Wednesday, February 25, 2009

Apakah pendapat anda tentang PPSMI?

Sejak kebelakangan ini, ramai pihak yang mempertikaikan isu PPSMI yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ada juga pihak yang menyokong.Ada juga yang menganjurkan forum-forum bagi membincangkan isu ini. Golongan mahasiswa dari universiti-universiti seluruh negara juga turut bersuara dan memberikan reaksi. Antaranya Ma'ruf Club dari UIAM :


Rabu, 25 Februari 2009, Gombak : Hasrat untuk menyatukan wakil rakyat parti pemerintah dan pembangkang, penganalisis politik, aktivisi NGO dan mahasiswa di atas satu pentas akhirnya berjaya dilakukan Ma'ruf Club UIAM semalam. GAMIS mengharapkan usaha yang dirintis oleh Ma'ruf Club ini akan menjadi gelombang permulaan ke seluruh kampus bagi membuktikan mahasiswa mampu menjadi moderator (pendamai dan perantara) antara dua pihak yang sedang berkonflik dan mahasiswa mampu menjadi problem solver kepada kemelut politik yang kian gawat sekarang ini. Krew Gamis Daily akan membuat analisis komprehensif dan beberapa rumusan dari pandangan-pandangan bernas yang telah dikemukakan oleh YB Dr Puad Zarkasyi, YB Dr Hassan Ali, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah, Cikgu Azmi Abdul Hamid dan moderator forum merangkap Presiden Ma'ruf Club UIAM.

Lihat gambar sekitar forum :














sumber:maaruf club UIA

>>>>Namun persoalannya, dimanakah MAHASISWA-MAHASISWA IPGM? Golongan MAHASISWA-MAHASISWA IPGM yang memang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan negara seharusnya dilihat sebagai golongan yang lebih ke depan dalam isu ini. Samada mempertikaikan atau menyokong penuh pelaksanaan PPSMI.

Justeru untuk post kali ini, HALAQAH IPG ingin membuka peluang kepada seluruh MAHASISWA-MAHASISWA IPGM untuk menyatakan pandangan masing-masing.

Bersama kita gegarkan budaya intelektual mahasiswa IPG!

Monday, February 23, 2009

GURU-GURU PELATIH HARUS BERMINDA KELAS PERTAMA - TUAN PENGARAH BPG


Pada Ahad 22hb Februari yang lalu Tuan Pengarah BPG telah melawat Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. Semasa melawat institut ini beliau berpeluang untuk berucap dihadapan seluruh guru pelatih kampus ini. Antara beberapa perkara penting yang disampaikan ialah beliau mengajak supaya semua Guru Pelatih agar bersyukur kerana terpilih untuk menjadi bakal guru dan ia merupakan rezeki dari Allah. Jika hendak dibandingkan dengan siswazah yang lain tidak berpeluang untuk mendapat peluang mencebur diri dalam bidang keguruan. Oleh itu sebagai tanda syukur, semua guru pelatih harus cuba sedaya upaya untuk menjadi guru yang berkualiti dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Guru harus menjadi insan yang mempunyai minda kelas pertama. Untuk menjadi guru yang berminda kelas pertama seseorang guru itu harus mempunyai ilmu yang tinggi dan mencukupi dalam segala bidang kemahiran. Selain itu guru juga harus mempunyai sahsiah yang terpuji, bertanggung jawab, ikhlas, bersunguh-sunguh. Hal ini kerana jika banyak ilmu sekalipun tetapi tiada sahsiah yang tinggi tidak berguna.

Guru yang berminda kelas pertama pula bertanggungjawab menjadikan orang lain khususnya anak didiknya berminda kelas pertama. Oleh sebab itu semasa kursus perguruan ini, guru-guru perlu bersungguh sungguh melatih diri untuk mejadi bakal guru yang berkualiti. Selalunya selepas 2 tahun minat untuk menjadi guru sudah hilang. Oleh itu semua guru pelatih haruslah mengikuti semua semua program-program yang disusun oleh pihak institut seperti BIG, KIA 2M, dan sebagainya bagi mengekalkan minat untuk menjadi guru serta menjadikan guru pelatih sebagai guru yang berkualiti berminda kelas pertama.

