Tahukah anda?
Di dalam akta 174 ada peruntukan yang membicarakan tentang pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Menurut akta tersebut tersebut, pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di seluruh IPG haruslah dipilih berdasarkan pilihanraya kampus.
Justeru, pastikan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPG anda melaksanakan pilihanraya kampus untuk melantik JPP di kampus anda.
Jika pihak HEP di IPG anda melantik JPP baru di kampus anda tanpa melalui pilihanraya kampus, maka secara automatiknya ia melanggar akta 174 yang telah di tetapkan.
Oleh itu, jawatan yang di sandang oleh barisan JPP baru tersebut adalah tidak rasmi.
Pihak IGPIS memaklumkan perkara ini kerana kami mendapati sesetengah IPG mempunyai JPP yang dilantik oleh HEP tanpa membuat sebarang pilihanraya kampus. Perkara ini dilihat seolah-olah menafikan hak mahasiswa IPG.
Semoga dengan maklumat ini anda mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang Akta 174 ini.
"Di dalam akta 174 ada peruntukan yang membicarakan tentang pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi Institut Pendidikan Guru Malaysia.
ReplyDeleteMenurut akta tersebut tersebutan Pelajar di seluruh IPG haruslah dipilih berdasarkan pilihanraya kampus."
Berdasarkan entri pd 19/01/2009,
Saya ingin mengingatkan anda supaya tidak mengeluarkan apa-apa entri tanpa membuat usul periksa..
Menurut akta 174 (Jadual Ketiga) (Seksyen 7,8, 22 dan 23) (JPP)..
"berkenaan dengan sesuatu Institusi yang mengadakan suatu kursus
pengajian hanya dalam satu bidang tertentu selama tempoh beberapa
tahun, pelajar-pelajar bagi tiap-tiap satu tahun tertentu hendaklah memilih
dengan kertas undi rahsia atau apa-apa cara lain yang ditentukan oleh
Pegawai Hal Ehwal Pelajar, sesuatu bilangan yang sama banyak
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif daripada pelajarpelajar
yang belajar dalam satu-satu tahun itu.untuk menjadi wakil-wakil
dalam JPP"
HEP berhak melantik mpp tanpa mengadakan pilihanraya..
p/s: kalo hendak jadi pembangkang, pastikan menjadi pembangkang yang bijak..
Ikhlas dari,
Ketua Pembangkang IPGM Bahasa-bahasa Antarabangsa..
i think the time has come for MPP in all IPGM to have left and right wings in their organisation. Students' wellfare is a spiral effect, not a linear. If the left wing won then they rule the organisation, but of course the right wing will become the opposition; and vice versa. An organisation without opposition is just a group of people with limited points of view.
ReplyDelete