikalau ana salah, maaflah.
Wallahuaklam. Wassalam.
slm, arkib ppsm..benar sungguh kata saudara. silap harbulan akan ada suara sumbang @ ugutan yang menyusul satu dua hari lagi konon-kononnya "habislah badan dakwah dan moderator ipgm selepas ni" .sebab siar risalah atau maklumat “haram”. Kononnya menghasut guru pelatih untuk melawan kerajaan . Ini mentaliti kelas ke 3 ni. Bila nk berubah? Bagi ana ini merupakan satu ugutan keanak-anakan yang dilemparan oleh para penjilat. ugutan ini kedengaran dalam artikel ashabul kahfi hari tu...
ReplyDeletemungkin penjilat-penjilat ini gemar melaungkan individu yang bebas , demokratik ,bebas menyuarakan pandangan , berfikiran terbuka dan sebgainya, TAPI PADA MASA YANG SAMA MENGUGUT SUPAYA HANYA MENERIMA SEGALA ARAHAN YANG DITETAPKAN.
maaf, bukan ana nk mencarut di blog impian ini, namun jika diteliti balik, inilah robot-robot @ bakal guru yang akan dihaslkan di kilang ipgm ini.
secara jujur, inilah mentaliti guru kita... rasa nak gelak bila teringat kata2-habislah moderator igpis dan badan-badan dakwah ipgm lepas ni"- ni kata2 munafik ni... maaf kata, orang macam inilah yang akan menjadi robot pengangguk dan yesman suatu hari nanti...kata2 inilah yang menjadikan (persatuan guru pelatih islam)pgpi terkubur di ipgm suatu ketika dahulu.
p/s: warid-maaf,ana x kepilkan sebarang rujukan,k? kalau nak tgk rujukan mai rumah ana kat kelantan, atau tunggu ana terbit buku dulu. bawah tu ada nota kaki :P...ana bukannya open-minded dan telit macam saudara warid and da geng dari ipba...ana bakal guru pelatih yang rausyanfikir..insyaallah...
mujahid page, warid tu pun org kelantan.
ReplyDeleteso, pasni boleh la dia dtg rumah saudara utk tgk rujukan.. :)
yer warid n d gang
ReplyDeleteaiya..warid ni baik orangnya yang aku kenali la dia seorang pelajar aliran agama masa sekolah, seorang pengakap raja dll
pasal ppsmi nih..td sape yang pegi konvensyen patriotisme picc nampak yang guru pelatih dari ipis, ipbmm suarakan pandangan dorg wpon td TS Alimudin ada sama
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaudara mujahid,
ReplyDeleteartikel ni berkaitan dengan pelaksanaan PPSMI...
jadi apa masalahnya dengan saudara warid dan pelatih guru dari IPBA pulak ni?????
apa masalahnye dengan kami?
dan apa masalahnye dengan kamu?
adakah komen kamu tu diadakan untuk memprovokasi antara satu sama lain?
atau semata-mata nak menuduh kami 'open minded' yg saya percaya dikepala kamu beranggapan kami ni robot2 'yesman' ?????
ana yg tak maksum;
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MD ZULKIFLEE
IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaudara Mujahid page, i believe you should be open minded and accept criticism. if you are afraid of it than dont write or give opinions.
Dont attack my institute, (Have i ever attack yours?) they have done a lot in enhancing and preparing me to become a teacher. we are not the yes-yes teacher, we fight for our welfare BUT of course with proper discussion (you can read from our blogs anyway)
if you are not satisfied with the previous issue, i have already asked Islamic Education Department in my campus and the answer is not as you xpected. (unless you want to say my Islamic Education Departmen corrupted)
i have also asked my friend, who is studying in Azhar university Mesir, to refer this matter to his sheikh and the same answer that i got. (unless you don't believe ulamak in Azhar University)
well, surely do, i obviously can go to kelantan because i am a kelantan born. Which parts of kelantan are you from? i am staying with my parents in Kg Bukit Bator Gunung, Bachok. Hope to see you one day. during school holiday perhaps.
my friends, when you are talking about:
-experience,
-event report
-story etc.
You dont need to SUPPORT huhuhuhu.
if you are to continue this gibberish fight, don't attack the institute or my friends (I never done that to you). You can quote my name freely, but if i may, please dont make nonsense story, it will just make you become a nonsense people.