Artikel disumbangkan oleh:

Badam IPKT

Sunday, February 22, 2009

Pesta Pongal: Tahukah anda?

Pesta Pongal Masyarakat Hindu kembali. Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta pongal.Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi turun temurun. Walaupun nampak susah, tetapi masyarakat Hindu boleh membuat kolams yang unik, cantik dan menarik- kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.

Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu.Beras manis ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi dan badam.selain dari dijadikan hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepada Dewa.Oleh kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga. bagi masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan.

Selain juadah yang disebutkan, terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti 'vadaas' , 'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal.Perayaan ini biasanya disambut selama
empat hari.

Hari pertama

Ia dikenali sebagai hari 'Bhogi' iaitu hari untuk menyembah Dewa Hujan.Dihari ini penganut Hindu akan mengamalkan mandi minyak bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang lebih baik.

Hari kedua

Ia dikenali sebagai hari 'Surya'. Ia adalah khas untuk Dewa Matahari. upacara yang dilakukan pada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari.

Hari ketiga

Ia adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Ia dipanggil hari 'Mattu'. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia.

Hari Keempat

Ia hari terakhir Pongal iaitu hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan Pongal ini bolehlah diaanggap hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

Sumber artikel dari: iLuvislam.com

Untuk bacaan tambahan sila rujuk:

http://www.geocities.com/kavyan_kavya/ponggal.htm

http://123pongal.com/



Wednesday, February 11, 2009

Apa itu Naqib serta peranannya?

Apa itu Naqib serta peranannya?
Oleh Ybhg. Ustaz Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi


Naqib ialah individu yang berperanan mengendali segala aktiviti ahli Usrah (mad'u) di bawahnya agar dapat melahirkan insan yang berkualiti dalam segala aspek kehidupan.

Kredibiliti Naqib Sebagai Faktor Yang Menjayakan Usrah.

Walau bagaimanapun kejayaan usrah banyak bergantung kepada kredibilti seorang naqib yang memenuhi kriteria sebagai seorang naqib. Naqib sebagai fasilitator, sebagai kaunselor, sebagai ibu, sebagai bapa, sebagai biro pengaduan awam, sebagai sahabat, sebagai pengurus, sebagai pembimbing. Kerana ia bukan sahaja orang yang berjumpa secara formal tetapi juga secara tidak formal. Naqib bukan sahaja orang berjumpa seminggu sekali atau dua kali seminggu dalam majlis usrah, malahan lebih daripada itu yang menjangkau masa dan sempadan.


Ciri-Ciri Naqib Yang Berkaliber:

1. Naqib mesti memahami konsep usrah dan perlaksanaanya. Apabila naqib memahami konsep ini barulah usrah dapat melahirkan out put yang baik. Sekiranya seorang yang menjadi naqib ia sendiri tidak memahami apakah pengertian usrah. Atau pun ia sendiri tidak pernah melalui program usrah. Apa akan terjadi dengan usrah yang dibawa. Oleh kerana ia tidak memahami konsep usrah maka ia akan bawa usrah seperti ceramah, kuliah, membaca kitab kuning. Ia tidak boleh membawa usrah mengikut kehendak jamaah dan boleh dikaitkan dengan jamaah dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan untuk mengukuhkan jamaah. Apabila ia memahami konsep usrah maka kesan usrah dapat dilihat. Banyak perkara kelemahan dalam jamaah boleh diatasi. Misalnya ahli usrah lemah dari sudut ukhwah maka ia memberi penekanan dalam usrah mengenai kepentingan ukhwah begitulah seterusnya. Semuanya ini tidak akan dapat dihasilkan sekiranya naqib tidak faham konsep usrah dan tanggungjawab beliau sebagai seorang naqib. Seperti pepatah Arab menyebut “Orang yang faqir ia tidak boleh memberi apa-apa”.


