Wednesday, October 28, 2009

Management by Objective @ M.B.O. sekadar mainan bibir?



Saya sangat percaya kepada kuasa matlamat atau yang disebutkan oleh Covey sebagai ‘Begin from the end of mind’. Malah setiap kali saya turun ke kampus untuk bersama pemimpin universiti, saya sering menekankan prinsip organisasi yang ‘VISION ORIENTED’.

Organisasi yang bermatlamat jelas dan sentiasa fokus pada matlamat tidak akan tersasar dari tugas utama (Core Business) organisasi. Program-program akan dilaksana berpandukan matlamat organisasi dan objektif biro dalam organisasi.
Contohnya, Organisasi A mempunyai matlamat ABC.

Maka semua jentera dalam organisasi dari Presiden hinggalah ke biro-biro atau sekretariat atau apa saja namanya akan dipandu oleh matlamat tersebut. Segala aktiviti, program dan kegiatan adalah menuju ke arah matlamat ABC.

Contohnya, Biro B ingin mengadakan program. Jadi soalan berikut mesti ditanya;
1. Adakah program tersebut membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, jangan buat program tersebut
2. Jika ya, adakah pengisian program membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, fikirkan apakah pengisian yang relevan.
3. Jika ya, bagaimanakah cara dan bila mahu melaksanakannya.

Saya bertanya pada diri saya kenapa persatuan dari kampus tadi menjemput saya sedangkan belum pasti jenis program (forum atau ceramah individu) dan tajuk untuk dibincangkan? Adakah ini caranya pengurusan yang disebut Management by Objective @ M.B.O yang sangat popular di bibir warga kampus?

Apa pun, buat adik-adik saya di kampus-kampus khususnya di tanah air, jadikan alam kampus sebagai satu perjalanan dan akademi yang mempersiapkan diri bukan sahaja dari dimensi yang melengkapkan syarat memperoleh segulung ijazah, malah anda akan bergraduasi sebagai orang yang berbeza dari orang di hari pertama anda melangkah ke universiti. Pengetahuan anda bertambah dan kemahiran anda pelbagai.

Mungkin entri ini adalah sebahagian dari perjalanan itu untuk anda dan juga untuk saya. Best of wishes to all of you!

No comments:

Post a Comment