Ps; i believe the issue here is about PPSMI. I beg to differ from yours and from my campus friends, i am on the pros side... i agree that Math and Science should be taught in English but not on how the system is implemented. I will provide my explanation later on once i have arrived from Kelantan.
BTW, when i am at the pros side, it doesnt mean i am a 'pengipas kerajaan'... you should reschedule your understanding in term of this.
till next time mr mujahid page. Looking forward to seeing you in person.
Warid Mihat
B.Ed TESL International Languages Campus.
ps: sorry for grammatical errors
"ana bukannya open-minded dan teliti" (Mujahid Page...)
ReplyDeletekalau bukan open-minded apa? pemikiran-tertutup? huhu.
kalau tak berfikiran teliti macam mana dakwah disampaikan? tanpa telitian? huhu
ya akhi berlapang dada untuk pekara yang furu' satu perbincangan yang bagus adalah dengan kedua-dua pihak tersenyum sehingga tercapainya satu keoutusan di dalam perbincangan itu. bukannya memanggil mangkuk atau menyerang peribadi mereka (Bukannya nak pilihanraya). Sindir menyindir itu biasalah. Moderator dah bukak topic baru, takkan nak bercakap benda yang dah lepas, takkan nak berdendam kot....
Warid
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHEY MUJAHID PAGE(AKH ZHAF)..
ReplyDeleteMANUSIA YANG BIJAK ADALAH MANUSIA YANG BOLEH MENERIMA KRITIKAN DAN TEGURAN.. SETERUSNYA MEMPERBETULKAN DIRI BERDASARKAN TEGURAN-TEGURAN TERSEBUT..
INGAT..
MANUSIA INI TIDAK SEMPURNA..
JAUH DARI SEMPURNA..
KITA INI TIDAK MAKSUM..
KAU JUGA TIDAK MAKSUM..
MUNGKIN MASUK SYURGA..
MUNGKIN MASUK NERAKA..
JADI KENAPA TAKUT DENGAN TEGURAN..
TAKUT DIKATAKAN TIDAK CUKUP SEMPURNA..
APA GOLONGAN AGAMA (OLOK-OLOKNYA) MACAM KORANG TIDAK BOLEH DITEGUR..
APA KORANG DAH DAPAT TAWARAN MASUK SYURGA KE..
KITA SEMUA BELUM TENTU MASUK SYURGA.. SO, AS MUSLIM.. KITA KENA SALING TEGUR MENEGUK KAN..
KENAPA SUKA ME"LEBEL"..
APA GOLONGAN YANG DIKATAKAN OPEN-MINDED DIKATAKAN SONGSANG..
KITA ORANG BOLEH BERFIKIR JUGA..
TERIMALAH PENDAPAT ORANG LAIN..
KITA INI BELUM CUKUP SEMPURNA..
Hilmi Zulfadli Shahrom
IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa
ok, pertama kali, sy minta maaf la kpd warid dan seluruh pelajar ipba sebab sy tak berniat pun untuk provoke mana2 ipgm, jauh sekali ingin bertengkar. saya katakan gang2 dari ipba sebab yang saya ingat hanya warid seorang , dan beberapa sahabt dari ipba. so sy kata warid and da gang from ipba! jd memg xde niat nk provoke la sbb kebnyakn yang sahut seruan bagi komen tu dr ipba... ok, settle..
ReplyDeletebukan sy berdendam cuma kena bagi klear la benda ni, kita tak perlu bertengkar atas hal2 yang furu' seperti ini sehingga memecahbelahkan saudara seagama.
aqidah bukan benda furu' syeikh...
ok, saudara warid, insyaallah kita akan jumpa , berdiskusi secara ilmiah bila balik kelantan nanti... negeri tadbiran Tok Guru yang amat ana rindui... ana ada di kelantan start 7 sampai 20 hb... adxa sbe kat sana... call ana k? tgk blog ana..
sy buknlah maksum, selalu melakukan kesilapn...apa yang nyatakan adakah pandangan sy tentng isu2 yang berbangkit.... mana saudara ambil hujah saya sampaikan katakan ana ni bersifat maksum? syeikh...jgn main taram macam tu syeikh...
