Monday, May 14, 2012

Segalanya Milik Allah


Oleh : Halaqah IPG




 
Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, Kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu." Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi." Katakanlah: "Kepunyaan Allah." dia Telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. orang-orang yang meragukan dirinya mereka itu tidak beriman (Surah Al-An’am ayat 11-12)

Ayat ini merupakan suatu seruan untuk mempercayai adanya kewujudan Tuhan. Ia tidak lain agar kita semua terhindar dari kekufuran. Justeru sebagai guru pelatih ayat ini MAMPU membimbing akal dan fikiran kita dengan wahyu-wahyu Ilahi, dengan ayat-ayat Kitab Suci Al-Quran Al-Karim, agar akal dan fikiran kita stabil, tetap serta tidak goyah dan ragu-ragu mempercayai Allah.

PENGEMBARAAN MELUASKAN PANDANGAN

Ayat ke-11 menyuruh kita mengembara di muka bumi Allah sambil melihat dan memerhatikan alam ciptaan Allah ini dengan mata hati. Bermusafir akan membuka mata manusia melihat keindahan alam yang terhampar buat para penghuninya. Malahan, kita juga dapat melihat kemusnahan umat terdahulu yang disebabkan penentangan mereka terhadap Allah sebagai amaran dan peringatan buat generasi akan datang.

Kita dapat lihat sendiri bukti sejarah kemusnahan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup seperti gaya hidup Kaum Nabi Lut a.s. ditemui di Kota Pompei di Itali. Gaya hidup begini juga atau lebih tepat lagi "Lelaki sukakan Lelaki (GAY) dan Wanita sukakan Wanita" (LESBIAN) sudah lama merebak bagaikan barah yang menular. Malah sebahagiannya tanpa segan silu melakukannya di khalayak ramai dan ada pula yang terang-terangan mengiklankan diri demi kepuasan nafsu gila yang tidak berpenghujung. Keadaan ini diceritakan sebagaimana berikut :  
“Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29).

Selain itu, di dalam surah Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan:“Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras , maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.” Kematian penduduk kota Pompeii terjadi dalam waktu yang sangat singkat sama sebagaimana azab yang dikisahkan dalam kedua-dua ayat di atas. Walaupun semua peringatan ini diberikan, tidak banyak yang berubah di wilayah di mana Pompeii dulunya pernah wujud.

Daerah-daerah Naples tempat segala kemaksiatan tersebar luas tidaklah jauh berbeza dengan daerah-daerah di Pompeii. Pulau Capri adalah tempat tinggal para kaum homoseksual dan orang-orang yang hidup telanjang tanpa pakaian. Pulau Capri diiklankan sebagai “syurga kaum homoseks” dalam industri pelancongan. Bukan sahaja di pulau Capri dan di Itali, bahkan hampir di seluruh dunia, kerosakan moral sedang terjadi dan sayangnya mereka tetap tidak mahu mengambil pelajaran daripada pengalaman pahit yang dialami kaum-kaum terdahulu. 




Kini jelaslah kepada kita pengembaraan meluaskan pandangan. Bak kata pepatah Melayu, jauh perjalanan, luas pemandangan. Orang Quraisy dahulu merupakan kaum yang amat suka berniaga. Mereka berniaga di Syam, Iraq hingga ke Yaman. Namun, sayang seribu kali sayang. Pengembaraan mereka ke pelbagai tempat tersebut tidak diambil kesempatan sebagai peringatan dan pengajaran bagi mereka. Oleh sebab itu, ayat ke-11 ini mengajak kita mengembara di muka bumi Allah dan membanding-bandingkannya. Dengan luas pandangan, dapatlah hati sanubari diperkaya dan bebas daripada pandangan yang sempit. Pandangan yang sempit dan jiwa yang kerdil itulah yang kebanyakan menjadikan orang kufur serta lambat menerima kebenaran.



RAHMAT ALLAH BUAT SEMUA

Lalu datanglah sambungan ayat: “Katakanlah, “(Semuanya itu) Milik Allah”. Ayat ke-12 ini merupakan suatu perintah renungan selepas perintah pengembaraan pada ayat sebelumnya. Setelah mengembara, tentu terlintas di benak fikiran kita sebagai manusia yang berakal,

Apakah ini?
Dari mana datangnya?
Akan ke mana kelaknya?
Bagaimana boleh wujud?
Terjadi sendirikah dia atau ada yang menjadikan?

Dan siapakah aku sebagai manusia, di tengah-tengah alam yang menjadikan? Di sebalik segala persoalan yang timbul, pasti datang suatu persoalan iaitu siapakah yang menguasai alam ini? Dan akan timbullah suatu jawapan yang pasti, bahawa memang ada yang menguasai dan memiliki seluruh langit dan bumi  itu. Dan pasti dia adalah Maha Besar dan Maha Kuasa, kebesaran dan kekuasaan yang tidak dapat ditandingi oleh dan diukur oleh manusia yang kerdil dan tidak berdaya apa-apa ini. Maka datanglah jawapan yang dirumuskan oleh lanjutan ayat; “Katakanlah, “(Semuanya itu) Milik Allah”. Dan itulah jawapan yang pasti.

Setelah pertanyaan dalam batin itu terjawab, iaitu kesemuanya kepunyaan Allah, datanglah lanjutan keterangan tentang sifat utama Allah. “Dia telah menetapkan atas dirinya memberi rahmat”. Ayat ini, secara tegas menyatakan bahawa sifat utama Allah ialah memberi rahmat kepada hambaNya. Melimpahkan rahmat buat hambaNya merupakan suatu kepastian bagi Allah. Tanpa sifat rahmat, kasih, sayang dan cinta Allah, alam, langit dan bumi tidak akan diwujudkan sebagai anugerah hidup.

Seluruh alam yang diciptakan oleh Allah, bukan sahaja manusia tetapi juga binatang, kayu, bumi, langit dan sebagainya, semuanya mendapat rahmat daripada Allah. Dengan terciptanya setiap benda atau alam itu, beerti bahawa setiap alam atau benda mendapat rahmat dari Tuhan, iaitu rahmat ciptaan. Dan sesudah alam itu dicipta, masing-masing tumbuh dan membesar dengan rahmat Tuhan. Manusia menjadi semakin besar dan pintar, batang kayu menjadi besar dan rending, begitu juga binatang dan semua makhluk. Tiada perbezaan rahmat Allah kepada manusia sama ada mereka baik atau jahat. Allah menegaskan melalui ayat ini bahawa kita tidak perlu risau malahan kita sepatutnya menghilangkan kecemasan kita menghadapi hidup, bahawa memberi rahmat adalah kewajipanNya. Tidak ada kekuasaan lain di atas kekuasaan Allah, dan tidak ada yang memerintah Allah berkewajipan, melainkan Allah sendiri. Firman Allah itu diperkuatkan lagi oleh sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

“Daripada Abu Hurairah r.a berkata dia, berkata Rasulullah s.a.w.: Tatkala Allah menciptakan seluruh makhluk ini, Dia telah menuliskan di dalam sebuah kitab yang ada di sisiNya di atas ‘Arsy.: “Sesungguhnya rahmatKu mendahului kemurkaanKu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kini, jelas pada kita bahawa, segala rahmat akal dan utusan Rasul-rasul itu yang menyampaikan petunjuk wahyu kepada kita sebenarnya merupakan suatu kemudahan bagi kita dalam menempuh siratul mustakim agar selamat sampai ke destinasi terakhir yang diidamkan oleh semua iaitu kekal di dalam syurga.



1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete