Wednesday, October 28, 2009
UBAH CARA BERFIKIR MAHASISWA
Oleh : Amin Idris
http://aminidris.com
Kerap juga saya dijemput oleh persatuan-persatuan pelajar samada untuk mengendalikan bengkel mahupun menyampaikan ceramah tentang pengurusan organisasi. Sebenarnya, saya memang suka berjumpa para mahasiswa kerana pada diri mereka terdapat infiniti harapan masyarakat. Mahasiswa adalah aset negara yang mesti dibentuk agar mereka tidak menjadi liability negara bila tamat belajar, malah mendatangkan keuntungan dari segenap aspek.
Cuma terkadang saya terasa sedikit terkilan dan hampa kerana melihat sikap dan cara berfikir mahasiswa umpama budak sekolah menengah. Saya tidak menafikan wujud kumpulan mahasiswa yang sangat idealis, berjiwa besa, cara berfikir mereka hebat, berpotensi sebagai pemimpin masa depan negara… namun disebabkan terlalu ramai mahasiswa yang ‘bermentaliti sekolah menengah’, mahasiswa-mahasiswa hebat yang saya nyatakan tadi tenggelam.
Sindrom ‘mentaliti sekolah menengah’ turut meresap dalam pemikiran mahasiswa-mahasiswa berpersatuan. Sebab itulah setiap kali saya mengendalikan slot pengurusan organisasi, saya menekankan betapa pentingnya para penggerak organisasi bermula dari yang teratas hingga kepada yanb terbawah, MESTI memahami matlamat @ visi organisasi.
Kefahaman itu mestilah mendalam sehingga menjadi darah daging. Fahami;
Apakah apa yang IMPIAN organisasi
Dan fahami juga
Kenapa organisasi WUJUD @ Apakah yang paling teruk berlaku jika organisasi anda tidak wujud.
Organisasi akan bergerak terus tanpa tergelincir dari landasan sekiranya pemimpin dan ahli tahu dengan jelas apakah yang mereka ingin capai untuk organisasi. Barulah tatkala bekerja untuk organisasi, kita melakukan sesuatu kerana sebab, bukan kerana kekaburan yang mengakibatkan organisasi lembap, tidak bermaya dan tiada tarikan istimewa.
Lebih menakutkan bila duit banyak habis, tenaga banyak habis, masa banyak habis, akhirnya bila dianalisa, orang masih tidak merasai organisasi anda, ahli makin susut dan keuntungan makin mengucup malah mengalami kerugian demi kerugian.
No comments:
Post a Comment