"
ReplyDeletekalau tak berfikiran teliti macam mana dakwah disampaikan? tanpa telitian? huhu
ya akhi berlapang dada untuk pekara yang furu' satu perbincangan yang bagus adalah dengan kedua-dua pihak tersenyum sehingga tercapainya satu keoutusan di dalam perbincangan itu. bukannya memanggil mangkuk atau menyerang peribadi mereka (Bukannya nak pilihanraya). Sindir menyindir itu biasalah. Moderator dah bukak topic baru, takkan nak bercakap benda yang dah lepas, takkan nak berdendam kot...."
- YA SYEIKH, sejak bila ana panggl mangkuk ni? ana suka quote baris akhir tu -"Sindir menyindir itu biasalah. - ya akh warid..ana rs kita cuma berbeza skit je pandgn , namun ada orang2 lain yg mengeruhkan keadaan .... (rujuk saudara assahibussamahah al-ustaz Hilmi Zulfadli Shahrom ) ana tak berapa suka emo2 ni, k?
Sejak kebelakangan ini isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah tercetus kembali setelah 6 tahun ia diimplementasikan kepada murid di sekolah rendah dan menengah di mana pelajar perintis darjah satu pada tahun 2003 kini telahpun menduduki UPSR dan mengetahui keputusan mereka.
ReplyDeleteTerdapat banyak pro dan kontra pelaksanaan PPSMI ini namun satu fakta yang menarik untuk kita sama-sama tahu ialah pelaksanaan ini dilaksanakan secara ad hoc , terburu buru dan tanpa perbincangan yang teliti dari empunya idea, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammed .
Antara alasan yang diuar-uarkan atau di"panggungwayang"kan demi merealisasikan pemikiran individu terbabit tanpa melibatkan pemikiran golongan intelektual bahasa dan negara adalah :
1. kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.
2. graduan melayu gagal mendapatkan tempat dalam sektor swasta disebabkan kelemahan dalam aspek komunikasi dalam bahasa Inggeris
3. bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan secara mneluas dan diterima banyak bangsa .
4. penguasaan BI dalam subjek Sains dan Matematik diharap menjadi satu kelebihan semasa pelajar dalam pengajian mahupun apabila menjejaki alam pekerjaan.
5. banyak lagi alasan yang diberikan dari semasa ke semasa demi merelevankan pelaksanaan PPSMI ini.
Dalam artikel kali ini ana tidak begitu ingin mengeluarkan atau meng"ulangtayang" sebab-sebab kenapa PPSMI ini harus dihapuskan kerana anda semua boleh membacanya sendiri di akhbar-akhbar yang ber"kapasitikan jiwa" kerajaan mahupun pembangkang. dan secara peribadi ana tidak begitu setuju seandainya PPSMI diteruskan walaupun pada hakikatnya ana akan menjadi seorang tenaga pengajar bertunjangkan sains dalam 3 tahun lagi .insyaallah.
Berikut merupakan petikan dari kata-kata yang dikeluarkan dari lidah para cendikiawan ,inteletual Melayu , dan lain-lain pihak bagi menolak ke'relevanan' pelaksanaan PPSMI ini.
Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein .
* pelaksanaan PPSMI akan mewujudkan jurang yang besar dari aspek prestasi pelajar sekolah luar bandar berbanding luar bandar.
* selain itu ia secara tak langsung mengenepikan martabat bahasa kebangsaan serta melanggar perlembagaan negara
* Pelaksanaan PPSMI secara jelas mencabul Fasal 152 perlembagaan persekutuan berhubung Status Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia -China Universiti Pengajian Asia Beijing ,Prof. Dr. Awang Sariyan berkata
* Mahathir membuat keputusan pelaksanaan PPSMI tanpa sebarang kajian atau projek perintis berkala kecil dibuat
* Hujah Tun bahawa Bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk memguasai sains dan teknologi tidak boleh dipakai kerana cendikiawan berbangsa Arab menguasai bahasa Greek dan menterjemahkan segala ilmu sains dan teknologi dalam bahasa Greek sebelum diajar kepada Arab dalam bahasa Arab !!
* Beliau menekankan perbezaan makna antara memeplajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk PnP adalah dua perkara yang berbeza.