2. Memahami tasawwur Islam dan gerakan. Naqib/ah mesti memahami Islam dan dasar perjuangan . Naqib mesti memahami Islam dari sumber yang sejati. Kerana Islam ialah suatu peraturan yang meliputi semua lapangan hidup, Islam merupakan negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Islam merupakan kebudayaan, undang-undang atau ilmu pengetahuan dan kehakiman. Jangan di bawa perkara khilafiah dalam jamaah kerana ini akan membawa perbalahan sesama sendiri. Kefahaman dan keseragaman bertindak dengan ilmu akan memudahkan untuk bertindak. Oleh itu sekiranya seorang naqib yang tidak mempunyai syarat-syarat yang berkenaan akan berhadapan dengan berbagai kesusahan dari kalangan mereka yang berbagai jenis manusia dan kedudukan. Memahami hati budi orang bawahan dan ini yang perlu diberi penekanan dalam usrah. Jika ahli usrah orang kedekut perbanyakkan hal-hal dan kemuliaan sifat pemurah. Sekiranya mereka orang yang penakut, berikan keutaaman tentang kelebihan berjihad di jalan Allah. Sekiranya anak buah orang yang tidak istiqamah maka terangkan kelebihan orang yang tetap pendirian dan balasan orang tidak tetap pendirian.


3. Ikhlas dalam amal sebagai seorang naqib. Satu perkara yang senang disebut tetapi sukar dilaksanakan ialah ikhlas dalam tindakan dan amal. Perkara inilah yang menjadi kekuatan dan ketahanan kepada seorang naqib. Apabila ia berjaya melazimkan dirinya dengan sifat ini maka ia akan mendatangkan natijah yang baik kepada gerakan Pas. Hatinya tidak ada yang lain melainkan untuk melihat Islam berdaulat. Mengikhlaskan niat kerana Allah. Hati yang tidak tulus tidak bermakna ketika datang kedalam majlis usrah. Hati yang kotor juga tidak boleh mengeluarkan kesan yang baik kepada usrah.

Firman Allah swt . Maksudnya : Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuknya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan demikian itulah agama yang benar (Al-Bayyinah:5)

Sabda Rasulullah saw
إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرء ما نوى
Maksudnya: “ Sesungguhnya setiap amalan dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang itu apa yang diniatkan ”


4. Iman yang mendalam. Keyakinan hanya dengan Islam, sekiranya mempunyai ilmu dan kefahaman tetapi iman yang nipis dia tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan untuk perjuangan. Keimanan yang mantap sahaja akan membolehkan ia menghadamkan fikrah perjuangan Islam kepada anak buahnya. Kerana kekuatan jamaah Islam terletak kepada kekuatan iman yang sejati dan mendalam. Perjuangan tanpa iman yang sejati akan gugur dipertengahan. Bagaimana seorang naqib boleh menerapkan iman kepada anak usrahnya sekiranya beliau masih nipis Iman. Rasulullah SAW menunjukkan bagaimana Iman yang mantap menyebabkan para sahabat sanggup sehidup semati. Contohnya ketika baginda berhadapan dengan tentera Ahzab, baginda sudah mempunyai cita-cita untuk menawan Rom dan Parsi. Ini satu contoh bagaimana iman yang mantap telah memberi motivasi kepada baginda untuk menaikkan semangat yang waja di kalangan para sahabat. Firman Allah SWT Bermaksud : “ Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera ahzab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan kepada kamioleh Allah dan RasulNya, dan benarlah (apa yang telah dijanji oleh) Allah dan RasulNya” dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat itu) tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan dari mereka bulat-bulat kepada Allah .” (Al-Ahzab: 33:22)


5. Memahami organisasi jamaah. Naqib yang tidak memahami organisasi dan tabiat jamaah ia hanya bercakap atas awan. Tidak berpijak kepada bumi yang nyata. Usrah bukan teori tetapi diiringi dengan praktikal. Sekiranya naqib tidak melibatkan diri dengan Pas ia tidak akan sampai kemana arah perbincanganya. Oleh itu naqib kena memahami struktur organisasi Pas. Jangan seorang naqib tetapi ia sendiri tidak melibatkan dalam oragnisasi pas, ini memumkinkan ia akan membawa ahli jamaah keluar daripada landasan fikrah jamaah. Bagaimana mungkin ahli usrah hendak melibatkan diri dalam pilihanraya sekiranya naqib sendiri tidak terlibat dalam pilihanraya. Bagaimana jamaah hendak berkembang jika naqib sendiri tidak membawa ahli untuk beriltizam dengan jamaah.


