Wednesday, October 28, 2009

Management by Objective @ M.B.O. sekadar mainan bibir?



Saya sangat percaya kepada kuasa matlamat atau yang disebutkan oleh Covey sebagai ‘Begin from the end of mind’. Malah setiap kali saya turun ke kampus untuk bersama pemimpin universiti, saya sering menekankan prinsip organisasi yang ‘VISION ORIENTED’.

Organisasi yang bermatlamat jelas dan sentiasa fokus pada matlamat tidak akan tersasar dari tugas utama (Core Business) organisasi. Program-program akan dilaksana berpandukan matlamat organisasi dan objektif biro dalam organisasi.
Contohnya, Organisasi A mempunyai matlamat ABC.

Maka semua jentera dalam organisasi dari Presiden hinggalah ke biro-biro atau sekretariat atau apa saja namanya akan dipandu oleh matlamat tersebut. Segala aktiviti, program dan kegiatan adalah menuju ke arah matlamat ABC.

Contohnya, Biro B ingin mengadakan program. Jadi soalan berikut mesti ditanya;
1. Adakah program tersebut membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, jangan buat program tersebut
2. Jika ya, adakah pengisian program membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, fikirkan apakah pengisian yang relevan.
3. Jika ya, bagaimanakah cara dan bila mahu melaksanakannya.

Saya bertanya pada diri saya kenapa persatuan dari kampus tadi menjemput saya sedangkan belum pasti jenis program (forum atau ceramah individu) dan tajuk untuk dibincangkan? Adakah ini caranya pengurusan yang disebut Management by Objective @ M.B.O yang sangat popular di bibir warga kampus?

Apa pun, buat adik-adik saya di kampus-kampus khususnya di tanah air, jadikan alam kampus sebagai satu perjalanan dan akademi yang mempersiapkan diri bukan sahaja dari dimensi yang melengkapkan syarat memperoleh segulung ijazah, malah anda akan bergraduasi sebagai orang yang berbeza dari orang di hari pertama anda melangkah ke universiti. Pengetahuan anda bertambah dan kemahiran anda pelbagai.

Mungkin entri ini adalah sebahagian dari perjalanan itu untuk anda dan juga untuk saya. Best of wishes to all of you!

UBAH CARA BERFIKIR MAHASISWA



Oleh : Amin Idris
http://aminidris.com

Kerap juga saya dijemput oleh persatuan-persatuan pelajar samada untuk mengendalikan bengkel mahupun menyampaikan ceramah tentang pengurusan organisasi. Sebenarnya, saya memang suka berjumpa para mahasiswa kerana pada diri mereka terdapat infiniti harapan masyarakat. Mahasiswa adalah aset negara yang mesti dibentuk agar mereka tidak menjadi liability negara bila tamat belajar, malah mendatangkan keuntungan dari segenap aspek.

Cuma terkadang saya terasa sedikit terkilan dan hampa kerana melihat sikap dan cara berfikir mahasiswa umpama budak sekolah menengah. Saya tidak menafikan wujud kumpulan mahasiswa yang sangat idealis, berjiwa besa, cara berfikir mereka hebat, berpotensi sebagai pemimpin masa depan negara… namun disebabkan terlalu ramai mahasiswa yang ‘bermentaliti sekolah menengah’, mahasiswa-mahasiswa hebat yang saya nyatakan tadi tenggelam.

Sindrom ‘mentaliti sekolah menengah’ turut meresap dalam pemikiran mahasiswa-mahasiswa berpersatuan. Sebab itulah setiap kali saya mengendalikan slot pengurusan organisasi, saya menekankan betapa pentingnya para penggerak organisasi bermula dari yang teratas hingga kepada yanb terbawah, MESTI memahami matlamat @ visi organisasi.

Kefahaman itu mestilah mendalam sehingga menjadi darah daging. Fahami;
Apakah apa yang IMPIAN organisasi
Dan fahami juga

Kenapa organisasi WUJUD @ Apakah yang paling teruk berlaku jika organisasi anda tidak wujud.

Organisasi akan bergerak terus tanpa tergelincir dari landasan sekiranya pemimpin dan ahli tahu dengan jelas apakah yang mereka ingin capai untuk organisasi. Barulah tatkala bekerja untuk organisasi, kita melakukan sesuatu kerana sebab, bukan kerana kekaburan yang mengakibatkan organisasi lembap, tidak bermaya dan tiada tarikan istimewa.

