Sunday, March 28, 2010

SIRAH NABI MUHAMMAD DAN KEPENTINGANNYA


Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja.


Oleh yang demikian tidak seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala.


Tujuan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin (defakto) Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah Seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.


Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah SallaLlahu ‘a1aihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu ‘alabi Wasallam.


Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut:


1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya.


2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat Semuanya di dalam kehidupan Muhammad SallaLlahu ‘alai hi Wasallam, maka tidák hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka

Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya:

Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu (Al-Ahzab 33 : 21)


3. Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam boleh menolong manusia mema hami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.


4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan, hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum hukum Islam.


5. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan peng ajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berda’wah.




Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW saat Isra' Mikraj



Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat—matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur—unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.

Sejarah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam meng bidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di ka langan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah-embut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar;seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu‘anhum ajma’in). Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.

Antara buku Sirah Yang boleh dibuat rujukan dan pembacaan ialah :

1. Fiqh Sirah : Said Ramadhan Al-Buti Terbitan Dewan Pustaka Fajar

2. Sirah Nabawiyyah : Dr Mustafa As-Syibaie

( GF ) GHAZWATUL FIKR – SERANGAN PEMIKIRAN

Serangan pemikiran atau dalam bahasa Arab dinamakan Ghazwul Fikri dan dalam basaha Inggris disebut sebagai brain washing, thought control, menticide adalah istilah yang merujuk kepada suatu program yang dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan terstruktur oleh musuh-musuh Islam untuk melakukan pendangkalan pemikiran dan cuci otak kepada kaum muslimin, dengan tujuan agar kaum muslimin tunduk dan mengikuti cara hidup mereka sehingga memudahkan kepentingan mereka untuk menjajah dan mengeksploitasi sumber daya milik kaum muslimin.


Sejarah GF sudah ada setua umur manusia, makhluk yang pertama kali melakukannya adalah Iblis la’natullah ketika berkata kepada Adam as :

“Sesungguhnya Allah melarang kalian memakan buah ini supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat dan tidak dapat hidup abadi” (QS 7/20).

Dalam perkataannya ini Iblis tidak menyatakan bahwa Allah tidak melarang kamu … kerana itu akan bertentangan dengan informasi yang telah diterima oleh Adam as, tetapi Iblis mengemas dan menyimpangkan makna perintah Allah SWT sesuai dengan keinginannya, iaitu dengan menambahkan alasan pelarangan Allah yang dibuatnya sendiri dan ia tahu bahwa Adam as tidak mempunyai pengetahuan tentang sebab tersebut.


Demikianlah para murid-murid Iblis dimasa kini selalu berusaha melakukan GF dengan menyimpangkan fakta dan informasi yang ada sesuai dengan maksud jahatnya, tapi dengan cara yang sangat halus dan licin, sehingga hanya orang-orang yang dirahmati Allah SWT yang mampu mengetahuinya.


SIAPA YANG MELAKUKAN GF?


Allah SWT memperingatkan kita di dalam al-Qur’an bahwa para musuh Islam akan selalu mengintai dan memerangi ummat Islam bia-bila saja dan dimana sahaja, sehingga kita diperintahkan untuk selalu waspada dan mempersiapkan diri (QS 8/60).


Ummat Islam bukan pengganas dan tidak pernah memulakan menyakiti dan memerangi kelompok lain, tetapi sejarah (baik di dalam maupun diluar negeri) selalu membuktikan bahwa merekalah yang selalu memulai memerangi dan membantai kaum muslimin (Lihat kes Palestin, Afghanistan, Bosnia, Kosovo, Kashmir, Rohingya, Moro, Pattani, Chechnya, Ambon, Poso).


Kelompok-kelompok yang memusuhi Islam dan kaum muslimin yang harus selalu diwaspadai tersebut adalah :


1) Orang-orang Kafir (QS 2/120), iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani yang

termasuk kafir harbi (yang memerangi kaum muslimin) dan bukan Yahudi dan

Nasrani yang termasuk kafir dzimmi (yang berdamai dengan kaum muslimin).


2) Musyrik (QS 2/105), iaitu agama Hindhu, Budha dsb yang memusuhi kaum

muslimin dan bukan yang berdamai dengan kaum muslimin.