6. Mengeratkan jalinan ukhwah. Naqib perlu melakukan program yang boleh mengeratkan hubungan persaudaraan seperti menziarahi ahli yang sakit atau ditimpa musibah,mengucap tahniah kepada kepada anggota yang berjaya, menolong mereka yang memerlukan, mengucap takziah atas kematian, menghulurkan bantuan kewangan, memberi hadiah sempena hari sahabat mendapat anak atau harijadi .Sabda Rasulullah SAW
تهادوا تحابوا
Bermaksud : “ Berilah hadiah nescaya engkau dikasihi ” Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : Allah akan sentiasa dalam (menunaikan) keperluan hamba selagi hamba itu dalam (usaha menunaikan) keperluan saudaranya.


7. Perbanyakkan amalan fardi. Sebagai seorang naqib sudah tentu bebanan dan tugas yang terpaksa dipikul. Oleh itu naqib memerlukan kekuatan rohani agar kita tidak terpesong daripada landasan perjuangan yang telah digariskan oleh jamaah. Apabila kita mempunyai benteng pertahanan ini maka ia akan menjadi asas yang kukuh untuk kita istiqamah dalam perjuangan. Maklum sahajalah perjuangan Pas yang mempunyai rintangan yang banyak dan banyak pula karenah anak buah maka sudah tentu kita memerlukan kekuatan rohani yang kuat. Oleh itu kita kena menjaga ibadat dengan baik, berzikir dengan banyak, berdoa yang ma'thur, beristighfar kepada Allah dan bersalawat kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA
حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
Bermaksud “ Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT ”


8. Menunjukkan suri teladan yang baik. Naqib sebagai role model dan diperhati oleh anak buah . Syaksiah dan tingkah laku naqib sering menjadi ikutan dan bualan. Thiqah di kalangan anak buah perlu bagi menjayakan satu usrah. Naqib kena pastikan ia lebih baik daripada anak buah. Samaada dari segi pakaian, percakapan, tingkahlaku, pergaulan, sikap, hal ehwal keluarga, komitmen kita dalam jamaah seperti mesyuarat, menghadiri program jamaah, penglibatan anak-anak kita dalam jamaah semuanya menjadi tontonan di kalangan semua ahli usrah. Firman Allah SWT Bermaksud : “ Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir ”. Al-Baqarah:44


9. Benar Naqib mestilah benar di dalam niat, perkataan dan pekerjaannya jangan sekali-kali ada penipuan atau pendustaan. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Sekiranya naqib tidak benar dalam ucapan dan tindakan maka ia akan memberi kesan yang buruk kepada usrah yang dipimpin Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : “ Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya sifat kebajikan itu membawa ke syurga. Seorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah ia dicatat disisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa kepada neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta ”.


10. Sabar. Tanpa sabar naqib tidak dapat mencapai target yang dicita-citanya, kerana kerja membentuk manusia bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan satu kesabaran yang padu serta himmah yang tinggi untuk melaksanakannya. Mesti sabar atas karenah ahli usrah yang berbagai ragam dan tindakan kesabaran sahaja yang akan boleh menjayakan perlaksanaan usrah Firman Allah SWT Bermaksud : “ Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar ”. As-Sajadah:24.

11. Tawaduk. Sifat ini orang ramai lebih senang untuk menerima dan mendengar nasihat atau percakapan kita. Sifat takabur menyebabkan kita terhijab dari kebenaran dan rahmat Allah untuk sampai ke hati manusia. Sifat tawaduk menyebabkan orang lain akan tertarik dengan apa yang kita sampaikan. Seorang naqib yang mudah bergaul dan tidak sombong dengan ahli usrah akan menambahkan keakrabannya antara mereka. Seorang naqib hendaklah terlebih dahulu menegur ahli usrahnya bukan sebaliknya, supaya menampakkan sifat tawaduk
Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : “ Tidak akan memasuki syurga sesiapa dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbur ” Riwayat Muslim

