(^_~) اهلأ وسهلأ يا رجب (^^,) |
Sunday, May 27, 2012
Monday, May 14, 2012
^_^ bittaufiq wannajah (@_@)
...ya Allah, ajarilah aku segala hal yang bermanfaat bagiku dan berikan manfaat semua pengetahuan yang aku pelajari, Sungguh Engkau Zat Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana.~... |
~ kembara perjalanan yang sejengkal ini hanyalah satu persinggahan di dalam usaha merangka musafir demi pengembaraan ynag lebih kekal abadi~ chaiyok2!!! |
Segalanya Milik Allah
Oleh : Halaqah IPG
Katakanlah:
"Berjalanlah di muka bumi, Kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan
orang-orang yang mendustakan itu." Katakanlah: "Kepunyaan siapakah
apa yang ada di langit dan di bumi." Katakanlah: "Kepunyaan
Allah." dia Telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. dia sungguh akan
menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. orang-orang
yang meragukan dirinya mereka itu tidak beriman (Surah Al-An’am ayat 11-12)
Ayat ini merupakan suatu seruan
untuk mempercayai adanya kewujudan Tuhan. Ia tidak lain agar kita semua
terhindar dari kekufuran. Justeru sebagai guru pelatih ayat ini MAMPU membimbing
akal dan fikiran kita dengan wahyu-wahyu Ilahi, dengan ayat-ayat Kitab Suci
Al-Quran Al-Karim, agar akal dan fikiran kita stabil, tetap serta tidak goyah
dan ragu-ragu mempercayai Allah.
PENGEMBARAAN
MELUASKAN PANDANGAN
Ayat ke-11 menyuruh kita
mengembara di muka bumi Allah sambil melihat dan memerhatikan alam ciptaan
Allah ini dengan mata hati. Bermusafir akan membuka mata manusia melihat
keindahan alam yang terhampar buat para penghuninya. Malahan, kita juga dapat
melihat kemusnahan umat terdahulu yang disebabkan penentangan mereka terhadap
Allah sebagai amaran dan peringatan buat generasi akan datang.
Kita dapat lihat sendiri
bukti sejarah kemusnahan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup seperti gaya
hidup Kaum Nabi Lut a.s. ditemui di Kota Pompei di Itali. Gaya hidup begini
juga atau lebih tepat lagi "Lelaki sukakan Lelaki (GAY) dan Wanita sukakan
Wanita" (LESBIAN) sudah lama merebak bagaikan barah yang menular. Malah
sebahagiannya tanpa segan silu melakukannya di khalayak ramai dan ada pula yang
terang-terangan mengiklankan diri demi kepuasan nafsu gila yang tidak
berpenghujung. Keadaan ini diceritakan
sebagaimana berikut :
“Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan
saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29).
Selain itu, di dalam surah Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang
singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan:“Sesungguhnya
Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras , maka jadilah mereka seperti
rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.” Kematian
penduduk kota Pompeii terjadi dalam waktu yang sangat singkat sama sebagaimana
azab yang dikisahkan dalam kedua-dua ayat di atas. Walaupun semua peringatan
ini diberikan, tidak banyak yang berubah di wilayah di mana Pompeii dulunya
pernah wujud.
Daerah-daerah Naples tempat segala kemaksiatan tersebar luas tidaklah jauh
berbeza dengan daerah-daerah di Pompeii. Pulau Capri adalah tempat tinggal para
kaum homoseksual dan orang-orang yang hidup telanjang tanpa pakaian. Pulau
Capri diiklankan sebagai “syurga kaum homoseks” dalam industri pelancongan. Bukan
sahaja di pulau Capri dan di Itali, bahkan hampir di seluruh dunia, kerosakan
moral sedang terjadi dan sayangnya mereka tetap tidak mahu mengambil pelajaran
daripada pengalaman pahit yang dialami kaum-kaum terdahulu.
Kini jelaslah kepada kita pengembaraan meluaskan pandangan. Bak kata
pepatah Melayu, jauh perjalanan, luas pemandangan. Orang Quraisy dahulu
merupakan kaum yang amat suka berniaga. Mereka berniaga di Syam, Iraq hingga ke
Yaman. Namun, sayang seribu kali sayang. Pengembaraan mereka ke pelbagai tempat
tersebut tidak diambil kesempatan sebagai peringatan dan pengajaran bagi
mereka. Oleh sebab itu, ayat ke-11 ini mengajak kita mengembara di muka bumi
Allah dan membanding-bandingkannya. Dengan luas pandangan, dapatlah hati
sanubari diperkaya dan bebas daripada pandangan yang sempit. Pandangan yang
sempit dan jiwa yang kerdil itulah yang kebanyakan menjadikan orang kufur serta
lambat menerima kebenaran.