Bekas Pensyarah Jabatan Matematik Pusat Pengajian Kuantiataif UKM , yang juga pernah menganggotai sekumpulan pakar bahasa , matematik dan sains yang berperanan menukarkan istilah sains dan matematik dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ,Dr. Shaharir Mohamad
Zain berkata :
* bukan pelajar Melayu sahaja yang tak bolehh menguasai BI , tetapi juga melibatkan kaum cina . Menurut beliau hanya 2 % daripada pelajar kaum cina menjawab sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
* "Gejala" PPSMI turut "menjangkiti" IPT apabila terdapat ura-ura untuk menukarkan bahasa pengantar di Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya kepada bahasa Inggeris.
* ketika ditanya adakah jika dasar ini tidak diteruskan , adakah kita akan terlambat untuk membetulkan keadaan kepada yang sepatutnya, beliau menjawab perjuangan kebudayaan ini tidak pernah terlambat bila-bila masa . Tambahnya lagi , sudah banyak negara yang terlanjur berpuluh-puluh tahun . baru sekarang sedar tentang kepentingan bahasa mereka sendiri.
Seorang pembaca , Ali Bukhari Amir berkata :
* tiada teori yang menyebutkan bahawa kaedah mengajar sains dan matematik dalam BI akan menyebabkan anak-anak akan menguasai BI dengan baik
* beliau turut mengimbas kembali apabila Dr. Mahathir dan pejuang bangsa bersetuju menubuhkan UKM untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar , kita melahirkan ramai doktor, teknokrat dan jurutera yang mendapatkan ijazah tanpa sebarang masalah.
Seorang pembaca , Md Noor Salleh memberi cadangan
* supaya pelaksanaan PPSMI perlulah dikaji secara komprehensif untuk mendapatkan hasil yang konkrit
* dalam pelaksanaan dasar pula eloklah dibuat kajian secara mendalam dan menyeluruh sebelum sesuatu dasar itu dilaksanakan
* beliau turut menekankan bahawa ketika pelajar berada di pra-sekolah dan sekolah rendah , bahasa Melayu ataupun bahasa ibunda merupakan bahasa pengantar yang paling sesuai digunakan dalam sebarang pembelajaran .
A. Aziz Deraman dalam Ruangan pendapatnya yang panjang berpendapat :
* PPSMI membawa malang kepada bbahasa negara kerana Bhasa melayu tidak lagi menjadi bahasa ilmu yang kuat
* rakyat marhaen desa yang dhaif , tidak cukup kelengkapan , tidak cukup guru mahupun peralatan secara sendirinya kan tertindas akibat pelaksanaan PPSMI ini.
* menurut beliau kalau Malaysia mahukan sebuah bangsa yang bersatu menjelang tahun 2020 , maka pendidikan merupakan wahana utamanya.
* Indonesia , Thailand bahkan negara yang bermasalah seperti Myanmar dan Kmeboja Masih kekal jati diri bangsanya dengan bahasa kebangsaan nusa bangsa sendiri
* menurut beliau lagi , sesuatu perpecahan itu timbul akibat perbezaan nilai-nilai kehidupan di mana tiada "kesatuan" sesuatu di kalangan rakyat berbilang bangsa . dalam konteks ini : bahasa.
* pelaksanaan PPSMI ini secara halus menafikan keberkesanan dan kerelevanan beberapa dasar yang termaktub dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK) melalui Penyata Razak 1956 , Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961.
* Oran luar bandar kebetulan pula Melayu dan bumiputera seolah-olah menjadi sumber eksperimentasi dalam sistem pendidikan.
* Pertubuhan -pertubuhan sukarela cina , Sique dan Dong Ziau Zhong akan selama-lamanya mempertahankan pendidikan melalui bahasa sendiri.
Tulisan oleh Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman , bekas Pengarah Urusan Malaysian Airline System (MAS) berkenaan undang-undang haruslah diperhati sungguh-sungguh.
* Pada pendapat beliau PPSMI adalah TIDAK SAH di SISI UNDANG-UNDANG kerana bertentangan dengan Seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan.
* Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undamg-undang dalam parlimen.
* Perkara 152 (6) menyebut perkra ini "maksud rasmi " ertinya apa-apa maksud kerajaan , samaada Kerajaan Persekutauanatau kerajaan Negeri , dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam .
* Mengikut Seksyen 17(1) Akta 550 berbunyi , bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan dibawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pengajian lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada sub seksyen ini.