3) Munafiq (QS 2/8-10), iaitu kelompok yang mengaku sebagai kaum muslimin tapi tidak mau menerima hukum Allah dan Rasul-Nya.


Diantara sifat-sifat mereka adalah :


1) Mereka melakukan shalat dengan malas dan berinfaq dengan merasa berat (QS9/54).


2) Mereka sedikit sekali berdzikir kepada Allah SWT (QS 4/142).


3) Mereka melakukan kerusakan dimuka bumi, tetapi jika diperingatkan maka

mereka menjawab bahwa mereka sedang membangun (QS 2/12).


4) Mereka senang berteman dan mengangkat orang-orang kafir sebagai pemimpin mereka (QS 4/139,144).


5) Mereka sering mempermainkan dan mengolok-olok hukum-hukum Allah SWT

bersama-sama orang-orang kafir (hukum Islam ketinggalan zaman, kuno, kejam,

dsb) (QS 4/140).


6) Tidak mau berjihad di jalan Allah SWT (QS 9/44-45).


7) Mereka memerintahkan maksiat dan kemungkaran dan mencegah orang untuk beribadah dan berbuat amal baik (QS 9/67).


Oleh itu, sikap kita terhadap kaum munafiq ini, diperintahkan untuk jauh lebih

berhati-hati dan harus selalu waspada terutama saat menerima informasi dari

mereka (QS 49/6).





Friday, February 26, 2010

Interaktive Dakwah Training




Assalamualaikum.
Ingin mendalamai Islam? Ingin meneroka rahsia disebalik agama-agama lain seperti HINDU, BUDHA, KRISTIAN,
JOM Join 1 perkongsian yang insyaAllah membuka minda dan hati anda.

PROGRAM : Interaktive Dakwah Training
TARIKH : 27 dan 28 FEBRUARi 2010
HARI : SABTU dan AHAD
TEMPAT : Dewan Kuliah IPG KAMPUS ILMU KHAS
MASA : 8 pagi - 5.30 ptg
ANJURAN : Biro Kerohanian JPP, JAPIM dan HEP dengan kerjasama PERKIM Ampang

Sila Hubungi :
Aizudin : 013-4750545
Marziah : 0136022903

Saturday, February 20, 2010




Dari segi taarif dakwah adalah mengajak manusia secara bijaksana kepada Allah iaitu satu-satunya jalan yang benar demi kemaslahatan mereka dan kemuliaan mereka di dunia dan akhirat

Ia adalah amat penting kerana ini adalah keistimewaan utama umat Islam, yang mana ia menjadikan kita umat terunggul di atas muka bumi. Firman Allah:

“ Kamu adalah sebaik-baik umat yang pernah dilahirkan atas muka bumi untuk umat manusia (dengan syarat) kami menyuruh kepada perkara maaruf, melarang kepada perkara mungkar dan kamu beriman kepada Allah “

( Al-Imran:110)

Ayat ini mendahulukan amar maruf dan nahi mungkar sebelum keimanan dalam susunan ayat sedangkan Iman adalah perkara pokok. Ini kerana Keimanan adalah titik pertemuan antara umat ini dengan umat lain dalam agama samawi tetapi amar maaruf dan nahi mungkar adalah kelebihaan umat ini yang sengaja diberikan oleh Allah untuk keinsanan sepenuhnya. Justru ia adalah umat yang bermisi yang bersifat penyeru. Tugasnya adalah menyebarkan kebenaran serta mengukuhkannya dan menghapuskan kemungkaran serta menghalangnya. Beginilah petikan kata-kata Dr.Yusuf Qardhawi dalam tulisannya Malamih Mujtamaal Muslim Allazi Nansyuduhu.

APAKAH HUKUM DAKWAH?

Para ulama adalah berpendapat hukum dakwah boleh berubah-ubah mengikut keadaan situasi dan suasana :

Fardu Ain :

“ Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tangannya, kalau tidak mampu dengan lidahnya (teguran), jika tidak mampu juga, hendaklah mengubahnya dengan hatinya (benci dan azam untuk mengubahnya jika berkemampuan) dan demikian adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas itu walaupun sebesar biji sawi – Riwayat Muslim.

Fardu Kifayah :

Iaitu setelah adanya pemerintahan Islam yang beriltizam dengan islam sepenuhnya. Kewajipan umat Islam gugur kerana telah berpindah kepada pemerintah. Ia berdasarkan dalil:

“ Dan hendaklah ada daripada kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah kepada kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang beruntung (berjaya) –

(Al-Imran:104).

Sehubungan dengan hukum dakwah ini Imam Ghazali menggariskan dalam Ihya Ulumiddin bahawa empat keadaan yang mungkin ditempuhi oleh pendakwah:

Tidak wajib berdakwah

Sekiranya pendakwah menyedari yang dakwahnya tidak mendatangkan sebarang kemanfaatan yang mana berkemungkinan dia akan dibunuh atau dicederakan serta dia tidak berkemampuan menanggung risiko yang akan dihadapi. Dalam suasana ini baginya tidak wajib melaksanakan dakwah.

Wajib Berdakwah

Sekiranya pendakwah menyedari dakwahnya boleh menyebabkan kemungkaran tercegah dan tidak ada sesiapapun yang berani melakukan tindakan terhadapmya. Dalam suasana ini dia wajib melaksanakan dakwah.

Sunat Berdakwah

Sekiranya pendakwah menyedari dakwahnya tidak semestinya mendatangkan kesan positif tetapi dia sanggup menanggung risiko yang mungkin menimpa dirinya. Maka dalam situasi ini dia berkeadaan sunat untuk berdakwah.

Sunat Berdakwah

Sunat juga berdakwah jika pendakwah menyedari yang dakwahnya akan memudaratkan dirinya tetapi jika dilakukan ia akan dapat mencegah kemungkaran itu. Maka keadaan pendakwah ketika itu adalah sunat.

Dalam memperincikan perkara ini Syeikh Said Hawa menyatakan dalam Jundullah Jihad Fisabilillah “ Contoh-contoh keadaan bahaya atau mudarat yang dikira sebagai alasan yang sah untuk tidak melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar adalah ia dipukul dengan teruk, dimusnah tempat tinggal diambil segala harta dan seumpamanya. Jika kemudaratan hanyalah dalam bentuk hinaan, perli, maki dan seumpama. Maka kewajipan berdakwah tetap terbeban keatasnya kerana Allah menyuruh kita bersabar ketika melajsanakan kerja-kerja dakwah ”

Hal ini dijelaskan lagi dalam sirah nabi SAW yang mana pada satu keadaan Nabi SAW memuji keberanian sahabatnya tetapi dalam masa lain Nabi SAW menyuruh sahabat supaya bersabar.

Friday, February 12, 2010

Integrasi P & P Melalui Pendidikan Jasmani

.


Pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya berlaku dalam ruang kelas yang sempit sehingga membataskan pergerakan dan mengehadkan aktiviti yang mungkin membantutkan kreativiti murid. Guru perlu bijak merancang aktiviti dan bahan agar objektif yang hendak dicapai tidak tersasar, pada masa yang sama murid dapat mengikuti aktiviti dan menggunakan bahan semaksimum mungkin. Amalan ini lah yang cuba diterapkan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui program Teaching School kendalian pelajar PISMP BM Semester 2.

Pada 29 September 2009, bertempat di tapak permainan kanak-kanak prasekolah IPGM Kampus Keningau, seramai 17 murid Tahun Empat dari SK Penagatan mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan bahan-bahan Pendidikan Jasmani dan melibatkan pergerakan aktif secara berkumpulan. Aktiviti yang diketuai oleh Saudara Severinus Nain ini bermula dengan sesi soal jawab tentang simpulan bahasa, diikuti membina perkataan daripada riben dan bahan-bahan terbuang seterusnya membina ayat-ayat mudah berdasarkan perkataan tadi. Aktiviti yang berakhir pada jam 12.00 tengah hari itu ditutup dengan pergerakan kreatif menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani.

Prisoner No. 650

We can do a lot and have faith in ourselves, we should spread to all Muslim world this shocking information.