RAHMAT ALLAH BUAT
SEMUA
Lalu datanglah sambungan ayat: “Katakanlah, “(Semuanya itu) Milik
Allah”. Ayat ke-12 ini merupakan suatu perintah renungan selepas perintah
pengembaraan pada ayat sebelumnya. Setelah mengembara, tentu terlintas di benak
fikiran kita sebagai manusia yang berakal,
Apakah ini?
Dari mana datangnya?
Akan ke mana kelaknya?
Bagaimana boleh wujud?
Terjadi sendirikah dia atau ada yang menjadikan?
Dan siapakah aku sebagai manusia, di tengah-tengah alam yang menjadikan? Di
sebalik segala persoalan yang timbul, pasti datang suatu persoalan iaitu
siapakah yang menguasai alam ini? Dan akan timbullah suatu jawapan yang pasti,
bahawa memang ada yang menguasai dan memiliki seluruh langit dan bumi itu. Dan pasti dia adalah Maha Besar dan Maha
Kuasa, kebesaran dan kekuasaan yang tidak dapat ditandingi oleh dan diukur oleh
manusia yang kerdil dan tidak berdaya apa-apa ini. Maka datanglah jawapan yang
dirumuskan oleh lanjutan ayat; “Katakanlah, “(Semuanya itu) Milik Allah”.
Dan itulah jawapan yang pasti.
Setelah pertanyaan dalam batin itu terjawab, iaitu kesemuanya kepunyaan
Allah, datanglah lanjutan keterangan tentang sifat utama Allah. “Dia telah
menetapkan atas dirinya memberi rahmat”. Ayat ini, secara tegas menyatakan
bahawa sifat utama Allah ialah memberi rahmat kepada hambaNya. Melimpahkan rahmat
buat hambaNya merupakan suatu kepastian bagi Allah. Tanpa sifat rahmat, kasih,
sayang dan cinta Allah, alam, langit dan bumi tidak akan diwujudkan sebagai
anugerah hidup.
Seluruh alam yang diciptakan oleh Allah, bukan sahaja manusia tetapi juga
binatang, kayu, bumi, langit dan sebagainya, semuanya mendapat rahmat daripada
Allah. Dengan terciptanya setiap benda atau alam itu, beerti bahawa setiap alam
atau benda mendapat rahmat dari Tuhan, iaitu rahmat ciptaan. Dan sesudah alam
itu dicipta, masing-masing tumbuh dan membesar dengan rahmat Tuhan. Manusia
menjadi semakin besar dan pintar, batang kayu menjadi besar dan rending, begitu
juga binatang dan semua makhluk. Tiada perbezaan rahmat Allah kepada manusia
sama ada mereka baik atau jahat. Allah menegaskan melalui ayat ini bahawa kita
tidak perlu risau malahan kita sepatutnya menghilangkan kecemasan kita
menghadapi hidup, bahawa memberi rahmat adalah kewajipanNya. Tidak ada
kekuasaan lain di atas kekuasaan Allah, dan tidak ada yang memerintah Allah
berkewajipan, melainkan Allah sendiri. Firman Allah itu diperkuatkan lagi oleh
sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Daripada Abu Hurairah r.a berkata dia, berkata Rasulullah s.a.w.: Tatkala
Allah menciptakan seluruh makhluk ini, Dia telah menuliskan di dalam sebuah
kitab yang ada di sisiNya di atas ‘Arsy.: “Sesungguhnya rahmatKu mendahului
kemurkaanKu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kini, jelas pada kita bahawa, segala rahmat akal dan utusan Rasul-rasul itu
yang menyampaikan petunjuk wahyu kepada kita sebenarnya merupakan suatu
kemudahan bagi kita dalam menempuh siratul mustakim agar selamat sampai ke
destinasi terakhir yang diidamkan oleh semua iaitu kekal di dalam syurga.
Subscribe to:
Posts (Atom)