Sebenarnya banyak lagi pendapat-pendapat mahupun komen-komen daripada cendikiawan dan ahli akademik serta pejuang bahasa seperti Nik Safiah Karim , Hassan Ahmad, Ungku Aziz , Baharuddin Zainal , Abdullah Hassan , Ainuddin Whid dan banyak lagi nama-nama yang ana tak begitu mengenali mereka. Namun semua berdiri atas satu pendirian yang sama .....
MANSUHKAN PPSMI !!!!!!!!!
Tertarik dengan kata-kata Syeikh Abul A'la Al-maududi (tokoh figur fikrah dari Jamati Islam) dalam bukunya Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini (Wajib As-Shabab Al-muslim alyaum) yang berkata antara strategi Musuh untuk menggugat keteguhan Umat Islam adalah :
1. merombak sistem pelajaran dan pendidikan sesebuah negara yang dijajah dan digantikan dengan sistem pendidkan mereka(penjajah).
2. menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan cara yang amat halus iaitu menghapuskan penggunaan bahasa tempatan dalam pendidikan dan pentadbiran .
Himpunan artikel berkenaan ppsmi-
ReplyDeletehttp://deafeningsilent.blogspot.com/search/label/PPSMI
ppsmi merupakan isu yg menarik utk diikuti dan dibahaskan.apa yg penting disini adalah utk membicarakan isu ini secara rasional dan gentleman.kita bukan ahli politik dan tak perlulah kita nk bermain politik sehingga melepasi tahap kewarasan kita.setiap individu mempunyai pendapat masing2 mengenai ppsmi.buat saudara mujahid,alhamdulillah saudara mengikuti perkembangan ppsmi dgn rapat.namun jgn la saudara mengatakah sesiapa yg meyokong ppsmi sebagi penjilat atau pengipas sekaligus membuat tohmahan dan tuduhan liar bahawa inilah bakal guru yg akan bertugas mendidik anak bangsa.ini merupakan tuduhan melulu tanpa asas pertimbangan yg sepatutnya.apakah saudara juga akan mempraktikkan pendirian sebegini ketika mengajar nanti?sama2 la kita bermuhasabah.buat pengetahuan saudara,saya merupakan bakal guru (insyaallah tahun depan) dan menyokong pelaksanaan ppsmi namun,dengan beberapa penambahbaikan yg sepatutnya dilakukan dari semasa ke semasa agar dasar ini memanfaatkan semua pihak samada pelajar di pedalaman atau pun di bandar.apabila berlaku masalah dlm dasar ppsmi,kita cuba selesaikan.bukan dgn cara memansuhkan terus ppsmi ini.ini lari dari masalah namanya.insyaallah,kepakaran dan kepekaan kita semua amat diperlukan utk kemaslahatan bersama.guna akal dan iman utk kita berbincang dan elakkan tuduh menuduh dan menghentam org lain seolah2 kita sahaja yg betul,dan org di pihak lain adalah salah.hapuskan mentaliti picisan seperti ini.
ReplyDeletealhamdulillah saudara Hilmi digelar SS dari al-Ustaz Mujahid
ReplyDeleteapahal la dgn kudabesi ni...
ReplyDeleteko nak laga-lagakan org ke?
sekali sekala ko guna la akal ko yang matang tu untuk bincang topik ni...
tak habis2..
xpe, anonymous...biarkan kuda besi tu.. sekurang2nya kuda besi bagi respon terhadap penulisan saya di sini...
ReplyDeletekpd k_roll : Sememangnya saya bukan ahli politik...tetapi adakah menjadi satu kesalahan bila saya mengemukakan pandangan saya tentang sesuatu isu? adakah saya akan jadi seorang ahli politik (Dengan lain perkataan ahli pembangkang) bila saya tidak bersetuju dengan dasar kerajaan? saya tak nak provoke apa2, tapi harap k_roll cuba baca post tntg ppsmi dalam blog saya. ada sedikit kupasan...
tidak adil bila kita hanya mendengar satu pihak sementara melupakan pihak yang lain.. ini pendekatan saya. saya baca harakah , saya juga baca harakah, saya baca mingguan malaysia, saa juga baca wasilah, saya baca Muqaddimah Aqidah Muslimah oleh ajin Hadi Awang, saya juga baca Revolusi Mental oleh Pemuda UMNO....
keluar dari kepompong pemikiran sempit berkenaan politik, politik tak salah namun pendekatan sesetengah yang menggunakan politik secara tidak bijaksana.
Saya sayang bahasa saya, saya sayang bangsa saya... dan saya ingat UMNO tentulah "berganda-ganda" kasih sayang mereka terhadap bangsa dan bahasa Melayu.
INGIN DITEKANKAN DI SINI BAHAWA MAJORITI PAKAR BAHASA, CENDIKIAWAN TIDAK MENYETUJUI DASAR PPSMI YANG DILIHAT DILAKSANAKAN SECARA TERBURU-BURU DAN TANPA KAJIAN MENDALAM.
Alhamdulillah,ada respon yg boley kita bincangkan.Utk makluman,saya tidak mengatakan menjadi suatu kesalahan menjadi seorg ahli politik.Rasulullah jugak seorg ahli politik contoh yg wajar diikuti.Namun, apa yg menjadi pertikaian ialah pendapat sedara mujahid yg melabelkan rakan2 yg lain selaku penjilat,robot2,mr yesman dan sebagainya apabila mereka menyokong ppsmi.siapa disini yg mengamalkan pemikiran sempit?suka saya tegaskan disini,setiap pendapat yg dikemukan wajar dihargai dan seterusnya kita berbincang dgn ilmiah.bukan menuduh atau melabelkan org lain dgn panggilan tertentu.ini budaya songsang yg menular dlm masyarakat kita.saudara mengatakan ramai pakar yg tidak bersetuju dgn ppsmi kerana dilaksanakan secara terburu2,suka saya bertanya apa pendirian saudara ttg ppsmi?anda menolak?kenapa anda menolak?anda hanya memuatkan kembali kenyataan tokoh2 lain yg sudah acap kali kita baca di media,namun suka saya mendengar pendapat asli anda sendiri?saya juga sayangkan bangsa saya.saya mahu anak bangsa saya boley bertutur dgn bahasa ibunda dan dalam masa yg sama mampu menguasai bahasa utama lain di dunia,seperti Bahasa Inggeris.kelebihan mengajar BI dlm Math dan Sains ialah kita mampu melahirkan anak bangsa yg mampu bertutur dlm BI dan dalam masa yg sama mnguasai bahasa teknologi.kita harus berfikir utk 100 tahun yg mendatang.kita mantapkan ppsmi,kita tatang bahasa ibunda kita,kita lahirkan anak bangsa yg mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn bangsa lain di dunia.Sikap mudah mengalah,mudah melatah,suka membantah dah malas perlu kita ubah.Suka saya ambil contoh Prof Nik Safiah Karim sendiri berasal dr sekolah aliran inggeris.namun,kita lihat siapa beliau skrg?tokoh bahasa melayu terkemuka.beliau dtg dr sekolah aliran inggeris yg menggunakan BI selaku bahasa pengantar SEPENUHNYA,namun ttp tidak luntur semangat cintakan Bahasa Melayu beliau.Inilah yg kita mahukan.jgn kerana marahkan nyamuk,habis satu rumah kita bakar.Ini hanyalah pendapat saya.Wallhualam.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteMinta maaf saudara mujahid, ana tak di kelantan masa tu, ada penglibatan dengan program IPGM.
memandangkan saya terlibat dengan satu lagi majlis esok pagi, maka izinkan saya mencelah sedikit. nanti sambung lagi)
saya cuma ingin bertanya,
1. Adakah saudara mujahid, selepas keluar dari IPG akan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran Matematik dan sains dalam bahasa inggeris?
2. Bolehkah saudara mujahid menjelaskan kepada saya, curriculum matematik dan sains bagi pelajar darjah satu; apa yang mereka sepatutnya belajar pada waktu itu? adakah belajar mengira dan menjawab soalan atau belajar memahami konsep dan terminologi.adakah ini dilaksanakan di peringkat sekolah?
3. Adakah saudara Mujahid arif akan terminoligi ini 'CLIL'
4. Kemanakah Bahasa Melayu mampu membawa ekonomi malaysia di peringkat antarabangsa? (take note yang saya juga sayang akan bahasa ibunda saya)
5. Dalam tempoh 30 tahun akan datang adakah bahasa malaysia mampu menjadi bahasa antarabangsa?
6. adakah saudara mujahid merasakan, sekiranya bahasa malaysia di jadikan sebagai bahasa pengajaran matematik dan sains, taraf ekonomi penduduk malaysia akan semakin melonjak atau kembali seperi biasa?