12. Pemurah. Seorang naqib mesti jangan kikir. Sifat kedekut akan menjauhkan ikatan ukhwah. Biasakan untuk menghulur kepada mereka yang berhajat. Sentiasa memberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Sifat pemurah ini akan membuahkan natijah yang baik. Sekiranya anak buah usrah saudara orang yang kikir maka latih dan tunjukkan kepada mereka kebaikan orang yang pemurah melalui amalan yang saudara tunjukkan. Firman Allah SWT
ومن يوق شح نفسه فأولئك هم المفلحون
Bermaksud “ Dan siapa yang dipelihara daripada tabiat bakhilnya mereka itulah orang-orang yang berjaya ” Al-Hasyr, 59:9 Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : “ Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dua Malaikat lalu seorang darinya berdoa: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada sihamba yang menafkahkan hartanya”. Manakala Malaikat yang kedua berdoa: Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada si hamba yang bakhil ini ”.


13. Suka menolong (ringan tulang). Saudara menampakkan kepentingan mereka melebihi daripada kepentingan diri saudara. Secara tidak langsung akan menambahkan ikatan kepercayaan di kalangan orang bawahan. Apabila anak usrah melihat saudara orang yang ringan tulang untuk menolong maka secara tidak langsung akan memberi kepercayaan yang lebih kepada saudara. Peristiwa yang ditunjukkan oleh nabi SAW dalam peperangan Khandak memberi kesan yang mendalam kepada pengikut nabi kerana melihat baginda turut serta menggali parit.


14. Bijak bergaul. Seorang naqib yang baik ia akan bermuayasyah (hidup) dengan ahli usrah. Tidak banyak protokol. Senang di bawa berbincang di kalangan anggota. Jangan ada pilih kasih di kalangan anggota sehingga mereka terasa tersisih daripada kumpulan usrah.


Peranan Dan Tanggungjawab Naqib :

1. Mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah pemimpin dan pendidik kepada kumpulan usrah. Dengan itu mereka perlu menunjuk suri teladan yang baik kepada ahli usrah.

2. Berkewajipan menyalurkan ilmu dan mendidik anggota usrah dalam bidang agama, fikrah jamaah.

3. Memastikan kandungan usrah disampai mengikut kehendak usrah dan jamaah.

4. Memastikan perjalanan usrah seiring dengan pembinaan jamaah dan organisasi.

5. Memupuk ukwah di kalangan anggota samaada di dalam usrah atau diluar.

6. Menggalakkan mereka supaya melakukan amal ibadah sunat seperti puasa sunat, solat sunat dan sebagainya.

7. Sentiasa menggalakkan ahli usrah mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi terhadap Islam dan sanggup melakukakan kerja-kerja amal Islami.

8. Naqib mesti menunjukkan kesungguhan di dalam satu kerja jamaah supaya ia menjadi contoh kepada anak usrahnya seperti menghadiri mesyuarat, program jamaah, program pilihanraya dan sebagainya.

9. Menggalakkan ahli usrah menyediakan tabung usrah supaya dapat melatih ahli untuk menderma walaupun sedikit dan wang ini boleh digunakan sewaktu kecemasan dan membantu meringankan beban di kalangan ahli usrah.

10. Naqib mestilah juga mahir dalam organisasi jamaah supaya ia dapat memnyelesaikan konflik organisasi dengan cepat.

11. Memastikan aliran maklumat yang perlu disampaikan kepada ahli usrah daripada pimpinan tertinggi dapat salur dengan baik.

12. Sentiasa memantau ahli usrah supaya dapat kita melihat potensi diri yang ada pada ahli usrah untuk diletak dan diberi peranan dalam kepimpinan dan amanah dalam jamaah.

13. Menyelesaikan dengan segera permasalahan yang berlaku tanpa bertangguh, kerana masalah yang kecil jika tidak diselesaikan dengan segera akan mendatangkan masalah yang lebih besar.


Kesimpulan

Perjalanan usrah yang mengikut method yang sebenar akan berjaya melahirkan mereka yang unggul dari segi peribadi dan agresif dalam melaksanakan kerja-kerja jamaah. Perlaksanaan usrah yang berkesan banyak bergantung kepada kehebatan naqib yang mengendalikan usrah , kerana ia adalah tunjang kepada perlaksanaan usrah. Sekiranya perlaksanaannya tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh usrah ia tidak akan dapat memberi apa-apa kesan yang baik untuk peribadinya dan juga jamaah. Kelazatan akan dirasai mereka yang mempraktikkan apa yang diarahkan di dalam usrah.