Lebih menakutkan bila duit banyak habis, tenaga banyak habis, masa banyak habis, akhirnya bila dianalisa, orang masih tidak merasai organisasi anda, ahli makin susut dan keuntungan makin mengucup malah mengalami kerugian demi kerugian.

Wednesday, October 21, 2009

SENSITIVITI GENERASI MUDA TERHADAP ISU SEMASA:


CABARAN DAN MASA DEPAN

فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم. ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار.

MUQADDIMAH.

Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan.

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.

Maksudnya:

Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.

Sabda Rasulullah saw.

إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.

( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )

Generasi Muda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana: antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)

Generasi Muda tak selayaknya alpa dibuai mimpi dan impian palsu, sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.

Sabda Rasulullah saw.
و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”

Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:


إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية



“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”

Imam diusir dari pesawat US Airways



MINNEAPOLIS 21 Okt. - Enam orang imam yang diusir dari penerbangan US Airways pada 2006 selepas penumpang lain melaporkan mereka berkelakuan menimbulkan kesangsian telah menyelesaikan tuntutan mahkamah diskriminasi mereka, semalam dengan mendakwa pengusiran itu adalah satu kesalahan.

Kedua-dua pihak tidak mahu mendedahkan syarat-syarat bagi penyelesaian sementara yang diumumkan semalam, dan memerlukan pengesahan daripada hakim persekutuan, tetapi ia merangkumi sejumlah wang tunai.

Marwan Sadeddin dari Phoenix berkata, penyelesaian tidak termasuk permohonan maaf tetapi menganggap pengakuan melakukan kesilapan dari pihak penerbangan sebagai permohonan maaf.

Sadeddin juga tidak menyalahkan US Airway atau pihak berkuasa.

"Ia baik untuk semua dan telah diselesaikan. Perbicaraan tidak diperlukan lagi," katanya.

Sementara itu seorang lagi imam yang juga pengerusi Persekutuan Imam Amerika Utara, Omar Shahin berkata, mereka telah mencapai matlamat yang diinginkan.

Penyelesaian sementara telah dicapai di St. Paul pada Isnin lalu dengan Hakim Majistret Amerika Syarikat, Arthur Boylan.

Pertemuan itu berlangsung selama tujuh jam 20 minit dan syarat-syaratnya dirahsiakan, menurut satu dokumen mahkamah yang telah dilengkapkan semalam.

"Kami masih lagi memuktamadkan butirannya," kata Omar Mohammedi, peguam bela kepada imam tersebut.

Menurutnya, penyelesaian tersebut masih memerlukan pengesahan dari Hakim Daerah AS, Ann Montgomery dan dijangka akan mengambil masa dua minggu atau lebih.

Peguam bela kepada Airways Group Inc., Michael Lindberg bagaimanapun enggan mengulas berhubung kes tersebut. - AP

Sekolah asrama penuh elok ajar semula Sastera


Berita Harian,Khamis, 23 Oktober 2009

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diminta mempertimbangkan kemungkinan memperkenalkan semula subjek Sastera di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sekali pun mereka menawarkan aliran Sains seperti pernah dilaksanakan sebelum ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pada peringkat permulaan beberapa SBP boleh dipilih bagi tujuan terbabit kerana pelaksanaannya tidak mustahil kerana mungkin pelajar terbabit mahu memasuki aliran Sastera.

“Kita perlu memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk membuat pilihan aliran yang ingin dimasuki berdasarkan kerjaya pilihan mereka.
“Dengan hanya menawarkan aliran Sains, kita seolah-olah menganggap Sastera tidak penting, sedangkan kita perlu memastikan ia tidak tercicir,” katanya pada sidang media selepas pertandingan akhir Akademi Sastera 2009 dan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Kritikan Karya Sastera IPTA/IPTS 2008-2009 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz dan Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan.

Saifuddin berkata, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk yang tidak menawarkan subjek Sastera disaran memberi dorongan kepada mahasiswa dalam penganjuran program kokurikulum berasaskan sastera, sekali gus bertepatan dengan penekanan kemahiran kemanusiaan dan sampingan di kalangan pelajar.