7. Jumlah murid yang mendapat 5A menurun dari tahun lepas... apakah pendapat saudara mujahid? adakah saudara merasakan cara summertive ini berkesan?
hmm.. banyak lagi soalan yang hendak tanya tapi biarkan dahulu...
wassalam,
Warid Mihat
"ketika ditanya adakah jika dasar ini tidak diteruskan , adakah kita akan terlambat untuk membetulkan keadaan kepada yang sepatutnya, beliau menjawab perjuangan kebudayaan ini tidak pernah terlambat bila-bila masa . Tambahnya lagi , sudah banyak negara yang terlanjur berpuluh-puluh tahun . baru sekarang sedar tentang kepentingan bahasa mereka sendiri." (Mujahid 2009)
ReplyDeletetambah lagi satu soalan, bolehkah saudara mujahid menyenaraikan beberapa negara yang terlanjur dan kemudiannya menukar kembali polisi tersebut kepada bahasa mereka?
jzkk,
Warid Mihat
Salam.
ReplyDeleteSaudara k_roll14@IPGM yang dihormati,
Saudara menulis begini:
“Suka saya ambil contoh Prof Nik Safiah Karim sendiri berasal dr sekolah aliran inggeris.namun,kita lihat siapa beliau skrg?tokoh bahasa melayu terkemuka.beliau dtg dr sekolah aliran inggeris yg menggunakan BI selaku bahasa pengantar SEPENUHNYA,namun ttp tidak luntur semangat cintakan Bahasa Melayu beliau.Inilah yg kita mahukan.jgn kerana marahkan nyamuk,habis satu rumah kita
bakar.Ini hanyalah pendapat saya.”
Ada kemungkinan saudara kekurangan maklumat. Perhatikan perenggan yang di bawah ini:
“Pimpinan yang akan turut sama dalam perhimpunan ini ialah Dato’ A. Samad Said, Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Dr. Shaharil Mohamad Zain, Prof. Emeritus Abdullah Hasaan, Prof. Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Jikalau ada masa, bacalah artikel penuh di sini: http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/02/kenyataan-media-gmp-27-februari-2009.html.
Wallahualam. Wassalam.
Yang mencintai bahasa Melayu dan membantah dasar PPSMI,
Pentadbir Arkib PPSMI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
ReplyDeleteSaudara k_roll14@IPGM yang dihormati,
Pada 1 Mac 2009 saudara menulis begini:
“apabila berlaku masalah dlm dasar ppsmi,kita cuba selesaikan.bukan dgn cara memansuhkan terus ppsmi ini.”
Baik benar jikalau saudara dapat merenungi semula pandangan saudara ini.
Untuk membantu saudara melakukan renungan, bacalah bahan yang berkaitan. Bahan itu dapat di akses di sini: http://arkib-ppsmi.blogspot.com/. Ada juga bahan yang dapat di akses di sini: http://www.scribd.com/people/documents/7035858-mohd-isa-bin-abd-razak.
Jikalau saudara ada masa, saudara dapat membaca banyak lagi bahan di sini: http://profabdullah1.wordpress.com/. Jikalau masih ada masa, baca lagi bahan di sini: http://universitipts.com/index.php.
Jikalau saudara tiada masa dan mahu pandangan ringkas sahaja, akses bahan di sini: http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/search/label/PPSMI.
Saudara juga dapat memiliki buku percuma di sini: http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/ebook-mengapa-kami-bantah.pdf. Setelah dimuat turun, bacalah kandungannya.
Saudara, perbincangan ini macam ISL juga. Akses, kumpul dan baca bahan sebelum perbincangan. Tanpa proses ini bunyi tin kosong akan kedengaran. Lagi, jikalau dentuman meriam buluh terlalu kuat, meriam buluh itu yang akan pecah. Perkara yang dibidik tidak akan kena kerana meriam buluh tidak berpeluru! (Maaf saudara, jikalau terkasar bahasa.)
Setelah membaca kesemua bahan itu, dapatlah saudara pertimbangkan semula pandangan saudara seperti yang terdapat dalam petikan di atas.
Wallahuaklam. Wassalam.
