Tuesday, January 27, 2009

Kepada setiap IPG: Berhati-hati Dalam Menyalurkan Derma Palestin

Kepada semua IPG yang ada menganjurkan kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa serangan Israel di Palestin, anda diharap dapat menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan derma tersebut.




Diharapakan setiap derma yang dikumpulkan dapat disalurkan kepada badan-badan atau organisasi-organisasi di Malaysia yang berhubung terus dengan NGO-NGO atau kerajaan Palestin.




Anda diharapkan tidak menyalurkan sumbangan anda melalui duta Palestin di Malaysia kerana duta Palestin di Malaysia (Abdelaziz Aboughosh) merupakan wakil dari parti Fatah yang kalah semasa pilihanraya Palestin yang lalu. Jika rakyat Palestin sendiri memilih parti HAMAS dan menolak parti Fatah untuk mentadbir negara mereka mengapa kita rakyat Malaysia masih menerima wakil Fatah sebagai duta Palestin di Malaysia?




(Duta Palestin di Malaysia:Abdelaziz Aboughosh, wakil parti Fatah)




Tambahan pula wakil rasmi Palestin di Malaysia ini juga merupakan wakil kepada Palestinian Authority(PA)yang diterajui oleh Mahmoud Abbas.Untuk mengenali siapakah Palestinian Authority(PA)klik sini

Mahmoud Abbas




Mengikut Mazlee Malek melalui laman web Palestinkini, kredibiliti Mahmoud Abbas dalam pengurusan wang negara amat dipertikaikan.




Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin

sumber :http://palestinkini.info




Kita harus menyokong parti HAMAS yang menerajui negara Palestin secara sah melalui pilihanraya Palestin yang lalu.Pada pilihanraya yang lalu, HAMAS memperolehi kemenangan 76 dari 132 kerusi yang dipertandingkan manakala Fatah hanya memperolehi 43 kerusi sahaja. Parti Hamas dipimpin oleh Ismail Hanyieh yang juga merupakan Perdana Menteri Palestin.
Ismail Hanyieh:Perdana Menteri Palestin



Justeru, kita diharap dapat menyumbang kepada organisasi-organisasi yang berhubung terus dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.



Antara yang disyorkan seperti :

1-Aman Palestin Malaysia

Aman Palestin Berhad Dana Derma 562263010787
(Maybak Berhad) 12029010047880
(BIMB) Dana Pengurusan 12070005133717
(Bank Muamalat)
maklumat lanjut :http://amanpalestin.wordpress.com/

2- Badan-bdan berfokus seperti:

a-Federation of Islamic Medical Assosation
maklumat lanjut : http://www.fimaweb.net/main/index.html

b- MERCY Malaysia
maklumat lanjut : http://www.mercy.org.my/main/index.html

*saluran derma melalui badan-bdan berfokus dapat mengelakkan penyelewengan.


Akhirnya, diharapkan segala sumbangan derma yang kita salurkan kepada rakyat Palestin dapat terus sampai kepada mereka. Semoga bantuan kewangan yang disalurkan dapat digunakan untuk kebajikan mereka dan bukannya digunakan untuk membeli peluru untuk mengkuburkan HAMAS di Palestin.

Artikel disumbagkan oleh:

manna_wassalwa

No comments:

Post a Comment