Monday, January 19, 2009

Nama Dato' Razali diabadikan - IPGM Kampus Datuk Razali Ismail

KUALA TERENGGANU 16 Jan. - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Terengganu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar secara rasmi diisytiharkan menjadi IPGM Kampus Datuk Razali Ismail dan SMK Datuk Razali Ismail hari ini.Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di IPGM Kampus Datuk Razali Ismail di sini.Ia berikutan keputusan Kementerian Pelajaran meluluskan permohonan kedua-dua institusi itu yang mahu mengabadikan nama Timbalan Menteri Pelajaran yang meninggal dunia pada 28 November lalu sebagai mengenang jasanya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.

Dipetik dari : BADAM ipkt

No comments:

Post a Comment