Tuesday, November 17, 2009

ALUMNI BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN IPG KAMPUS IPOH

alumni biro agama dan kerohanian ipg ipoh

ALUMNI Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh 08/09


Pada 5 November 2009 yang lalu, Biro Agama dan Kerohanian IPG Ipoh telah mengadakan malam "Jasamu Dikenang PISMK OUM" di Pusat Islam Al-Hidayah.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan ahli jawatankuasa Biro Agama dan Kerohanian yang terdiri daripada abang-abang dan kakak-kakak OUM yang akan menamatkan pengajian mereka pada tahun ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Hj Asaad Bin Awang serta serta dihadiri oleh pensyarah-pensyarah penasihat Biro Agama dan Kerohanian JPP Kampus Ipoh.

Dalam majlis tersebut juga, pihak jawatankuasa telah melancarkan penubuhan ALUMNI Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh yang pertama.

Tujuan penubuhan alumni tersebut adalah untuk memberi peluang kepada mana-mana ahli jawatankuasa Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh yang telah bergraduasi untuk terus menyumbang di dalam Biro.

Memetik ucapan saudari Wan Nur Nazirah atau lebih mesra dikenali Kak long:

"....Walaupun kami abang-abang dan kakak-kakak OUM telah tamat belajar di IPG Ipoh ni, insyallah kami masih boleh menyumbang di dalam Biro Agama ni. Mungkin dari sudut kewangan, pengalaman serta idea."

Pihak Biro Agama juga melihat, dengan penubuhan Alumni ini ia dapat memberi sokongan moral kepada para Alumni untuk terus istiqamah beramal dan menyumbang untuk Islam.

Justerus, melihat kepada manfaat yang besar penubuhan Alumni ini, kami Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh mencadangkan semua komuniti mahasiswa Islam di seluruh IPG untuk mempraktikkan idea ini.

Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk Islam dan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.


Salam ukhuwwah.



Muhammad Firdaus Bin Jamalludin

Exco Biro Agama dan Kerohanian
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
http://muhammadfirdaus-dx.blogspot.com/

http://birokerohanianjpp.blogspot.com/



Artikel dikirim oleh:


Siti Asmani bt Mustapha
Setiausaha Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh.
http://selamanyanamakuima.blogspot.com/

3 comments:

  1. Harap semus KAMPUS dapat contohi IPOH tubuh ALUMNI

    ReplyDelete
  2. Sayang...dulu blog ni jadi medan pertembungan intelektual IPG-IPG seluruh Malaysia

    ReplyDelete