Thursday, February 5, 2009

4 syarat hidup kan hati dgn baca quran


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk. Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak. Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud: “Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4).Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

  • Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh). Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).
  • Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
  • Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.
  • Keempat, merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran. Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor.

Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain.

Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 20

(www.iluvislam.com)

Sunday, February 1, 2009

Pengumuman rasmi

Dengan ini, blog Ikatan Guru Pelatih Islam Se-Malaysia [ IGPIS ] dengan secara rasminya telah menukar nama kepada HALAQAH IPG.

Kepada seluruh mahasisiwa Islam di IPG yang sentiasa menyokong HALAQAH IPG diucapakan ribuan terima kasih. Kepada anda semua yang mempunyai link dengan blog ini bolehlah mengubah nama baru blog ini.

Semoga dengan kewujudan HALAQAH IPG dapat memberikan impak yang besar dalam memperkukuhkan lagi gerakan organisasi mahasiswa Islam di setiap IPG.

Kearah melahirkan generasi Mahasiswa IPG yang menerapkan pendidikan Rabbani

Konklusi Perang Israel-Palestin


"Gaza - PalestinKini : Brigade Izzudin Al-Qossam, sayap pejuang gerakan Hamas menegaskan, pihaknya telah mampu memberikan pukulan keras terhadap musuh Zionis selama perang yang memakan masa 22 hari.

Juru cakap Al-Qossam, Abu Ubaidah dalam sidang media rasminya hari (19/1) menyebutkan, dalam perang selama 22 hari tersebut, para mujahidnya telah menembak mati 49 askar Zionis dan melukakan ratusan lainya. Itu belum termasuk mangsa Israel mati akibat tembakan roket dan tembakan sniper.

Dengan demikian diperjumlahkan askar Zionis yang tewas oleh pasukan Al-Qossam di medan pertempuran, tidak kurang dari 80 orang. Jumlah ini belum termasuk mangsa Israel mati akibat gempuran roket ke wilayah permukiman di sejumlah kota dan daerah Israel. Al-Qossam menentang tentera Israel mengumumkan kerugian sebenarnya yang terjadi di medan pertempuran.

Syuhada Al-Qossam

Dalam pada itu, Abu Ubaidah mengumumkan jumlah syuhada yang meninggal akibat gempuran roket Israel mencapai 1300 orang. Kebanyakan warga awam yang terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua. Jumlah ini menunjukan bahawa perang ini tiada lain hanya pembunuhan warga awam, sebagai merealisasidari Aqidah Talmud mereka.

Ia mengatakan, perang yang belum pernah terjadi dalam sejarah. Padahal Israel telah mempersiapkannya ini dalam dalam beberapa bulan sebelumnya. Abu Ubaidah menjelaskan, siapa yang membenarkan perang Israel dan menyebarkan kedustaan bahawa perang ini merupakan serangan balasan atas pejuang, maka ia telah bersekutu dengan Zionis dan ikut bertanggung jawab dalam perang ini.

Hasil Jihad

Al-Qossam menegaskan, walaupun Israel telah memuntahkan semua roketnya dan membunuh semua yang bergerak di atas bumi ini serta menggunakan ratusan tan bom untuk membunuh bangsa Palestin, namun al-Qossam masih sanggup melancarkan tektik perangnya dalam 23 hari terakhir.

Al-Qossam telah melancarkan 980 roket yang terdiri dari 240 roket qossam, 213 roket grad dan 422 roket ringan.

Dari jumlah tersebut, 47 tank Israel musnah dan 4 pesawat tempur mereka jatuh. Satu diantaranya pesawat spy tanpa juruterbang.

