Monday, April 6, 2009

Modul Bina Insan Guru


a


KUCHING 2 APRIL 2009- Seramai 66 0rang guru pelatih KPLI (Sains,Matematik dan Kajian Sosial)telah mengikuti Kem Bina Insan Guru Siri 1 2009 di Kem Alapong, Lundu Sarawak. Kem ini telah berlansung pada 30 Mac - 2 April 2009.

Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Encik Abdillah bin Adam (Pengarah IPGM Kampus Batu Lintang). Turut hadir ialah Encik Abdul Malik bin Tahir ( Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar),Semua Jurulatih dan Beberapa orang Pegawai Pembantu.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa kem tersebut. Pada kali ini para peserta menamakan anggota mereka sebagai 'CERDAS'dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 'CER' dan 'DAS'. Kesemua peserta telah mengharungi cabaran seperti berakit,absoiling,berkhemah,mengembara,membuat gejet dan menjaga tongkat amanah yang dilakukan di lokasi darat dan laut.

Di dalam ucapan, tuan pengarah menegaskan kepada semua peserta bahawa setiap aktiviti yang dilakukan itu mempunyai makna dan analogi yang tepat. Aktiviti yang dilaksanakan dalam bentuk kumpulan itu menerapkan nilai kerjasama dan toleransi. Sikap toleransi penting kerana ia perlu ada dalam diri seseorang pendidik. Jika sifat ini ada dan diamalkan,tidak ada masalah untuk seseorang itu berhadapan dengan guru-guru lain dan masyarakat luar selepas tamat pengajian nanti.

Beliau juga menegaskan semua peserta supaya memperkemaskan diri dengan akhlak yang baik dan penampilan diri sebelum melangkah ke sekolah kelak.






Sebenarnya dah lama fikir tentang modul-modul BIG yang digunakan sekarang.

1-Adakah ia sama utk setiap IPG?

2-Siapa yang membentuk modul tersebut? BPG? atau IPG tersebut?

3-Adakah untuk setiap BIG modul yang sama akan digunakan atau modul yang berbeza?

4-Sejak bila modul ini dibentuk? Adakah ia bersifat terkini? atau ia adalah warisan dahulu kala?

5-Sejauh mana tahap keberkesanan modul-modul yang diketengahkan?

6-Pernahkah modul-modul ini dibuat post moterm?

ini antara sebahagian dari soalan-soalan yang terfikir dalam pemikiran saya. Saya idamkan BIG yang hebat dengan modul-modul yang terkini dan menggugah minda para mahasiswa IPGM. Ini akan lahirkan ramai tokoh-tokoh guru yang mempunyai daya intelektual yang tinggi.

Pada pendapat saya kalau setakat nak buat sekadar cukup syarat, sangat merugikan. Baik tak perlu buat.

Di Malaysia kita ramai pakar-pakar psikologi dan motivator. Mereka ni sepatutnya boleh dijemput untuk jadi panel penilai pada modul-modul BIG yang kita guna sekarang. Mereka boleh juga perkenalkan modul-modul terkini.

Mungkin sudah tiba masanya perlu ada revolusi dan penilaian semula dalam modul-modul BIG.

Jika kita berhasrat untuk lahirkan guru yang hebat dan kehadapan, elemen BIG yang diterapkan oleh BPG juga harus bersifat seperti itu. Kalau ianya agak kuno dan tak 'update' maka ia akan mencetak guru yang 'layu' menjelang 2020.

Maka di sini saya lihat mahasiswa IPG harus diberi peluang utk mengadakan satu sidang untuk membincangkan modul-modul terbaik. Biar kita yang cetuskannya.

Dari situ kemudiannya kita akan usulkan pada BPG.

Mungkin idea-idea kita lebih 'muda' dan terkini sifatnya.

Amacam?

perkongsian dari:

ashabul_kahfi88

5 comments:

  1. Salam. Persoalan yg dikupas ini agak menarik. Ada sebahagiannya ana bersetuju dan sebahagian yang lain ana tidak bersetuju walaupun dahulunya ana bersetuju.

    Modul BIG bg smua kampus adalah sama. Hanya kaedah perlaksanaan dan pendekatan shj berbeza.