Prisoner No. 650
Dr Aafia Siddiqui




A Pakistani PhD. Having 144 Honorary Degrees & Certificates, In Neurology, From Different Institutes Of The World,
The Only Neurologist In The World Have The Honorary Ph.d From Harvard University,
Hafiz-e-Quraan, Aalima,
Not Even A Single American Matches her Qualifications,
Was Kidnapped along with her 3 children, By the FBI from Karachi, With Help of Pakistan Government Alleging Connection with Al-Qaeeda,
Now She is in USA prison,
Having Lost Memory, Due to physical, Psychological & Sexual Torture,
She is Imprisoned with Men,
But We, The Muslims are Dead, Even this Message will remain in our Inbox, until we delete it. Protest!
If you cannot do anything, Just forward it and just Pray for Her.


ACTION ALERT

  1. Sign Asian Human Rights Commission’s Urgent letter of Appeal which will send an email to Bush, Karzai, Gilani, Farooq Naek & Rehman Malik
  2. Sign the online petition for her release
  3. Join Facebook groups to participate in digital activism to raise awareness here and here
  4. Spread the word by email & SMS to all your contacts so as to create more pressure

For more information:
http://teeth.com.pk/blog/2008/07/30/missing-pakistani-dr-afia-siddiqui-prisoner-650

Syahidnya Imam Hasan Al-Banna pada 15hb Februari 1949




Hasan al-Banna dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar, yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam dan roh Islam di Dunia Arab.



Jika kita betul-betul hendak menghargai segala usaha beliau dan memahami peribadinya, maka perlulah kita mengenali suasana (keadaan) dan zaman ketika beliau dilahirkan, dibesarkan dan dididik. Disamping itu, kita juga perlu mengetahui cabaran-cabaran dalaman dan antarabangsa yang sedang mengancam Mesir ketika Imam Hasan al-Banna dilahirkan.


Kelahiran dan Pendidikan Imam Hasan Al Banna.

Imam Hasan Al-Banna adalah anak sulung di dalam keluarganya. Beliau dilahirkan di Mahmoodiah pada bulan Oktober, 1906 M. Takdir Allah telah menentukan tarikh kelahirannya itu supaya dapat mengisi kekosongan akibat kematian pemimpin Muslim Mesir yang berwibawa dan tercinta iaitu Mustafa Kamal. Mahmoodiah bersuasana kedesaan dan merupakan sebuah perkampungan petani. Para penduduknya menjalani kehidupan corak lama (tradisional). Keluarga Imam Hasan Al-Banna sangat 'alim dalam ilmu Islam dan Sejarah Islam. Keluarganya juga mengamalkan cara hidup Islam. Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri.Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan. Bapanya juga memberi galakan kepadanya untuk mempelajari ilmu Islam. Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Ar-Rasyad As-Diniyyah. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang ulamak terpelajar yang bernama Muhammad Zahran.

Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya iaitu Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna pun berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah A’adadiyah. Tahap pengajian sekolah ini adalah lebih tinggi daripada sekolah rendah. Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah A'adadiyah dan menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Kini cuma ada dua pilihan saja bagi Hasan Al-Banna. Salah satu daripada pilihan itu ialah memasuki Maahad-i-Dini; iaitu sebuah pusat.pengajian yang berhubung terus dengan Universiti Al-Azhar. Langkah ini boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan yang satu lagi ialah memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat Ijazah Perguruan. Hasan Al-Banna memilih memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur. Selepas itu tiga tahun berkursus di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Universiti Kaherah (Darul Ulum). Ketika itu beliau berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak layak dari segi umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang luar biasa itu. Waktu itu, Darul Ulum terkenal dengan gelaran 'Al-Azhar kecil'. Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah moden. Diantara kursus-kursus yang disediakan ialah Perguruan, Saikologi, Falsafah, Politik,Ilmu Kemasyarakatan, Matematik dan Ilmu Bahasa. Sebaik sahaja diterima masuk, Imam Hasan Al-Banna dan keluarganya pun berpindah ke Kaherah.



Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan diplomanya dari Darul Ulum (kini terkenal dengan Universiti Kaherah) dengan mendapat pangkat pertama. Hasan Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan kepada pengajiannya dan sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan membantu bapanya membaiki jam. Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau terpaksa pula membuat pilihan sama ada beliau patut mengambil biasiswa luar negeri dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja dengan Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika beliau bekerja dengan Jabatan Pelajaran, beliau akan mengajar kanak-kanak pada siang hari dan masa lapangnya pula akan dihabiskan untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul Ulum mengumumkan bahawa Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana pelajar kerana negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru waktu itu. Selepas pengumuman tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila beliau mula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua puluh satu tahun. Beliau tinggal di Ismailiah schingga tahun 1933 M.



Tugas Hasan Al-Banna Sebagal Seorang Guru dan Peristiwa Penubuhan Al-Ikhwanul Muslimin.



Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan tugasnya sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji dengan teliti corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat dilancarkan dengan lebih berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan juga seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan usaha dakwahnya di kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang singkat sahaja, ramai telah menjadi pengikutnya. Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang terkenal dengan nama ‘Al-Ikhwan Muslimin’.

Batu asas pusat gerakan dan masjid Ikhwan Muslimin telah diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke matlamatnya.Pada bulan Oktober, 1933 M. Imam Hasan Al-Banna telah ditukarkan ke Kaherah. Tempoh enam tahun yang dihabiskan di Ismailiah merupakan titik permulaan keberkesanan gerakan Ikhwanul Muslimin pada masa depan. Ketika itu, ada satu pertubuhan dakwah di Kaherah yang terkenal dengan nama ‘Jami’atu- Tahzib-al-Islami’. Pertubuhan ini terdiri daripada belia-belia yang ikhlas terhadap Islam. Para belia ini sangat tertarik dengan kegigihan Ikhwan memperjuangkan Islam sehingga akhirnya mereka turut menjadi ahli Ikhwan agar mereka juga melibatkan diri dalam kegiatannya.


Berikutan itu, pertubuhan Jami’atu-Tahzib-al-Islami dan kesemua cawangan-cawangannya telah diserapkan ke dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Kaherah dalam tahun 1933 M., beliau dapati usaha Ikhwanul Muslimin di situ telah mencapai kemajuan yang pesat. Lantaran itu, beliau terpaksa meninggalkan jawatan gurunya dan memberi penumpuan sepenuh masa kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin.



Perkahwinan Hasan Al Banna dan Anak-anaknya.

Hasan Al-Banna sangat disayangi oleh para penduduk Ismailiah. Kehadirannya itu telah menyirami hati mereka dengan kesedaran rohani. Haji Hussin as-Soli adalah seorang yang berperibadi mulia dan beliau sangat tertarik dengan peribadi Hasan Al-Banna serta kegiatannya. Hubungan antara Haji Hussin as-Soli dan Hasan Al-Banna begitu rapat dan kukuh sekali. Haji Hussin membantu Hasan Al-Banna dengan berbagai cara. Anak-anak lelakinya menjadi pengikut Hasan Al-Banna. Hubungan ini menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari sehingga akhirnya Haji Hussin as-Soli mengambil Hasan Al-Banna sebagai menantunya. Latifah, anak perempuan Haji Hussin as-Soli, menjadi isteri Imam Hasan Al-Banna. Latifah juga seorang wanita yang berakhlak mulia dan bertakwa. Perkahwinan ini bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:

... dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki

yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik (pula).

(Surah An-Nur, ayat 26.)

Latifah sangat setia kepada suaminya dalam berbagai keadaan. Perkongsian hidup mereka telah menghasilkan enam orang anak iaitu lima orang perempuan dan seorang lelaki. Kelima orang anak perempuan mereka bernama Sana’a, Wafaa, Raja’a, Hajir dan Istisy’had. Anak perempuan yang bongsu itu dinamakan Istisy’had oleh Latifah kerana beliau dilahirkan dihari Imam Hasan Al-Banna mati syahid. dibunuh.


Imam Hasan Al-Banna mati syahid pada 15hb Februari 1949 di hadapan ibu pejabat Ikhwanul Muslimin. Hari kematiannya disambut meriah oleh Yahudi, pihak British dan pihak-pihak lain yang bermusuh dengan Islam.

TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI SAHABAT SEKALIAN !