Tawanan Perang

Juru cakap Al-Qossam ini kemudian menyebutkan, para mujahidnya telah melakukan dua operasi penculikan terhadap askar Israel. Pertama dilakukan di sebelah timur Tufah pada hari ketiga serangan dan berjaya menawan sejumlah askar Israel. Selain operasi itu, pesawat tempur Israel memasuki dan menembak ke arah pasukan pejuang Al-Qossam hingga mujahid Al-qossam, Mahmud Raifi gugur syahid dan terbunuhnya satu askar Israel. Sementara yang lainya dapat meninggalkan tempat dengan selamat, walau beberapa orang mengalami cedera.

Adapun operasi kedua, dilakukan pada tarikh 5 Januari di sebelah Timur Jabalia. Para pejuang al-Qossam mampu menawan satu askar Israel dengan pengawalan ketat dan menahannya selama dua hari di salah satu kem di medan pertempuran. Kemudian pasukan Zionis mengirimkan salah seorang warga awam yang ditahannya sebagai taman hidup untuk dijadikan barang tebusan dengan askar Zionis. Namun pasukan pejuang menolaknya. Pasukan Zionis berang dan menhantarkan pesawat tempur F16 mereka untuk mengebom kem itu. Dalam serangan ini, tiga pejuang yang menawan askar tadi gugur syahid sementara askar Israel mati terbunuh. Ketiga pejuang tersebut masing-masing, Muhammad Farid Abdullah, Muhammad Abdullah Ubaid dan Iyad Hasan Ubaid.

Pasukan Roket Tidak Terpengaruh

Terkait dengan sumber Israel bahawa targetnya di Gaza telah tercapai, Abu Ubaidah mengatakan, target Zionis di Gaza tidak ada satupun yang tercapai kecuali pembunuhan dan kejahatan perang mereka.

Kami di Al-Qossam menegaskan, pasukan roket kami dengan izin Allah tidak tersentuh. Kami melancarkan roket-roket ini di saat perang tanpa henti dan kami masih mampu untuk melancarkan roket-roket ini selanjutnya. Kami tegaskan, roket kami terus berkembang dan meningkat kemampuanya. Musuh Zionis akan mendapatkan kerugian baru dan menjadi target serangan kami di masa yang akan datang. Kamipun melancarkan roket ini dengan perancanaan di saat perang. Seperti kami katakan di awal. Israel telah memulakan perang. Namun mereka tidak mampu menghentikanya. Kamilah yang menentukanya.

Sejak awal mereka mengatakan, perang akan berlangsung segera. Tetapi kemudian mereka menggelar tahap kedua dan ketiga. Kerugian kami akibat perang ini sedikit sahaja. Kami sudah memperbaikinya sebelum perang berakhir. Demikian juga dengan sumber Zionis yang mengatakan, telah menawan pasukan pejuang. Ini adalah pernyataan palsu. Tidak ada satupun anggota pejuang yang ditawan oleh mereka. Walaupun mereka menawan itupun hanya warga awam biasa.

Genjatan Senjata Akan Berlanjut

Juru cakap Al-Qossam, Abu Ubaidah menegaskan, tujuan perang Zionis tertuju pada penghentian penyelundupan senjata melalui sempadan. Dan ia minta dukungan antarabangsa untuk menghentikanya. Kami katakan, kalau benar, bilakah penyelundupan senjata melalui semenanjung rasmi sempadan. Apakah mereka mengizinkannya ? tentu tidak. Tetapi yang penting kami tahu bagaimana senjata itu dibuat dan darimana senjata itu masuk Gaza.

Yang perlu kami katakan di sini adalah, senjata pejuang tidak masuk dengan jalan diselundupkan. Sejak awal kami menginginkan senjata itu masuk secara rasmi. Namun semua Negara menolak pejuangan rakyat Palestina. Oleh kerana menjadi hak kami untuk memasukanya dengan cara yang kami boleh lakukan. Tekanan untuk melarang memasukkan senjata bukanlah perkara baru. Sejak dahulu mereka melarang masuknya senjata pejuang. Tidak ada satupun yang dapat menghalangi kami untuk berjuang menentang penjajahan.

P/S: Kepada seluruh guru pelatih Islam,ayuh kita bersama-sama dalam kebangkitan dan kemenangan umat Islam di Palestin. Teruskan usaha dakwah dan mendaulatkan Islam di IPG anda.

Save Palestin


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini