Assalammualaikum w.b.t.
Dalam Pembentangan Bajet 2013 Malaysia kali ini, Pakej Komunikasi Belia yang merupakan salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM dan Inisiatif Jalur Lebar Negara telah menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar.Tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta yang dilaksanakan bermula 1 Januari 2013.
Oleh itu, di pihak Halaqah sendiri, kami menyeru dan mengharapkan kemudahan dan peruntukan ini semestinya dimohon dan direbut oleh semua bakal-bakal guru supaya kita dapat memaksimumkan penggunaan teknologi terkini untuk menguasai PEMUDA dan PEMUDI Generasi Y khususnya di laman-laman sesawang.
Biarlah peruntukan ini dapat dilabur dan dihabiskan untuk kegunaan yang bermanfaat dan tidak disia-siakan begitu sahaja.
Cara Daftar Rebat Telefon Pintar 3G RM200 : Pelaksanaannya?
- Pemberian rebat RM200 secara one off ataupun sekali bagi setiap satu pembelian telefon pintar 3G
- Pemberian rebat RM200 telefon pintar ini akan mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi bagi melaksanakan Pakej Komunikasi Belia ini. Daftar rebat telefon pintar Di SINi
- Terbuka hanya kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun
- Pendapatan bulanan belia mesti RM3,000 dan ke bawah.
# Walau apa pun, kita perlu ingat bahawa kemudahan yang kita dapat ini seharusnya digunakan sebaik-baiknya dengan niat kerana Allah S.W.T.
info yang baik, rebutlah rzeki ni bg sesiapa yg takde smartfone ye, he3
ReplyDelete