    Modul dibentuk oleh pensyarah- pensyarah pakar IPGM khas utk BIG. Kini pihak UPSI juga hendak menggunakan modul itu bg pljr mereka.

    Bg ana modul2 ini amat realistik dan relevan sifatnya. Apa yg ingin dicapai adalah berdasarkan objektif BIG untuk membina peribadi insan guru secara menyeluruh.

    Jika nk dikatakan modul ini kuno atau layu, ana xbersetuju.

    Jika motivator terkenal atau pakar2 psikologi sekalipun yg dijemput ana x setuju kerana mereka xfhm kerjaya guru. Kerjaya guru hanya dikuasai oleh insan- insan yang menjadikan profesion keguruan sebagai darah dagingnya. Dalam erti kata lain, guru sebenar bukan hanya di hadapan pelajar di dlm kelas dsb tetapi juga cara makan, berpakaian dsb juga spt seorg guru.

    Ini bukan modul membina semangat. Bukan modul motivasi utk mghadapi exam ttpi satu modul ke hadapan dan futuristik utk bakal guru berhadapan dgn situasi semasa di sekolah.

    Ana byk menulis tntg langkah dan strategi utk para guru menganjak diri agar ke hadapan setaraf malahan seharusnya lebih baik dr mahasiswa2 di IPT skrg.

    Cuma satu shj kekurangan modul BIG ini. Tiada modul atau kerangka khas dalam pengisian kerohanian. Tidak seperti akt lain ada modul khas dan terpeinci.

    Boleh rujuk refleksi BIG ana kalau nk tahu pendapat ana seterusnya tntg BIG ini.

    ReplyDelete
  2. pada pandangan aku..bagus gak modul BIG nih

    dibuat merangkumi aspek fizikal, masyarakat, kesukarelaan dll

    jd betul la sbahagian dari modal insan

    klu nk buat BIG skadar dgr ceramah je tak seronok gak..

    pasal rohani lak..dia ada cuma tak dinyatakan jelas jer..klu camping kita solat jemaah..ada ceramah dll

    ReplyDelete
  3. salam.

    saya rasa dalam BIG ni pengisian kerohanian hanya bersifat tempelan semata.

    asal ada, dah cukup.

    sedangkan kerohanian ni amat penting dalam membina jiwa guru.kerana jiwa dan pemikiran guru itu terbentuk dari dalam hasil dari kesedaran dan kefahaman.

    Jadi pengisian kerohanian hny sekadar 'touch n go' jiwa tidak mampu membina jiwa guru. maka lahirlah jiwa guru yang cacat.

    Jadi saya rasa pengisian kerohanian itu harus berfokus dan ada modul yang efektif serta bersifat semasa.

    dan sebenarnya dalam Islam sudah ada. Cuma belum ada yang mampu mengalinya dan menterjemahkan dalam bentuk praktikal seperti modul/kerangka.

    saya percaya jika ada yang mampu menyediakannya dan beri cadangan pada BPG utk di implimentkan insyaallah mereka blh jadikan contoh.kerana model tarbiyah dan pendidikan ISlam adalah terbaik dan bersifat 'sesuai utk semua'.


    Pada pendapat saya, ramai yang masih tidak jelas tentang 'siapa sebenarnya guru?'

    adakah guru hanya menyampaikan ilmu dari buku?

    atau sekadar menyantuni dan membentuk murid namun dirinya lebih teruk dari murid tersebut?

    buktinya, ramai guru yang suruh pelajar suruh murid mereka jd baik,

    tp diri mereka?
    rokok masih dibibir, couple sentiasa, malas membaca,sembahyang asal buat...

    rasanya perkara ini harus kira koreksi bersama.

    mungkin betul kata ashabul_kahfi88 perlu ada satu revolusi dalam modul-modul pengisisan kita.

    wallahualam

    ReplyDelete
  4. salam....program BIG yg dilaksanakan di IPG...
    kadang kadang sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja...perancangan yg benar2 ampuh tidak wujud,manakala perlaksanaannya tidak mencapai objektif yang ditetapkan....fikir fikirkanlah untuk kebaikkan bersama...wallah hu a'lam

    ReplyDelete