“Nilai insaniah yang diterap dalam mata pelajaran Sastera, selaras dengan langkah kementerian untuk mengembangkan kemahiran insaniah di kalangan mahasiswa yang membantu mereka berfikiran kritis, etika dan komunikasi,” katanya.

Beliau berkata, mahasiswa yang mengambil mata pelajaran Sastera atau berminat dengan bidang itu, perlu menjadikan diri mereka sebagai pejuang sastera kerana ada banyak isu yang perlu diperjuangkan untuk memartabatkan sastera, termasuk isu sastera sebagai mata pelajaran atau aliran dalam sistem pendidikan formal yang sedia ada.

Syor tak naik pangkat Adun, pegawai merokok



dipetik daripada berita harian, Khamis, 21 Oktober 2009

KOTA BHARU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mencadangkan supaya Kerajaan Kelantan tidak memberi peluang kenaikan pangkat kepada mana-mana Adun dan pegawai kerajaan negeri yang merokok atau enggan berhenti daripada tabiat itu.

Abdul Fattah Harun (Pas-Bukit Tuku), berkata tindakan itu selaras saranan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebelum ini bahawa mana-mana pemimpin Pas yang merokok tidak akan dipertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya.

"Pelbagai usaha menghentikan amalan merokok sukar mencapai sasaran, oleh itu saya mencadangkan pimpinan kerajaan negeri meletakkan syarat iaitu Adun dan pegawai kerajaan yang merokok tidak akan dinaikkan pangkat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-12 di Kota Darulnaim, semalam.

Terdahulu, Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Pas-Gaal) meminta Menteri Besar menyatakan usaha kerajaan negeri mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya tabiat merokok.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata kerajaan negeri sedia mengkaji memberi insentif kepada premis perniagaan yang tidak menjual rokok sebagai langkah memastikan rakyat menghentikan tabiat itu.

Katanya, kerajaan negeri dukacita kerana banyak program dan kempen menghentikan tabiat merokok di kalangan rakyat termasuk oleh Kerajaan Pusat tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

"Berdasarkan laporan, lebih separuh lelaki Kelantan adalah perokok, jadi pemberian insentif itu boleh dipertimbangkan," katanya menjawab soalan tambahan Zainuddin Awang Hamat (Pas-Limbongan) yang mencadangkan kerajaan negeri memberi insentif kepada premis perniagaan yang tidak menjual rokok.

Wan Ubaidah berkata, fatwa bahawa merokok itu haram sudah diedarkan kepada orang ramai, premis perniagaan dan klinik bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat.

Katanya, kerajaan negeri baru-baru ini mengadakan Bengkel Nafas Baru kepada 90 imam dan penghulu seluruh negeri supaya bahaya merokok dapat disampaikan kepada rakyat.

"Kita buat bengkel ini kepada imam dan penghulu iaitu pemimpin masyarakat supaya mereka dapat menyampaikan hasrat kerajaan negeri kepada rakyat pada peringkat bawah.

"Kerajaan negeri berharap perokok yang sedar bahawa merokok itu haram dan membazir, mereka boleh mendapatkan rawatan pemulihan berhenti merokok di klinik swasta dan kerajaan," katanya.

Tuesday, October 20, 2009

Peluang Bisnes Untuk Guru Pelatih



Ramai sahabat-sahabat yang ajak saya bisnes dan cerita pelbagai jenis ilmu bisnes. Macam-macam jenis bisnes ada. Sehinggakan bisnes multilevel yang jelas haram pun digodanya saya untuk menyertainya. Namun s aya perhatikan kehidupan mereka jelas semakin jauh mereka itu dari tuhan, semakin sibuk mereka itu dengan bisnes mereka. Ke sana ke mari sehingga lupa sudah mereka kepada rumah Allah. Sebelum berbisnes mereka merupakan ahli kepada rumah Allah, kuat bekerja untuk Islam, tetapi sesudah menceburi bisnes sebaliknya pula terjadi.