Yang mencintai bahasa Melayu dan membantah dasar PPSMI,
Pentadbir Arkib PPSMI
Saudara arkib ppsmi,
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkongsi ilmu,insyaallah saya akan meluangkan masa saya utk membaca kesemua laman web yg saudara kongsikan disini.Jgn risau atau perlu memohon maaf jika saudara merasakan yg saudara terkasar bahasa,tidak mengapa.Bahasa itu jiwa bangsa dan mencerminkan keperibadian mulia seseorang insan,bernama manusia.Kita berdiskusi,kita berbincang dan adatlah kita berbeza pendapat.Apa yg saya luahkan hanyalah pendapat kurang merdu dari saya.Maaflah jika ia kedengaran seperti tin kosong buat saudara.
Pertama,berkaitan Prof Nik Safiah Karim,saya tahu beliau antara individu yg menentang ppsmi.namun,saya ttp mengambil beliau selaku contoh yg berjaya dgn mengikuti sekolah aliran inggeris di zamannya,dan ttp kukuh jati diri dan kecintaan beliau terhadap bahasa melayu.jd apa masalah disini?jika beliau mampu dan berjaya menguasai Bahasa Inggeris dahulu,kenapa skrg kita menggelabah apabila kementerian sekadar ingin melaksanakan ppsmi?sekadar menukar medium pengajaran Sains dan Matematik kpd Bahasa Inggeris.Kukuhkah penguasaan Bahasa Melayu kita apabila kita menggunakan BM sbg medium pengajaran Sains dan Matematik dahulu?kita belajar secara mendalam tatabahasa dan keindahan BM melalui subjek Bahasa Melayu!Mengapa kita perlu membantah bermati matian dasar ini sedangkan masalah lain seperti pelajar yg hilang minat terhadap subjek Bahasa Melayu sendiri kita abaikan.
Saudara Arkib,
pelaksanaan ppsmi sentiasa diperelok dari semasa ke semasa.tidak lama lagi,laporan lengkap berkaitan dasar ini akan dibentangkan ke jemaah kabinet samada kita akan meneruskan atau menambah baik dasar ini.selaku seorg yg sentiasa berfikiran positif dan insyaallah akan menjadi guru tdak lama lagi,saya sudah bersedia utk mendidik anak bangsa saya.tidak kisah la samada saya perlu mengajar subjek sains dan matematik menggunakan BI atau subjek2 lain yg menggunakan BM sbg medium utama,kerana dalam masa saya meluahkan pendapat saya yg kosong bunyinya ini,saya sudah bersedia utk berbakti.
saya berharap saudara arkib juga turut bersedia dan sama2 la kita berusaha ke arah memartabatkan anak bangsa kita,walaupun berbeza cara.
wassalam
Memorandum GMP kepada Yang di-Pertuan Agong
ReplyDeleteAmpun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.
Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.
MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI
Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:
1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius. Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.
2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)? Tidak mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?
3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?
4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun! Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.
5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu. Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.
6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.
Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi. Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.
7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri. Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu. Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.
Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.
8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.
9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.
10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai “otak” atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].
HASIL KAJIAN
11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar. Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.
12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.
APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?
13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu ‘sudah berjaya’ atau ‘akan berjaya’, para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C). Kalau cara yang ‘mengelat’ ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.
GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS
14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan ‘gila bahasa Melayu’. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong. Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.
15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, ‘pendapat’ atau ‘teori’ yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu. Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.
16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (‘foreign language’) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V. Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.
17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.
Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.
Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.
Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Patik sekalian yang berdatang sembah:
10 Rabi’ul Awal 1430 bersamaan 7 Mac 2009.
Daripada Laman Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan - http://profabdullah1.wordpress.com/feed/
assalamualaikum..
ReplyDeletesaya sebenarnya agak ternanti mana2 individu yang menyokong ppsmi tampil untuk menyatakan hujah2 yang menyokong PPSMI ni..
rata-rata mereka yang menentang PPSMI yang lebih kehadapan membentangkan fakta-fakta bagi menyokong hujah mereka..
sebahagian NGO n parti-parti politik pun dah menyatakan pendirian mereka..
cuma satu saya nak tanya sesape ada maklumat tentang pendirian UMNO dalam isu PPSMI ini?
sebab mereka berparti atas stand perjuangan Melayu. tapi setakat ni saya takda terbaca sebarang pendirian mereka sokong ke atau membantah PPSMI ni. Sesiapa yang ada maklumat tlg bagitau.
ehsan halim
IPGM ipoh