Teringat saya kata-kata naqib hasil ulasannya dari sebuah hadis :

“ Apabila Allah murka pada seseorang, maka Allah berikannya harta yang haram dan Allah kirimkan syaitan untuk menjaga harta-hartanya. Maka syaitan pun menyibukkannya dengan kekayaan sehingga dia tiada masa lagi untuk Islam. Tiada masa lagi untuk beramal dan bekerja untuk memperjuangkan Islam. Tiada masa lagi untuk solat berjemaah di masjid, berusrah dan sebagainya. Lebih parah lagi, dia tidak akan terasa bahawa dia telah dilalaikan oleh syaitan dengan harta-hartanya.”

Ramai para sahabat Rasulullah dengan sebab harta, mereka menjadi kaya raya. Namun kekayaan mereka menjadi jambatan ke syurga. Semakin kaya mereka, semakin kuat mereka berjuang untuk agama Allah. Tetapi manusia sekarang meninggalkan kerja-kerja Islam untuk menjadi kaya. Jadi terbalik “coowhere” (istilah kelantan). Jauhnya kita jika hendak dibandingkan dengan para sahabat.

Kata naqib lagi :

“ Alamat orang yang dimurkai oleh Allah s.w.t ialah dia susah hendak melakukan kebaikan dan sangat mudah dan senang untuk membuat maksiat dan kejahatan. Sebaliknya alamat orang yang disukai Allah ialah dia berasa senang untuk melakukan kebaikan dan berasa berat untuk melakukan maksiat dan kejahatan kepada Allah.
Saya rasa terpukul dengan kata-kata naqib dan mula sedar diri...

ALLAH AJAK KITA BUAT BISNES

Di dalam surah yang lain (as-Soff 10-12) Allah menjanjikan sebuah bisnes yang dapat menyelamatkan diri orang-orang beriman daripada azab neraka yang tidak terperi sakitnya dengan hanya bermodalkan kepada dua perkara iaitu :

Modal 1: Beriman kepada Allah dan Rasul.
Modal 2: Berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri.

Daripada bisnes ini Allah s.w.t menjanjikan 3 untung bersih iaitu :

Untung 1 : Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu
Untung 2 : Masuk ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
Untung 3 : Ditempatkan di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn"

Malahan ada lagi tambahan bonus daripada keuntungan tersebut iaitu :

Bonus 1 : Mendapat limpah kurnia yang disukainya.
Bonus 2 : Mendapat pertolongan dari Allah.
Bonus 3 : Kemenangan yang cepat.

Inilah berita-berita gembira tentang bisnes yang Allah yang harus disahut oleh orang-orang beriman dan disampaikan kepada para mukminin yang lain Allah s.w.t. Allah s.w.t meyebut di akhir ayat ini “Itulah kemenangan yang besar”. Oleh itu marilah kita sama-sama berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan seikhlas hati agar kejayaan menjadi milik kita.

From http://www.aminazli.blogspot.com

Saturday, October 17, 2009

BIRO AGAMA JPP PERLU PERKASAKAN USRAH DI IPG.



Baru-baru ini saya telah menghadiri suatu pertemuan dengan sahabat-sahabat seperjuangan sempena Aidilfitri. Sedikit sebanyak kami telah berbincang mengenai masalah-masalah yang melanda guru-guru pelatih IPG di Malaysia. Masalah-masalah seperti meninggalkan solat, couple, berkhalwat, berpakaian tidak sopan (mendedahkan aurat), kecurian, perkongsian bahan-bahan porno, tidak berpuasa, “gila games” adalah antara yang berlaku di setiap IPG. Hal-hal seperti ini menjadi kebimbangan kepada para pencinta agama di setiap IPG kerana memandang bahawa mereka inilah yang bakal mendidik anak-anak Malaysia apabila keluar dari institut perguruan nanti. Apakah akan terjadi kepada anak bangsa apabila mereka dididik oleh guru-guru yang bermasalah dengan tuhan serta bermasalah dengan manusia ini.

Setelah berbincang kami dapati bahawa kurangnya kesedaran dan kefahaman agama adalah merupakan faktor penyumbang kepada berlakunya perkara-perkara tersebut.
Oleh yang demikian, antara usaha utama yang harus diambil setiap guru pelatih Islam ialah memperkasakan usrah di insitut masing-masing. Naqib saya pernah menyebut bahawa “Usrah bukan direka bersahaja, tetapi ia merupakan proses membawa manusia kepada menyembah Allah dan menjauhi dari thaqut”. Sebagaimana perintah Allah dalam al-Quran.

أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ
"Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".

Usrah haruslah melibatkan semua guru pelatih di institut agar pelaksanaannya dilihat sebagai menyeluruh. Cuba anda semua bayangkan jika kesemua 27 IPGM memperkasakan usrah masing-masing sudah tentu ia akan menghasilkan kesan yang mendalam kepada semua guru pelatih secara total. Antara tindakan yang boleh diambil oleh guru pelatih Islam ialah menguasai JPP dan proksi-proksi yang ada di kampus-kampus masing-masing dan menjadikan usrah sebagai program wajib insititut.

Dalam pada itu perlu diingati, usrah haruslah dijadikan sesuatu yang diminati oleh semua guru pelatih. Masalah yang timbul sekarang ini, guru-guru pelatih dilihat cuba untuk mengelakkan diri daripada menghadiri Usrah. Hal ini berlaku di atas dasar pendekatan pengendalian usrah yang bersifat “klasik” yang dibawa dari sekolah masing-masing. Pendekatan usrah harus pelbagai dan menarik agar anak-anak usrah rindu dan minat kepada usrah. Modul-modul kreatif usrah haruslah di serapkan di dalam usrah sebagai set induksi yang menarik dan mampu menimbulkan minat anak-anak usrah kepada usrah.

Oleh itu marilah bersama-sama kita gemakan tarbiah di kampus masing-masing demi melahirkan generasi rabbani pada masa yang akan datang. =)
Kepada sahabat-sahabat yang mahukan modul kreatif bolehlah mendownloadnya di http://creativesifu.blogspot.com

from aminazli.blogspot.com

Wednesday, October 14, 2009

LEDAKKAN KUASA GURU PELATIH ISLAM



Guru Pelatih Islam pada hari ini sebenarnya bertanggungjawab mengembalikan semula kefahaman umat Islam tentang kesyumulan Islam yang sebelum ini telah diselewengkan oleh musuh-musuh Islam. Usaha tersebut dilihat maha penting bagi menghapuskan kejahilan umat Islam sendiri yang tidak memahami tasawwur Islam dengan sebenarnya.
Kejahilan dan Kelemahan umat Islam disebabkan lemahnya mereka memahami Islam berdasarkan ajaran al-Quran. Sepatutnya umat Islam mempelajari ilmu di bawah semangat ajaran Islam. Barulah ilmu yang diperolehi dapat membantu menguatkan lagi Islam yang dianuti.

Janganlah kita menjadi seperti golongan “tradisionalis” yang lebih menekankan persoalan Ibadah Khususiyyah, seperti sembahyang, puasa, zakat, dan haji tanpa melihat kepada tuntutan Islam sejagat.

Kita juga harus mengatakan “TAK NAK” kepada golongan “modenis” yang hanya menekankan kepada kemajuan “orang Islam” tanpa melihat kepada tuntutan Islam seluruhnya dengan bersikap sekular iaitu melihat agama dan negara dari sudut –sudut yang berlainan.
Marilah kita ledakkan perjuangan mempertahankan identiti Islam dari sebarang pengubahsuaian dan memperjuangankan Islam sebagai “Ad-Deen”. Timbulkan minat dalam diri untuk memperbaiki masyarakat dan individu yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Ingatlah kemenangan dalam perjuangan Islam tidak akan diraih tanpa pertolongan daripada Allah SWT dan pertolongan Allah hanya akan dapat dicapai apabila pejuang mendekatkan diri kepadaNya.

Menurut Dr Yusuf Qaradawi (2005) antara unsur-unsur dasar ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah ialah :
1)Berpegang teguh dengan sunnah dan menjauhi bidaah.
2)Menjaga perkara-perkara fardhu kerana Allah tidak menerima amalan sunnah sebelum memenuhi amalan fardhu.
3)Menganjurkan Solat Jamaah.
4)Menganjurkan pelaksanaan sunnah khususnya berpuasa dan solat malam.

Realisasikan pembentukan “Daulah Islamiah” dengan pembentukan peribadi-peribadi muslim dan pembentukan keluarga-keluarga muslim dan setelah itu akan terbentuklah masyarakat Islam dan tertegaklah negara Islam.
From aminazli.blogspot.com